Tok Batin sememangnya seorang yang agak peramah. Beliau bernama Tok sampit. Suasana keadaan kampung itu tidak lah terlalu daif untuk aku katakan. Beberapa kemudahan juga turut disediakan, seperti paip air, elektrik, klinik kerajaan, balai polis, cuma jalan menuju ke sana masih belum diperbaiki, menyukarkan penduduk di sini untuk membuat sebarang urusan diluar kampung ini. Aku kemudian dibawa menuju ke sekolah yang bakal aku taburkan khidmat bakti ku di sana. Aku berjumpa dengan guru besar itu dan selepas sahaja melapor diri, kemudiannya aku dibawa sebuah rumah kuartes khas untuk guru-guru yang mengajar disana. Rumah tu agak usang sedikit, tetapi keadaan rumah itu masih utuh dan agak selesa.
Dipendekkan cerita, selama beberapa hari aku di sana. Aku memang merasa kurang selesa mungkin disebabkan belum terbiasa dengan keadaan di sana. Namun guru-guru yang mengajar di sana dan penduduk di situ juga agak peramah. Tiba lah pada satu malam, Tok sampit menjemputku untuk datang ke sebuah pesta keramaian di kampung itu kononnya bagi menyambut kehadiran ku di kampung itu. Benar, aku terpalit sama terkesima bila melihat pesta keramaian itu. Seperti rusa masuk kampung. sememangnya pesta itu sangat unik dan itu adalah kali pertama aku menyaksikan pesta seperti itu. Aku duduk bersimpuh di sebelah Tok sampit sambil menyaksikan pesta itu berlangsung. Lalu aku disapa oleh salah seorang penduduk di sana. "Cikgu, berasal dari mana? saya pulai. hehe..." Aku pun jawab lah pertanyaannya. kami bersembang-sembang dengan rancak sekali seperti sahabat yang sudah lama tidak bertemu. walaupun ada sedikit loghatnya yang kurang ku fahami, tetapi aku cukup selesa untuk berbual-bual dengannya.
"Cikgu minat berburu? esok cuti. Boleh cikgu teman saya ke hutan esok..." Satu persoalan yang menarik perhatian ku. Aku pun bersetuju dengan pelawaannya memandangkan esok adalah cuti. Keesokan paginya, aku dan pulai bergerak menuju ke hutan. Jujur aku katakan, ini lah pengalaman pertama ku ikut berburu di hutan. Agak excited juga lah. Kami menyusuri hutan itu dengan berbekal kan sebatang sumpit, sebilah parang. sumpit adalah satu alat berburu yang sangat unik dan hanya orang yang berpengalaman sahaja mampu menggunakan alat itu. Agak jauh juga perjalanan kami, kalau tak biasa memang sesat. hehe.Pulai berpesan kepada aku, "cikgu, hutan ini ada penunggu. binatang buas pun banyak. cikgu hati-hati ya" Aduhh lain macam je bunyinye. Dah la aku tak tau apa-apa kalau bab-bab hutan ni. Nak patah balik pun aku tak tau, redha jela.
"Shhh. Diam, pulai nampak pelanduk" Kata pulai. kami pun bersembunyi di sebuah semak sambil memerhatikan pergerakan pelanduk itu. Pulai mengeluarkan jarum sumpit dari beg sandangnya dan meletakkan racun pelali di mata jarum itu. "Suppp!" Bunyi sumpitan pulai yang tepat mengena badan pelanduk itu. Aku memang tak sangka, Pulai memang hebat! hehe. Kami mengekori pelanduk itu, sehinggalah rebah. Pulai pun menyembelih pelanduk itu sebelum binatang itu mati. Perut pun berkeroncong dan pulai turut perasan yang aku ni tengah lapar. hehe. Kami kemudian menuju ke sebuah sungai bagi membersihkan pelanduk itu dan kemudian memanggangnya. Ya allah, pengalaman yang cukup bermakna buat ku. Memang sedap dan sangat menyelerakan!
segala isi perut pelanduk itu sudah pun di tanam oleh pulai di sebuah semak. Sedang kami berseleranya menjamu pelanduk itu, tiba-tiba aku lihat sekumpulan lalat sedang mengeremuni kami. "Eh, apasal lalat ni pulai. kacau ah", kata ku kepada pulai. beliau pun hairan dari mana kehadiran lalat-lalat ini. kami cuba untuk menghalau lalat-lalat itu, tapi semakin lama semakin banyak menghampiri kami. Keadaan pada waktu itu beransur gelap, memandangkan hampir waktu maghrib. "Cikgu, saya baru ingat. kita lupa untuk tanam darah itu selepas sembelih pelanduk ini..." Aik apa pula maksud si pulai ni? tiba-tiba mata si pulai menjadi bulat memandang ke arah belakang ku! "Kenapa pulai?" beliau menggelengkan kepalanya seperti tanda isyarat jangan pandang ke belakang. Ya allah, bulu tengkuk ku berdiri dan tiba-tiba merasa ada sesuatu yang sedang menyentuh bahu ku! Aku dapat rasakan ada sesuatu yang sedang memakan daging pelanduk itu. "Shhhtykkkkgggdrksnshhh..." Lalat-lalat ini semakin lama semakin banyak.
Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Hampir terhenti jantung ku melihat makhluk itu! badannya hitam, sangat besar dan berbulu, gigi taringnya sangat banyak dan tajam, berselera menjamu daging yang dipanggang itu! Aku melepaskan daging itu dan tergamam, badan ku menjadi kaku seperti patung! pulai kemudian menghampiri lembaga hitam itu dan sedang bercakap dengannya. sepatah apa pun aku tak faham apa yang si pulai cakap. beberapa ketika kemudian selepas si pulai bercakap dengan lembaga itu, 'dia' kemudian melepaskan tangannya dari bahu ku dan meneruskan santapannya. si pulai memegang tanganku dan menarik ku lari dari tempat itu. Ya allah, tuhan sahaja yang tahu dengan apa yang terjadi masa tu!
Kami tiba di perkampungan, aku dan pulai kepenatan selepas berlari dari hutan itu. terenjut-enjut nafas ku. Aku pun bertanya kepada pulai tentang lembaga itu. "Itu...itu..itu semangat hutan, Genderuwo namanya. Nasib baik kita lari dengan cepat. kalau tidak mati kita!" "kalau daging pelanduk itu habis, kita...kita...kita pula yang dimakan!" kata pulai kepada aku sambil terenjut-enjut nafasnya. Ya allah, syukurlah kami masih selamat. Pengalaman ni cukup ngeri dan sangat menakutkan! Selepas kejadian tu aku demam dan selalu bermimpi buruk, bermimpi makhluk yang menakutkan itu! Alhamdulillah, aku pun sembuh akhirnya selepas beberapa hari kemudian dirawat oleh Tok sampit. "Kamu beruntung cikgu, kalau kamu tidak perasan dengan Genderuwo itu mungkin kamu sudah mati!"
GAMBAR SEKADAR HIASAN
"Shhh. Diam, pulai nampak pelanduk" Kata pulai. kami pun bersembunyi di sebuah semak sambil memerhatikan pergerakan pelanduk itu. Pulai mengeluarkan jarum sumpit dari beg sandangnya dan meletakkan racun pelali di mata jarum itu. "Suppp!" Bunyi sumpitan pulai yang tepat mengena badan pelanduk itu. Aku memang tak sangka, Pulai memang hebat! hehe. Kami mengekori pelanduk itu, sehinggalah rebah. Pulai pun menyembelih pelanduk itu sebelum binatang itu mati. Perut pun berkeroncong dan pulai turut perasan yang aku ni tengah lapar. hehe. Kami kemudian menuju ke sebuah sungai bagi membersihkan pelanduk itu dan kemudian memanggangnya. Ya allah, pengalaman yang cukup bermakna buat ku. Memang sedap dan sangat menyelerakan!
segala isi perut pelanduk itu sudah pun di tanam oleh pulai di sebuah semak. Sedang kami berseleranya menjamu pelanduk itu, tiba-tiba aku lihat sekumpulan lalat sedang mengeremuni kami. "Eh, apasal lalat ni pulai. kacau ah", kata ku kepada pulai. beliau pun hairan dari mana kehadiran lalat-lalat ini. kami cuba untuk menghalau lalat-lalat itu, tapi semakin lama semakin banyak menghampiri kami. Keadaan pada waktu itu beransur gelap, memandangkan hampir waktu maghrib. "Cikgu, saya baru ingat. kita lupa untuk tanam darah itu selepas sembelih pelanduk ini..." Aik apa pula maksud si pulai ni? tiba-tiba mata si pulai menjadi bulat memandang ke arah belakang ku! "Kenapa pulai?" beliau menggelengkan kepalanya seperti tanda isyarat jangan pandang ke belakang. Ya allah, bulu tengkuk ku berdiri dan tiba-tiba merasa ada sesuatu yang sedang menyentuh bahu ku! Aku dapat rasakan ada sesuatu yang sedang memakan daging pelanduk itu. "Shhhtykkkkgggdrksnshhh..." Lalat-lalat ini semakin lama semakin banyak.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Hampir terhenti jantung ku melihat makhluk itu! badannya hitam, sangat besar dan berbulu, gigi taringnya sangat banyak dan tajam, berselera menjamu daging yang dipanggang itu! Aku melepaskan daging itu dan tergamam, badan ku menjadi kaku seperti patung! pulai kemudian menghampiri lembaga hitam itu dan sedang bercakap dengannya. sepatah apa pun aku tak faham apa yang si pulai cakap. beberapa ketika kemudian selepas si pulai bercakap dengan lembaga itu, 'dia' kemudian melepaskan tangannya dari bahu ku dan meneruskan santapannya. si pulai memegang tanganku dan menarik ku lari dari tempat itu. Ya allah, tuhan sahaja yang tahu dengan apa yang terjadi masa tu!
GAMBAR SEKADAR HIASAN
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment