Advertisement

Advertisement

Wednesday, September 20, 2017

KISAH SERAM: B.E.L.L.A (Anak Patung Sumpahan) Bahagian ||

Aku ke luar dan menuju ke beranda untuk menenangkan diri. Aku mencari dimana patung yang aku berikan kepada anak ku. Aik, tadi ade je kat bilik ni? Mustahil boleh hilang? Entah dimana patung yang ku berikan itu. Aku lihat BELLA masih berada di bilik ini bersandar di atas katil Qila. Aku benar-benar rasa seperti ada sesuatu yang sangat aneh dan pelik sejak hadirnya patung itu dalam keluarga ku. “Sayang! Kita kemas barang. Sekarang ni juga kita balik!” Aku ambil BELLA dan membuangnya ke pantai! Selepas selesai mengemas barang, kami bergegas menaiki bot dan balik menuju ke rumah. Pada malam itu, Qila akhirnya sedar dari pengsan. Syukur Alhamdulillah, anak ku telah sedar. Aku memeluk dan mencium dahinya.


Ayat pertama terkeluar dari mulut Qilah “BELLA mana? BELLA mana! BELLA mana!” ya allah, aku terkesima bila melihat perangai anak ku yang tiba-tiba menjadi aneh! Dia bertanya tanpa henti mengenai anak patung itu dengan nada kasar. Aku cuba menenangkan Qila “BELLA tertinggal tadi masa Qilah pengsan. Nanti ayah belikan anak patung baru ye” “Taknakkkk! Qila nak BELLA juga. Nak BELLA!” tingkah laku anak ku mulai pelik. Matanya merenung tajam, tepat ke arah ku. Aku cuba menenangkannya sekali lagi dan menidurkannya. Seketika kemudian isteri ku datang ke bilik tidur Qila “Abang tidur lah dulu, biar sayang jaga Qila ye” aku mengangguk tanda setuju, dan bergerak ke tandas untuk membersihkan diri. Aku solat di bilik dan berdoa kepadaNya agar anak ku sembuh seperti sedia kala.

Aku menuju ke arah bilik Qila, kelihatan isteri ku sedang tidur diatas kerusi. Aik? Qila mana? Katil itu kosong. Aku tercari-cari di mana anak kesayangan ku. Aku lihat pintu rumah terbuka sedikit lalu bergerak ke situ untuk menutup pintu itu. Tiba-tiba aku terdengar suara Qila sedang menyanyi di luar rumah “Nama Aku Bella, Nama aku Bella, yeye aku suka, yeye aku suka” Aku terpaku dan terkesima melihat keadaan anak kesayangan ku. Dia merenung tajam tepat ke arah ku sambil menyanyikan lagu itu. Aku macam pernah dengar lagu itu! Memang tidak salah lagi, lagu yang didendangkan oleh Qila sebijik dengan apa yang aku dengar ketika berada di resort pada hari itu! Wajah Qilah sangat pucat seperti dirasuk hantu! Qilah menerjah aku dan mencekik aku! “Kenapa kau tinggalkan aku! Kenapa!” Ya allah, anak aku dirasuk! Kekuatannya sama seperti seorang lelaki seperti aku! Aku cuba untuk melepaskan tangan anak ku dan memeluknya dari belakang.

“Ya allah, kenapa ni bang?” Isteri ku bergegas keluar setelah terdengar pergelutan yang berlaku antara aku dan Qila. Aku mengarahkan isteri ku untuk membawa kereta dan menuju ke sebuah hospital. Aku hampir-hampir tidak mampu menahan Qila pada ketika itu! Sangat kuat! Kami tiba di Wad kecemasan untuk memberikan rawatan selanjutnya terhadap Qila. Anak ku berada dalam wad sedang tidur selepas diberikan ubat penenang. Doktor mengesahkan anak ku tidak mempunyai sebarang penyakit. Aku cuba menghubungi ibu dan ayah ku mengenai hal ini. “Ayah rase lebih elok lah kamu menjemput sepupu kamu, kalau-kalau dia boleh merawat. Inn sha allah, esok kami akan ke sana melawat Qila” Aku baru teringat dengan sepupu aku, Shah. Agak pakar dalam bidang-bidang rawatan islam. Keesokan paginya aku menjemput Shah ke rumah setelah Qila dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Aku menceritakan segalanya mengenai kejadian yang menimpa anak ku kepada Shah dan beberapa orang sahabatnya yang turut bertandang ke rumah. Aku lihat, Qila masih tidur di biliknya. “sabarlah Azim, ini dugaan dariNya. Inn sha allah, kami akan berusaha untuk menyembuhkan penyakit Qila” memang benar apa yang Shah katakan, aku yakin DIA lebih mengetahui atas tiap-tiap yang terjadi. Mereka berjanji akan bertandang semula ke rumah pada malam ini bagi memulakan sesi rawatan terhadap Qila. Aku lihat Ibu dan Ayah sedang turun dari teksi, aku membuka pagar dan memeluk mereka. “Sabar lah nak, Inn sha allah. Qila akan sembuh, yakinlah denganNya” satu kata-kata yang cukup bermakna dan menguatkan semangat ku.

Malam yang dinantikan telah pun tiba, Shah dan beberapa orang lagi sahabatnya mula bertandang ke rumah ku. Aku mengangkat Qila dan membaringkannya di ruang tamu. “Ayah…Pakcik ni nak buat apa dengan Qila?” Ya allah, sebak rasanya ketika itu bila mendengar pertanyaan dan suara anak kesayangan ku seperti kepenatan dan kesakitan! Aku mendiamkan diri dan membaringkan Qila. Shah dan sahabatnya memulakan sesi rawatan itu. Kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al Quran memecah kesunyian malam. Aku lihat Qila seperti terseksa! Dia bergelut di atas tilam itu. “Sudahhhh! Telinga aku sakitlah bodoh! Argggghhhh! Ayah tolong!” suara anak ku menjerit meminta tolong. Aku cuba menguatkan diri ku pada ketika itu.

Tiba-tiba lampu di ruang tamu ini berkedip, pintu rumah ku diketuk dengan kuat sekali! “Bam! Bam! Bam!” semakin kuat bacaan ayat suci itu, semakin kuat lah juga gangguan itu! “BELLA sakit! BELLA sakit! Tolonggggg!” jelas sekali terdengar suara Qilah berubah, aku benar-benar kenal suara ini! ya allah lindungi lah anak ku! Aku benar-benar tak sanggup melihat Qila terseksa sedemikian! Sehinggalah saat-saat terakhir bacaan terakhir, Qilah pengsan selepas bergelut lebih 2 jam untuk mengeluarkan hantu BELLA yang telah merasuki tubuh kecil anakku. Aku lihat Shah sedang menutup 1 botol kaca kosong yang aku percaya, hantu itu telah dikunci ke dalam botol itu. Dia kemudian membacakan 1 botol air dengan jampi. “Inn sha allah zim, Qila akan sembuh seperti sedia kala. Mungkin mengambil masa sedikit. Bagi dia minum air ni segelas sehari. Kau pun jangan lupa untuk berdoa kepadaNya untuk kesembuhan Qila”

Gangguan itu berakhir setelah shah dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan hantu BELLA dari tubuh anak ku. Alhamdulillah. Sehingga kini aku masih berusaha untuk mencari jalan bagi mengubati anak aku. Sudah bermacam-macam jenis ubat, doktor aku jumpa tetapi anak aku tetap murung dan sentiasa dalam ketakutan. Patung itu seakan-akan menghantui dirinya sehingga kini! Aku rindu gelak ketawa dan senyuman anak ku… 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *