Advertisement

Advertisement

Sunday, September 17, 2017

"Potret Monalisa" Episod Akhir

 Tiba-tiba ada sebuah kereta memberi signal untuk berhenti di hadapan kami. Aku macam kenal kereta di hadapan kami. Kereta tu sebiji macam kereta antik pakcik tu, aku dah rasa lain macam time tu. Macam “mereka” taknak kami balik dari tempat tu. Kitaorang blah dari situ dan meneruskan perjalanan. Masa tu satu biji kereta pun takde, hujan lagi lebat. Ya Allah, memang dugaan time tu. Hujan sangat lebat sehinggakan apa yang ada kat depan tu pun kitaorang tak nampak. “Aaaaaaaahhhhhhh!”, Iqbal berteriak dan cuba mengelak. Kitaorang melihat kelibat Monalisa dan ibubapanya sedang berada ditengah jalan. Wajah mereka sangat pucat dan menakutkan. Aku dapat rasakan kejadian tu berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Bila aku membuka mata, aku nampak wajah ibu dan ayah ku yang sedang menangis sambil mengucup dahi ku. Seperti mimpi rasanya kejadian yang mengerikan itu. Badan ku terasa sangat sakit, rupa-rupanya aku telah berada di hospital. Aku tak mampu untuk gerakkan badan aku walaupun sedikit. Leher, tangan dan kaki ku patah selepas kemalangan. Tanpa aku sedari, sudah seminggu aku tidak sedarkan diri. Aku melihat begitu ramai yang berada di sekeliling ku pada masa itu termasuk ibu dan ayah Iqbal, Khai, Hisyam, dan saiful. Nak bercakap pun rasa kebas mulut masa tu, aku bisik dengan mak aku tanya tentang keadaan sahabat-sahabat aku. “Diorang dah takde nak. Kawan kau dah takde”, kata mak aku sambil menangis dan mengucup dahi ku. Sebak tak terkata untuk aku katakan, sahabat-sahabat yang aku kenali dari kecil hingga kini sudah tiada lagi. Aku hanya mampu mengalirkan mata aku, dan memohon maaf kepada ibu dan ayah mereka. 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Sebulan selepas itu aku dikeluarkan daripada wad, dan dibenarkan untuk pulang. Aku meneruskan lagi sesi pemulihan bukan dari segi fizikal sahaja, tetapi pemulihan dari segi rohani. Aku meminta kepada ibu dan ayah ku untuk membuat rawatan bersama seorang ustaz. Rupa-rupanya gangguan hantu Monalisa itu masih belum berakhir selepas itu. Kadang-kadang, aku selalu melihat kelibat hantu Monalisa ketika aku melawat kubur mereka. Seperti dendamnya terhadap kami masih belum berakhir. Aku seakan-akan lali dengan kejadian ini. Aku sentiasa berdoa kepadaNya, semoga penyakit misteri ini akan hilang daripada diriku.
Syukur Alhamdulillah, keadaan ku semakin pulih. Kini aku tidak lagi diganggu oleh hantu Monalisa. Aku sangat merasai kehilangan rakan-rakan karibku. Setiap minggu aku akan melawat ke kuburan dan sedekahkan al-fatihah kepada rakan-rakan ku yang telah dijemput olehNya. Pedih untuk ku rasakan, namun ini lah hakikat yang perlu aku lalui. Aku bersyukur, Tuhan masih memberikan aku peluang dan kesempatan untuk bernyawa dan meneruskan hidup bersama ibu dan ayahku. Aku selalu ingat pesan ibu ku, “Bila berada di tempat orang, jaga tingkah laku, jaga mulut. Kerana mulut, badan binasa”.
TAMAT

1 comment:

  1. Permisi, numpang promo yahhh :D
    HTTP://WWW.AREAFILMDEWASA.BLOGSPOT.COM/
    Buat yang 18+ dan Suka Baca Cerita Dewasa ~
    Ayo Ikutan Baca CERITA DEWASA anak ABG dan SMA!
    GRATIS DAN MENARIK LOHH!!
    #CeritaSeks #CeritaDewasa #CeritaBokep #CeritaSMA #CeritaSMP #CeritaABG #CeritaSex #followforfollow #follow4follow #follow #followers #promote #promosi #seksi #sexy

    ReplyDelete

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *