Advertisement

Advertisement

Saturday, September 16, 2017

"Potret Monalisa" epidod 9

Memang tak salah apa yang aku pandang tadi. Diorang pun nampak, apa yang aku nampak dengan biji mata aku ni. Semenjak kejadian tu, pelbagai kejadian aneh yang berlaku dengan kami berlima. Pengalaman aku sama dengan mereka berempat. Setiap kali aku lepak dekat beranda rumah waktu malam, aku selalu nampak budak Monalisa tu kat tepi pokok melambai-lambai tangan dengan aku. Aku betul-betul trauma, sampai aku mengadu dengan mak aku tentang apa yang aku nampak. Selama beberapa minggu tu kami langsung tak keluar rumah, kitaorang borak je dekat group whatsapp. Apa yang aku ceritakan semuanya sama dengan apa yang mereka lalui. Kadang-kadang tu aku tidur pun asyik termimpi-mimpi budak Monalisa tu. Dalam mimpi tu dia cakap, “Datanglah lagi ke sini, Mona rindukan abang. Hehe”. Sepanjang beberapa minggu tu aku memang tak sedap tidur, rasa macam nak gila. Akhirnya kitaorang semua berpakat untuk kembali semula ke pantai tu untuk memulangkan semula potret dan patung tu. Walaupun ini kerja gila, kitaorang terpaksa lakukan. Sampai bila macam ni asyik diganggu dengan Monalisa. Beberapa minggu selepas tu, kami memulakan perjalanan kami ke sana selepas waktu subuh. Syukurlah, potret dan patung tu masih ada kat dalam semak tu dan kami meneruskan perjalanan kami menuju ke pantai tu.


 Kira-kira dekat waktu tengahari juga kami sampai ke sana. Badan ni menggeletar semacam, masih trauma bila melihat pantai ni, lagi-lagi ternampak rumah usang tu. Aku nampak lelaki tua tu sedang membersihkan sesuatu di satu kawasan lapang berdekatan rumah usang tu. So, kitaorang pun salam dia dan beritahu hal kami sebenarnya. “Kamu kena ganggu kan?, pakcik tahu. Sebelum ni, dah ramai yang kena tapi diorang-diorang ni pakcik dengar takde yang hidup lagi selepas tu”, kata pakcik tu. Dia punya ayat lain macam, dia seperti tahu apa yang terjadi selepas ini kepada kami. Tapi aku taknak percaya sangat, aku yakin ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Kelihatan ada 3 kubur berdekatan kawasan itu, so aku pun mencelah untuk bertanya tentang kubur siapa yang beliau bersihkan. “Sebenarnya ini kubur tuan pemilik rumah usang tu. Saya ni dulu orang gaji dia, terhutang budi sangat dengan mereka. Kalau saya ada masa saya datang ke sini untuk bersihkan kubur mereka”, kata lelaki tua tu. Berdegup jantung ni dengan kencang sekali!. Lelaki tua itu menceritakan segalanya kepada kami. Sebenarnya, pakcik dan makcik tu sudah lama mati disebabkan lemas di laut. Diorang pergi ke tengah laut menggunakan bot dan terjun. Mereka merasakan begitu sunyi semenjak kehilangan anaknya, Monalisa. Lalu mereka membuat keputusan sebegitu untuk terjun ditengah laut dan akhirnya mati. Semenjak kejadian tu, roh mereka tidak tenteram. Baru lah aku tahu tentang segala-galanya. Kami menuju ke rumah itu bersama-sama lelaki tua tu. Sejujurnya aku katakan, seluruh badan aku menggeletar. Seram bila melihat rumah itu. Kami masuk ke dalam tu dan meletakkan potret dan anak patung Monalisa ke dalam rumah usang itu. Selepas itu, kami menuju pulang ke kampung. Dalam perjalanan tu tetiba pula hujan, memang lebat masa tu. Hari pun dah dekat-dekat nak malam, so Iqbal pun pandu lah dengan perlahan-lahan. Keadaan cuaca tidak mengizinkan kami untuk meneruskan perjalanan. So kami berhentilah kejap dekat tepi jalan, tempat yang kami pernah singgah untuk menolong pakcik tu dulu. Lama juga lah kami stay kat sana, sampai dekat-dekat waktu isyak rasanya. Tiba-tiba…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *