Nama aku Firdaus atau lebih dikenali sebagai Daus.
Tahun 2010 merupakan tahun dimana aku dan rakan-rakan karib aku ‘graduate’ di
sebuah universiti tempatan. Namun, tahun itu cuma aku seorang sahaja yang naik
ke pentas itu untuk menerima sijil. Rakan-rakan karib aku pergi meninggalkan
aku lebih awal pada tahun sebelum itu. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri bila
mengenangkan kisah-kisah kami semasa berada di unversiti.
Aku dan rakan-rakan
karibku sudah berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Apa yang menariknya,
bermula dari bangku sekolah sehinggalah menjejakkan kaki ke universiti, kami
duduk sekelas. Seakan-akan Tuhan sudah menentukan perjalanan hidup kami
bersama-sama. Pahit dan manis sepanjang bersama-sama tu kami lalui bersama. Ada
lah juga kadang-kadang tu gaduh lepas tu baik balik. Memang indah. Hehe. Namun,
Tuhan lebih mengetahui apa yang lebih baik. Kekurangan ini datangnya daripada
kami. Kawan-kawan karib aku pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang sangat
tragik. Walaupun cuma aku yang terselamat, kenangan pahit itu sehingga kini
masih bermain diminda ku. Bukan setakat itu sahaja, sehingga kini aku masih
diganggu tidak kira dalam mimpi ataupun realiti. Tapi kini, aku seakan-akan
lali dengan gangguan itu. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha, Tuhan yang
menentukan segalanya. Alhamdulillah, dengan izin-Nya baru-baru ini aku telah
pergi untuk berubat di sebuah pusat rawatan islam. Penyakit misteri yang
menganggu aku Selama ini sudah tiada.
Kisahnya
bermula semasa kami merancang untuk membuat percutian bersama-sama di sebuah
pantai. Sebelum “last paper”, kami
sudah membuat perancangan untuk pergi bercuti bersama-sama selepas itu. Tidak
terlintas pun di fikiran ini untuk bercuti, memandangkan niat untuk balik ke
kampung lebih berat sebelah berbanding bercuti bersama-sama kawan. Namun, demi
menjaga hati mereka, aku dengan rela hati untuk ‘join’ percutian itu. Selepas
sahaja habis bercuti di pantai itu, kami akan balik ke kampung bersama-sama
memandangkan kami semua duduk di kampung yang sama. Aku ada 4 orang sahabat
karib, Hisyam, Saiful, Iqbal, dan Khai. Perangai diorang ni jangan cakaplah,
memang nakal. Tapi, disebalik kenakalan itu tersimpan satu pemberian Tuhan
kepada mereka, iaitu bijak. Aku biasanya, setiap semester pointer aku paling
tinggi (3.50). Tu memang pulun habis. Siang ke malam, memang aku ‘study’. Yang
4 ekor beruk ni, pinggan tak cuci, selalu kena halau dari kelas, lewat bangun
tapi ‘pointer’ setiap sem (3.80). Tu kira paling pemalas lah tu. Kalau depa
belajar sikit, paling kurang (3.90). Nak aku cakap meniru, tak juga. Masa exam
tu, keluar ke tandas pun tidak. Memang itulah kelebihan yang Tuhan beri kepada
mereka. Aku tetap bersyukur walaupun pointer aku rendah sikit dari diorang. Aku
bangga kawan dengan diorang ni, nakal tapi berakal. Hehe. Selepas selesai
sahaja “last paper” tu, kami dah bersiap sedia untuk packing semua barang kami
sebelum bertolak menuju ke pantai tu. Kawan aku Iqbal ini ada kereta, senang
sikitlah kami nak gerak mana-mana. Perjalan kami dari kampus menuju ke pantai
tu mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jauh jugak lah. Kami plan nak tido
beberapa hari kat sana sebelum balik ke kampung.
Dalam perjalanan kami yang
berbaki 2 jam lagi untuk sampai kesana, tiba-tiba kami terlihat orang tua itu
sedang…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment