Advertisement

Advertisement

Tuesday, September 19, 2017

KISAH SERAM: Mak Bidan Penanggal

“Amin, dah lama makcik tak nampak kau kat kampung ni. Baru balik dari KL ke? Ni makcik dengar bini kamu nak bersalin ye?” Satu sapaan yang cukup mesra dan mempunyai maksud tersirat disebaliknya. “Eh, Mak bidan! Lama tak jumpe ye. Rindu pulak rasenye. Hehe. A’ah, lagi tiga empat hari rasenye bini saya nak bersalin” Aku balas teguran Mak Bidan. Seperti masih teringat-ingat dan terbayang-bayang saat beliau memegang anak pertama ku dan cuba untuk menjadikan anak dan isteri ku sebagai santapannya! Aku bersyukur anak dan isteri ku selamat dan semenjak kejadian itu aku tidak pernah lagi bertemu dengan Mak Bidan.


Kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu itu cukup memberikan kesan yang sangat mengerikan dan menakutkan sehingga kini. Aku cukup pantang bila mendengar perkataan bidan kampung, cukuplah apa yang terjadi kepada anak isteri ku jangan ada lagi dikalangan keluarga ku yang berani mempertaruhkan nyawa mereka dengan syaitan! Teringat masa memula aku menerima berita bahawa isteri ku disahkan hamil. Kegembiraan dan rasa sangat teruja bila mendapat tahu, aku bakal menjadi ayah.

Tanpa ada apa-apa perancangan, aku membawa isteri ku ke kampung untuk menyampaikan berita menggembirakan ini. Aku teringin sangat untuk balik ke kampung halaman setelah hampir setahun aku tidak menemui ibu dan ayah. Ditugaskan di sebuah negeri yang agak jauh dan komitmen kerja menyukarkan aku untuk mendapatkan balik bercuti. Pada masa itu, usia kandungan isteri ku hampir 9 bulan dan bakal melahirkan Amin JR. hehe. “Assalammualaikum, Mak ayah! Amin dah sampai” wajah-wajah syurga ku keluar dari pintu rumah melihat ketibaan kami di situ. “Ya allah! Min balik ni kenapa tak bagitau mak ayah?” “Eh, Bini…Bini…Bini kamu sarat mengandung ni! Kenapa tak bagitau mak? Aku cepuk juga budak ni!” Sapaan dan gurauan yang membuat ku tertawa melihat gelagat ibu dan ayah ku, terkejut bila melihat perut isteri ku. Aku rahsiakn hal ini daripada diorang. Saja nak buat surprise. hehe

Kami menaiki rumah itu dan membawa bagasi kami. Hmmm…Segar udara dan pemandangan dari jendela rumah ni. Seribu satu kenangan yang sangat menggamit memori! Ibu kemudian membuat sedikit makanan ringan dan minuman. “Min, bini kau mak tengok lagi dua ke tiga hari rasanya nak beranak dah tu. Kau ni tau ke idok, ospital bukan dekat. Nanti kalau bini kau nak beranak memalam buta macam mana?” Betul juga cakap mak aku. Aku pun menjamu makanan yang dihidangkan sambil memikirkan masalah ni. “Milah…Oh Milah…Aku ni Mak Bidan!” suara tu aku macam kenal? Mak bidan ke? Ibu bergerak menuju ke pintu rumah dan menjemput tetamu itu masuk ke rumah. “Amin, dah lama makcik tak nampak kau kat kampung ni. Baru balik dari KL ke? Ni makcik dengar bini kamu nak bersalin ye?” hampir tersedak aku menjamah kuih itu. Macam mana Mak Bidan boleh tau bini aku nak beranak? Mak ayah aku sendiri pun baru tahu hal ni! “Eh, Mak bidan! Lama tak jumpe ye. Rindu pulak rasenye. Hehe. A’ah, lagi tiga empat hari rasenye bini saya nak bersalin” Lain macam je aku nengok orang tua ni. Dia ni bidan je, bukan tukang ramal ke apa. Macam mana dia tau bini aku tengah sarat mengandung?

Agak lama juga kitaorang berbual-bual pada petang itu. Rase nak tido pon ade, habis takde benda lagi nak sorok. Semua kisah aku mase bebudak dulu dia bongkar. Dengan tiba-tiba riak wajahnya menjadi serius dan nada suara Mak Bidan pun berubah “Kalau bini kau nak beranak… Amin jangan risau Mak Bidan janji akan datang” Aku pun naik seram bila dengar Mak Bidan cakap macam tu. Seolah-olah dia berharap sangat untuk menyambut kelahiran bakal anak aku. Tak lama lepas tu bini aku pula keluar dari bilik, dia cakap rase tak sedap badan. Alahai, masa-masa macam ni pulak bini aku nak keluar. “Ni isteri kamu? Amboi lawo bebeno. Mai sini mak Bidan nengok perut kamu” Bini aku ni pun ikutlah cakap si Mak Bidan ni. Aku tak pasti sama ada mak ayah aku perasan atau tidak ketika melihat tingkah laku Mak Bidan yang sedang memegang perut isteri ku. Lidahnya terjelir-jelir dan meraba perut isteri ku dengan cara yang agak kasar. Aku rase ada sesuatu yang tak kena! “Dah masuk waktu maghrib ni Mak Bidan, elok la balik dulu. Nanti kita cerita-cerita lagi ye” Aku menarik tangan isteri ku sambil memapahnya masuk ke dalam bilik semula.

“Abang…Kenapa Mak Bidan tu? Lain macam je sayang tengok. Rase sakit dan panas time Mak Bidan pegang perut ni!” Aik? Biar betul ape yang bini aku katakan ni? Malam tu juga kami diganggu. Aku dengar bermacam-macam jenis bunyi. Rase macam nak bocor bumbung rumah ni “Bammmm!” Kesian juga aku tengok isteri aku, tak lena tido. Menatang mane pulak yang jatuh diatas tu? Tak cukup dengan tu, pintu rumah ni lagi diketuk dengan kuat. Abah aku pergi bukak pintu tu, tapi orangnye takde. Pelik rasanya! Begitulah kejadian aneh ini terjadi setiap malam. Aku memang tak sedap hati, rase macam ada sesuatu yang tak kena. Mak Bidan lagi tak henti-henti berkunjung ke rumah! Mak aku sendiri cakap, sebelum ni Mak Bidan jarang sekali berkunjung ke rumah ni. Aku syak Mak Bidan ni mungkin penanggal! Abah pun turut perasan dengan tingkah laku Mak Bidan, yang agak pelik sejak kitaorang balik ke kampung.

“Min, kau ikut ayah kejap. Abah nak tunjuk sesuatu dengan kau” aku pun ikutlah abah menuju ke belakang rumah, rase berat hati juga tinggalkan isteri aku sorang-sorang dalam bilik. Mak Bidan pun ada kat umah ni tengah sembang-sembang dengan Mak! “Ambik seberapa banyak batang pokok limau purut ni. Letak dalam bilik kau nanti. Yang lebih tu kau cuba pegang dan dekatkan diri dengan Mak Bidan” Lain macam bunyinye. Abah pun rase Mak Bidan tu Penanggal kot. Aku buat macam yang Abah suruh, aku tengok masa tu Mak Bidan berpeluh semacam! Rase macam tak tenteram! Sah, memang mak bidan ni penanggal! Tetibe pulak bini aku terjerit-jerit! “Abanggg! Perut ni sakit!” ya allah! Bini aku nak beranak!

Aku masih ingat waktu tu dekat-dekat maghrib. “Min ambik besen berisi air suam-suam panas dan tuala. Bawa ke sini! Cepat!” kata Mak Bidan. Aku pun memang kalut masa tu! Aku bergegas dan buat seperti yang disuruh. “Kamu keluar dulu, biar Mak Bidan uruskan” Aku dengar suara jeritan isteri ku, jeritan yang membuat jantung ku hampir terhenti! Ya Allah, lindungi lah anak bini aku! Tak lama kemudian, kedengaran suara seorang bayi “Uwekkk…Uwekkk…Uwekkk” Alhamdulillah, anak ku selamat dilahirkan. Aku menangis dan memeluk ibu dan ayah aku. “Mak Bidan, boleh saya masuk?” aku mengetuk pintu bilik itu, seperti tidak sabar melihat isteri dan anak ku “Kejap! Jangan Masuk!” eh asal suara Mak Bidan macam tu? Sangat menakutkan! Aku terus teringat tentang hal tadi. Aku mengetuk pintu bilik itu sekuat hati ku! “Mak Bidan! Bukak pintu ni! Kalau tak saya pecahkan pintu ni!” “Abang! Tolonggg! Mak Bidan!” ya allah! Bini aku! Anak aku! Tak henti-henti aku mengetuk pintu bilik tu! Aku membuat keputusan terburu-buru dan menendang pintu bilik itu! “Bammmm!” Badan ku menjadi kaku dan aku menjadi bisu. Buat pertama kalinya aku melihat hantu penanggal dihadapan ku! Isteri ku tidak sedarkan diri dan anak ku bersebelahan ibunya masih bertali pusat!

Aku melihat tubuh mak bidan duduk bersimpuh dihadapan celah kangkang isteri ku, tetapi kepalanya sedang memasuki kain pelikat isteri ku! Apa yang Mak Bidan cuba lakukan? Tidak lama selepas itu aku lihat tubuh Mak Bidan terjatuh dan dia mengeluarkan kepalanya dari selak kain isteri ku. “Aduhhh! Panas! Tolong!” Aku terhidu seperti cili padi yang terbakar! Aku lihat ayah ku sedang membakar cili padi itu menggunakan manchis dan membaca ayat kursi sebelum meneruskan bacaan kepada surah lain. Tak sempat Mak Bidan mencantumkan semula kepala dan tubuhnya, beliau melompat keluar dari tingkap kayu bilik itu!

Syukur Alhamdulillah isteri dan anak ku selamat. Aku menghubungi pihak hospital untuk memberikan rawatan selanjutnya kepada isteri dan anak ku di rumah ini. Semenjak peristiwa mengerikan itu, aku tidak pernah dan tidak akan berharap untuk berjumpa lagi dengan Mak Bidan! Aku tak akan ampunkan setelah apa yang perlakukan kepada anak isteri aku!

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *