Aku masih ingat kejadian ini berlaku beberapa minggu
yang lepas. Memang jelas dan masih berada dalam ingatan aku. Sumpah, sejak
kejadian tu aku memang fobia kalau merayap pada waktu malam. Kalau kemaruk
sangat pun nak keluar, aku tido kat umah member je. Masa tu aku tinggal
sorang-sorang dekat bilik. Aku tinggal di asrama, dan roommate aku ni memang
tak sah kalau tak balik umah mak bapak dia setiap hari jumaat, untung ler umah
mak bapak dekat je. Aku ni nun jauh di sana, kalau nak pulang pon kena ada cuti
seminggu atau cuti semester baru pulang ke kampung halaman. Dulu aku teringin
gak nak tinggal kat luar dengan member aku, takde lah rase sunyi sangat. Tapi
bila aku kira-kira bajet memang agak tinggi. Yela, nak tinggal kat luar ni
memang poket kena sedia-sedia lah. Makan dan minum tu lain citer lah, tapi sewa
rumah tu buat kau sakit jiwa nak bayar. Mak bapak aku pun bukan orang senang,
jadi lebih baik aku sedar diri. Yang bestnya pula tinggal di asrama ni, kau Cuma
pikiq apa nak makan je, takde lah kalut nak pikiq bayar rumah sewa tiap-tiap
bulan.
Nak dijadikan cerita ni, tahun ni merupakan tahun ke
dua aku berada di institusi pengajian ni. Memang panjang lagi perjalanan tu,
tapi takpe aku yakin aku boleh habiskan pengajian aku. Dari tahun pertama
pengajian dan sehinggalah tahun kedua ini, aku masih tinggal di asrama. Macam biase
lah, tak sah kalau duk asrama ni kalau takde kisah seram, mesti ada punya. Pernah
juga aku dengar budak-budak asrama ni cerita. Diorang pernah terlihat kelibat
sorang gadis, memakai telekung kononnya nak ke surau. Surau tu memang di dalam
kampus ni juga. Jadi, yang aneh dan seramnya di situ, kalau jam 7 atau jam 8
nak ke surau mungkin betul la kalau kita fikirkan secara logik akal. Tapi, berbeza
pula. Gadis bertelekung tu dikatakan akan berjalan seorang diri sepanjang
laluan (laluan khas asrama-kawasan kampus) bagi pelajar menuju ke surau tu pada
setiap jam 1 pagi. Cerita ni disahihkan lagi bila pak jaga yang mendakwa pernah
terlihat gadis bertelekung tu jalan seorang diri, dan bila pak jaga tu suluh
wajahnya. Jangan nak pengsan pula, gadis tu tak punya wajah!
Aduhh…Aku pun seram sejuk gak dengar cerita tu. Senang
cerita, kalau tinggal di asrama ni jiwa kena kental. Kalau tak kental, memang
kau akan keluar dari asrama, lagi-lagi kalau dengar cerita seram macam ni.
Boleh katakan “Dejavu” lah, asal nama asrama mesti seram, asal seram mesti
asrama. Jadi pendekkan cerita, masa tu aku memang boring duk kat bilik
sorang-sorang. Roommate aku balik rumah petang tadi lepas kuliah. Jadi tinggal
lah seorang diri. Akibat boring yang mendalam, aku helo helo la member sekelas
aku yang tinggal di rumah sewa suh ambik aku depan gate kampus. Masa tu awai
lagi, dalam kol 9 malam. Aku pun berjalan lah seorang diri. Serius aku cakap,
kalau kau jalan sorang-sorang memang meremang bulu tengkuk. Student-student
yang tinggal di asrama memang kau tak akan nampak kelibat diorang
berjalan-jalan lagi time-time macam ni. Semua duduk dalam bilik. Sebab tempat
ni memang keras! Menurut sejarah, kampus ni dulu adalah sebuah hutan dan
dibangunkan menjadi kampus universiti. Jadi tak hairan lah kalau dengar
bunyi-bunyi aneh, pelik pada waktu malam.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Aku plan nak tido di rumah sewa member, takut lah aku
nak balik semula ke asrama! Tak pasal-pasal aku terserempak dengan gadis tu. Jadi,
aku pun sampailah di hadapan gate kampus aku. “Nak ke mane tu bob? Kalau rasa-rasa nak balik ke sini baik tak payah. Tak
pasal-pasal kau terjerit-jerit balik ke asrama. Haha” Kata pak munir kepada
aku. Dia sekuriti di kampus ni, orang lama la katakan. Aku dengan pak munir
memang ‘kamcheng’ dan beliau sangat suka bergurau kasar dengan aku, lagi-lagi
kalau bab-bab nak menakutkan. Tak lama lepas tu, aku nampak member aku sedang
menuju ke sini dengan menaiki moto kapcai dia. Jadi, kitaorang pun merayap lah
ke sebuah gerai yang sangat famous di kawasan ni. Aku paling suka nasi ayam
special di gerai ni, memang padu. Bapak besar gila ayam dia bagi. Harga pun
berpatutan dan sedap. Lepas makan tu, kitaorang lepak-lepak jap kat situ
sebelum menuju ke rumah sewa dia. Terdetik la di hati ni cerita ngan member aku
pasal gadis bertelekung tu. “Weyh, kau
tau tak. Aku ade dengar budak asrama cerita pasal kelibat sorang gadis
bertelekung tanpa muka merayau-rayau di kampus kita. Seram gila aku dengar
cerita tu!” Sembang punya sembang,
tengok jam dah pukul 12 tengah malam. Maka bergerak lah kami menuju ke rumah
sewa tu. Sampai kat situ, aku dan member aku ni pun gerak lah menuju ke rumah
tu. “Aduhh, aku lupa bawa kunci rumah
der! Aku baru ingat kunci aku letak kat
atas meja rumah”. Masa-masa macam ni pulak dia buat hal! Kitaorang pun
ketuk lah pintu umah tu, ketuk sampai nak pecah pintu, tak bangun-bangun gak. Ni
tido ke mati! Member aku ni pun try lah kol si Badrul dan Anip A.K.A rakan
seperjuangan kitaorang dan juga ahli-ahli di rumah sewa ni.
Bersilih ganti aku dengan member sorang ni talipon
diorang berdua tapi tak jawab-jawab. Memang sah diorang ni tido mati. Nak
taknak, only one solution for this problem. Back to hostel. Aku dengan member
aku ni redha je. Apa nak jadi, jadi lah. Ikutkan hati memang taknak la balik
asrama, tapi apakan daya. Aku dan member sorang ni bergerak lah menuju ke
asrama, hati aku berdebar semacam. Memang ada yang tak kena ni. Moga-moga takde
apa-apa yang terjadi. Kami pun sampai lah ke kampus. Member aku letak motor dia
depan pondok sekuriti dan kami pun bergerak lah menuju ke asrama. Aku nampak
pak munir tengah tido, rakan sekerja dia sorang tu tengah main game.
Suasana masa tu aku memang tak dapat bayangkan, serius
memang seram. Lampu jalan kat kampus ni memang ada cuma jauh dan laluan bagi
pelajar menuju ke asrama ni yang menjadi masalah dan menyeramkan. Memang ada
lampu, tapi bukan semua nyala. Ada tiga empat biji je yang hidup. Alahai, tak
tau nak kata apa. Aku dengan member sorang ni otw lah menuju ke bilik aku. Member
aku ni dah lain macam aku tengok, asyik pegang tangan aku. Kalau ye pon takut,
takyah lah pegang tangan. Macam haram aku rase. Sedang-sedang berjalan tu, entah
aku tersalah pandang atau tak. Aku terlihat satu susuk tubuh sedang berjalan
menuju ke arah kami dari jauh. Memang sah! Cerita tu benar! Bukan aku sorang
yang nampak, member aku pun nampak, seorang gadis memakai telekung! Tiba-tiba
kelibat tu hilang. Aik, kemana pula lembaga putih tu? Hilang dari pandangan
begitu sahaja. Aku dengan member sorang ni apa lagi, larikk!
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Serius wajah aku memang pucat masa tu, tangan aku
terketar-ketar. Aku baca segala apa ayat yang aku hafal. Ada lebih kurang semeter
lagi jaraknya untuk sampai ke blok asrama pelajar lelaki, dan situlah kitaorang
terlihat satu susuk tubuh memakai telekung putih tanpa wajah berdiri di hadapan
pintu blok asrama aku! Tak tau nak kata apa masa tu, kecut jantung aku nampak
lembaga tu. Aku tengok member aku sorang ni keras macam patung dan pucat. Aku
tak peduli apa-apa dah time tu. Aku tarik tangan dia dan bawak lari menuju semula
ke pondok sekuriti! Rupa-rupanya gangguan tu belum berakhir, masa kitaorang
berlari menuju ke pondok tu aku cuba toleh ke belakang. Ya allah! Lembaga tu
mengekori kami dari belakang! ‘Dia’ bukan berlari macam kitaorang, ‘dia’
terapung-apung beb macam superman, tapi dalam versi yang sangat menakutkan! Siapa
tak takut macam tu! Serius aku cakap, jantung ni berdegup dengan kencang masa tu
dan kitaorang berlari sepantas yang boleh. Alhamdulillah, kitaorang pun sampai
di pondok tu. Terenjut-enjut nafas ku! Aku toleh ke belakang, lembaga tu sudah
hilang dari pandangan. Syukurlah kitaorang selamat. Selepas kejadian tadi,
kitaorang pun tidur la di pondok sekuriti itu sehingga menjelang pagi…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment