Advertisement

Advertisement

Sunday, September 17, 2017

KISAH SERAM: Hantu Bangkit di rumah sewa ku!

Wei, kau kat mane der? Aku nak jumpe kau lepas isyak ni. Ada benda penting aku nak citer ngan ko” Aku masih ingat lagi ayat ni beberapa jam sebelum member aku sorang ni eksiden. Alhamdulillah, walaupun keadaan dia agak parah sedikit tapi mujurlah dia selamat. Nak dijadikan cerita ni, masa dia kol aku tu, kitaorang tengah main futsal. Dekat-dekat maghrib time tu. Jadi si zaid ni kol la aku mase sedang-sedang aku rehat untuk minum air. Ada benda penting katanya. Aku pun takde lah syak apa-apa masa tu, rase macam biasa je. Lepas kitaorang habis main futsal tu, kitaorang pun kembali lah semula ke rumah sewa. Hari pun nak gelap dan azan pun berkumandang time tu.

Sampai di rumah, aku mandi dan solat sebelum gerak untuk makan di luar. Aku kol la si zaid ni tanya dia kat mane. Kalau-kalau dia jadi nak jumpa aku lepas isyak ni, aku stay je kat umah ni. Kata ada benda penting nak bincang. Aku pun kol la si zaid ni berkali-kali, wassap dia, tak juga berbalas. Badigol punye member, habis kredit aku. Member aku yang lain ni sedang bersiap nak keluar makan. “Weyh, kau tak kluar ke?” kata member-member aku ni. “Takpelah, korang kluar la dlu. Nanti aku follow. Si Zaid nak datang umah, ada hal penting katanya” jadi aku pun nunggu la si zaid ni datang rumah. Sambil tu aku nonton la tv, sementara tunggu dia datang. Aku rasa si zaid ke sini mesti bincang pasal assignment. Antara sahabat aku yang agak bangang, result SPM dulu ok. Tapi lepas je masuk Universiti, hancur macam tak tau apa-apa. Aku juga yang jadi mangsanya. Tapi takpelah, aku taknak berkira sangat, sebab selama ni pun dia banyak tolong aku masa kitaorang memula sampai sini.

Tetiba aku dengar ada orang tengah ketuk pintu rumah ni “Bam! Bam! Bam!” Amboi, kalau pecah pintu tu sapa nak ganti! “Kau ke zaid? Kejap aku buka pintu” Aku pun gerak lah ke pintu rumah tu. Aku rasa pelik dan rasa seram semacam, bau yang sangat menusuk hidung terhidu dari luar rumah ni. Aik? Bau ape pula ni? Tak pernah-pernah aku hidu sebelum ni. Aku pun bukaklah pintu rumah tu. Aku nampak si zaid tercegat kat depan pintu rumah. “Masuk la zaid” Aku sapa si zaid suruh dia masuk. Tapi aku rasa cam pelik je nengok si zaid ni. Tunduk je, macam ada masalah besar ni. Tapi bau si zaid ni pekat bak hang! Aku tak tau dia ni datang dari mana. Agaknya dah sebulan lebih kot dia tak mandi!


Si zaid ni pun duduk lah di ruang tamu. Pelik memang sangat pelik, diam je. Lagi satu, dari memula sampai ke sini asyik tunduk je. Teruk bebenor ke masalah dia ni? Bisik aku dalam hati. “Kau ok ke zaid? Bukan main kencang lagi perfume kau, kau dari mana? Main air loji ke?”  Aku dengan si zaid ni memang biasa gurau-gurau kasar. Haha. Tapi perangai dia malam ni pelik semacam, masa tu aku takde la syak apa-apa. Still juga tak jawab pertanyaan aku, haisshh apahal dia ni! Aku pun ke dapur la kejap buatkan dia air. Kot-kot dia haus. Bau si zaid ni memang menusuk kalbu, habis rumah ni penuh dengan bau-bauan dia. Aku pun hidang la air tu untuk si zaid. “Grrrrrrrrr…Grrrrrrrrr…Grrrrrr” lain macam je aku dengar suara si zaid ni. Seram pun ada! Tetiba aku dengar fon aku berbunyi. “Jemput la minum zaid, aku nak ke bilik kejap” Jadi aku pun gerak la ke bilik untuk angkat panggilan tu. “Weyh, kau tau tak si zaid eksiden? Kitaorang kat ospital sekarang ni!” kata member-member serumah aku. “Dup! Dup! Dup!” Ya allah betul ke apa diorang cakap ni? Si zaid sekarang ni ada duduk di ruang tamu rumah ni! Aduh hati aku mula tak tenteram dengar berita ni.


Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Aku nampak jelmaan si zaid ni berdiri dan mula menampakkan wajahnya. Ya allah! Aku memang tak dapat nak kata apa-apa dah masa tu. Muke dia sangat menakutkan! Sangat mengerikan! aku tutup pintu bilik ni dan kunci! “Bam! Bam! Bam!” “Grrrrrrmmmmm…Grrrrmmmmm…Grrrrmmmmm” “krrrrrkkkkkk! Krrrrrkkkkk! Krrrrrkkkkk!” bunyi-bunyi nil ah aku dengar masa berada di dalam bilik. Pintu bilik aku rasa macam nak pecah! Lepas tu suara lembaga tu serius menakutkan, memang nak makan aku! Tak habis macam tu je, dia cakar-cakar lagi pintu bilik ni. Ya allah aku memang tak tau nak buat apa masa tu! Aku tutup tingkap dan langsir bilik ni dan duduk diatas katil sambil memikirkan ikhtihar untuk menyelamatkan diri. Bau lembaga tu semakin lama semakin kuat! Memang ‘dia’ nak makan aku ni! Aku kol member aku tadi suruh depa balik ke rumah. “Weyh, korang balik la g rumah. Aku takut ni!”  “Ko apehal? Gelabah semacam?”  “Ade…Ade…Ade…Hantu masuk umah kita!” Aduh! Aku pun tak tau nak cakap apa lagi, badan aku menggeletar dan aku sangat takut masa tu!

Aku ambik Yassin tu, dan baca sambil terketar-ketar. Masa aku baca Yassin tu, gangguan lembaga tu makin kuat aku dengar dari luar bilik! “Bam! Bam! Bam!” pintu bilik ni kalau pecah memang mati lah aku dalam bilik ni. Ya allah, tolong la hamba mu yang tengah ditimpa kesusahan ni. Aku meneruskan bacaan yasin dan mengalirkan air mata. Perasaan aku bercampur takut dan sedih. Apa lah yang akan terjadi kepada ku lepas ni! “Bam! Bam! Bam!”  “Wei, kau ok ke? Asal rumah ni bau semacam!” Aku dengar suara-suara member aku di luar bilik aku. Ya allah, lega hati ku lepas dapat tau diorang dah sampai ke rumah ni. Aku keluar dari bilik tu dengan muka yang sangat pucat dan menangis! Aku peluk diorang dan aku ceritakan hal yang sebenarnya. “Patutlah, kau tak tau ke? Hantu bangkit ni memang suka kacau orang. Lagi-lagi kalau berjanji waktu Maghrib!”  Tersentap aku setelah mendengar jawapan member aku. Rupa-rupanya lembaga yang menyeramkan itu adalah hantu bangkit!  Serius aku cakap, lepas kejadian tu aku ada sedikit takut kalau terserempak atau berjalan bersama-sama si zaid. Nampak si zaid je aku terus terbayang-bayang hantu bangkit yang menyerupai si zaid!

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *