Advertisement

Advertisement

Tuesday, September 19, 2017

KISAH SERAM: Obsess...

Aku tercegat, berdiri dihadapan rumah pusaka keluarga ku. Rumah ini tetap utuh dan kuat walaupun sudah silih berganti waris yang tinggal di rumah ini. Rumah yang didirikan semenjak zaman moyang ku sehinggalah arwah nenek ku, dan kini aku adalah pemilik rumah pusaka sini setelah arwah nenek menyerahkan dan mengamanahkan rumah ini sepenuhnya kepada aku tanpa diketahui oleh ku. Jika dilihat luarannya, mungkin terlihat sama seperti rumah-rumah tradisional di kampung ini. Tapi jangan sesekali cuba untuk menilai dalaman rumah ini. Sehingga kini aku tidak pasti dan tertanya-tanya sama ada nenek sudah menamatkan perjanjiannya dengan syaitan itu atau tidak. Tapi aku dapat rasakan, syaitan itu sedang mencari, menunggu waris tuannya untuk berdamping dan bersama dengannya!


Mengapa aku katakan nenek obsess? Memang benar, arwah nenek terlalu obsess dengan ilmu! Satu ilmu kegelapan yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Bukan niat ku untuk menampakkan aib arwah, tetapi ilmu yang dipegang dan ditaati selama ini adalah salah dan berdosa besar! Semoga Allah sentiasa merahmati arwah nenek. Aku masih ingat dan masih segar diminda ni, pertama kali aku melihat dan kekeliruan pada ketika itu. Adakah orang yang ku lihat itu adalah nenek, atau itu adalah jelmaan syaitan yang sedang kelaparan dengan berseleranya melahap seekor pelanduk yang masih mentah di hadapan mata ku! Bahkan aku turut melihat pelbagai peralatan dan barang-barang yang terang-terangan digunakan oleh arwah bagi melakukan upacara pemujaan syaitan.
“Haniff, temankan nenek ke hujung kampung. Nenek nak hantar makanan” ketika itu aku masih kecil dan tinggal bersama arwah nenek. Beliau mengajak ke sebuah tempat yang kerap kali dikunjunginya pada setiap malam. Kami berjalan ke situ bertemankan sebuah lampu suluh. “Sabar…Kejap lagi aku sampai. Lepas ni makan la puas-puas. Esok aku datang lagi” kedengaran bisikan nenek. Aku merasa aneh dan pelik ketika itu. Nenek cakap dengan siapa? Kami hanya berdua dan takde sesiapa lagi masa tu. Sesampainya kami ke situ, nenek meletakkan sebuah dulang khas yang berisi daging mentah dan 7 biji telur bersama sepinggan nasi kuning. Beliau duduk bersimpuh dihadapan pokok ara itu dan memulakan upacara itu sambil membaca satu mantera. Aku duduk bersebelahan arwah. Ntah kenapa, aku merasa sangat sejuk ketika itu. Selepas selesai sahaja upacara itu, nenek berdiri dan melambai ke arah pokok ara itu! “Haniff, tutup mata kejap. Nanti kalau dah siap, nenek bagitau” Aku diam dan menurut kata-kata nenek sambil memeluknya.

Aku terdengar satu suara ganjil sedang menghampiri kami. “xxxxxgggggkkkk! Xxxxxgggggkkkk!” “Iye, marilah sini. Makanan ni untuk kamu. Makan lah, aku janji esok aku datang lagi” aku cuba membuka kelopak mata ku untuk curi-curi melihat dengan siapakah nenek sedang berbual. Aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat hitam dan besar! Lembaga itu perlahan-lahan menghampiri kami lalu menjamu makanan dihadapan itu dengan berseleranya. Tubuh ku menjadi kaku dan aku menutup mata ku semula, aku sangat takut ketika itu! Sehingga pada keesokan paginya aku merasa tidak sihat dan demam. Itulah kali pertama aku melihat lembaga menakutkan dihadapan mata ku!
Tapi lama kelamaan aku seakan-akan lali dengan lembaga itu. Hampir setiap malam kami ke sana semata-mata untuk memberikan makhluk itu makan. Terus terang aku katakan, nenek sememangnya dukun yang agak dikenali di kampung ini. Boleh kira, bermacam-macam jenis penyakit arwah nenek boleh sembuhkan. Sehinggakan penduduk di kampung-kampung bersebelahan turut bertandang ke rumah ini untuk melakukan rawatan. Boleh dikatakan arwah nenek serba boleh. Beliau boleh menyembuhkan penyakit, beliau boleh menghantar penyakit (santau), beliau boleh melakukan bermacam-macam ilmu hitam! Lagaknya seperti Tuhan. Seperti dialah yang paling berkuasa di kampung pada ketika itu.

Sehinggalah ke satu saat yang terakhir, bila tuhan menunjukkan kuasaNYa, nenek jatuh sakit. Membuatkan dirinya tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Aku masih ingat ketika aku mendengar berita buruk ini, semasa aku sedang menjawab kertas terakhir sebelum aku menamatkan pengajian dan bakal dikurniakan segulung ijazah sarjana muda pengajian Akidah dan Agama. Sejurus selepas itu aku pulang ke kampung bersama-sama keluarga ku. Ya allah, sebak hati ini bila melihat nenek pada ketika sedang terlantar nazak. Beliau yang dulunya Raja yang berkuasa! Kini terlantar di sebuah tilam bertemankan kelambu. “Haniff ke tu? Cucu nenek, haniff masih marah dengan nenek?” Ya allah sebak aku mendengar suara nenek.

Aku masih teringat kisah ku bertengkar lidah dengan arwah berkenaan ilmu yang mengaburi nenek. “Kau jangan nak mengajar aku! Kau siapa nak tegur aku? Ini adalah ilmu warisan kita! Ilmu yang akan menjaga kau!” Aku tersentuh dengan kata-kata yang keluar dari mulut nenek. Arwah nenek memandang rendah kepada ku dan tidak mempercayai sedikit pun ajaran sebenar yang patut diamalkan oleh kita sebagai umat islam. Namun, aku sudah melupakan itu semua dan sudah lama memaafkan nenek. Aku memuluk tubuhnya dan mencium dahi nenek. Aku dan keluarga ku yang berada di sini pada ketika itu, membuat bacaan Yassin untuk nenek. Sehari sebelum arwah meninggal, aku temankan nenek ruang tamu dan tidur di sofa rotan beralaskan kusyen dan selimut untuk menjaga nenek. Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang sangat aneh, bunyi itu datang dari arah bilik nenek. Aku lihat nenek baring dan tidur pada masa itu.

Perlahan-lahan aku memeriksa bilik itu. Ya allah! Satu susuk tubuh menyerupai nenek sedang menjamu seekor pelanduk yang masih mentah! Aku tergamam seketika dan menjadi bingung. Siapakah pemilik tubuh itu? Lembaga itu perasan dengan kehadiran ku disitu dan menoleh ke arah ku. Ya allah! Seram yang tak dapat ku gambarkan! Aku hampir rebah bila melihat wajah lembaga itu! Aku melaungkan azan dengan sekuat hati dan berdoa kepadaNya agar melindungi aku dan keluarga ku. Lembaga itu tertunduk sambil menutup telinganya, tetapi masih utuh berdiri dan cuba untuk menghampiri ku! Aku melaungkan azan untuk kali kedua dan untuk kali yang ketiganya, Lembaga itu lenyap dari penglihatan ku! Syukur Alhamdulillah.

Keluarga ku yang ketika itu sedang tidur, terjaga dari buaian tidur bila mendengar laungan azan yang aku lakukan tadi. Aku bergegas ke arah nenek bagi melihat keadaannya. Mungkin masanya sudah tiba untuk dijemput ilahi, nafasnya tersekat-sekat seperti sukar untuk bernafas. Itulah saat-saat yang menyedikan buat kami sekeluarga. Aku berbisik di telinga arwah, melafazkan 2 kalimah syahadah. walaupun sehingga kini lembaga itu sudah menghilangkan diri, tapi aku dapat merasakan 'dia' sedang mencari dan ternanti-nanti waris yang akan menjaganya...



No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *