Haziq berbisik dengan sahabatnya. “Iman kau dengar tak?. Cikgu Suraya cakap
dengan siapa tu?”. Aiman menggelengkan kepalanya. “pangggg!”, kedengaran seperti cikgu Suraya sedang menghempas meja.
“Kenapa kau tinggalkan aku!. Kau tak
sayang aku lagi ke?!”. Kedengaran suara cikgu Suraya yang sedang marah
bercampur sedih. Ekspresi wajah Haziq dan Aiman bertukar. Mereka merasa sesuatu
yang tidak kena.
Kemudian, cikgu Suraya keluar daripada dapur dengan membawa
minuman dan sedikit makanan ringan. “Minumlah
dulu, sekejap lagi kita akan mulakan kelas tambahan”, kata cikgu Suraya
sambil tersenyum. Haziq dan Aiman tidak berkata apa-apa. Selesai sahaja mereka
menjamu hidangan tadi, cikgu Suraya memulakan kelas tambahannya. Haziq dan
Aiman membuat kerja yang diberikan oleh cikgu mereka tanpa berkata apa-apa. Sambil
membuat kerja yang diberikan, Haziq cuba memberanikan dirinya untuk bertanya
kepada cikgu Suraya. “Cikgu, boleh saya
tanya sikit?. Cikgu tinggal sorang je kat rumah ni?”. Cikgu Suraya
tersenyum dan membalas pertanyaan muridnya. “Ye, cikgu tinggal sorang je kat sini. Kenapa?, Ziq nak temankan cikgu
ke?. Hehe”. Haziq dan Aiman tergamam dengan jawapan cikgu Suraya. Siapakah
kawan cikgu Suraya bercakap tadi?. Wajah Aiman menjadi pucat dan tidak berkata
apa-apa. Memang benarlah sangkaan Haziq selama ini bahawa cikgunya itu mungkin
gila!. Namun, Haziq tidak berkata apa-apa. Mereka meneruskan kerja yang
diberikan, sehinggalah siap. “Cikgu, kami balik dulu ye. Hujan pun makin lebat,
takut dapat pulang pula”, kata Haziq. “Yela, hati-hati ye. Esok kita jumpa di
sekolah”, balas cikgu Suraya. Mereka bergegas menyusun perkakas sekolah mereka
lalu beredar dari rumah cikgu Suraya. Sedang mereka bergegas menuju ke pondok
Pak Mat, kelihatan cikgu Azman sedang berlari menuju ke arah mereka. “Eh dah habis kelas tambahan?”, Cikgu
Azman bertanya kepada anak muridnya. “Dah, baru je habis tadi cikgu. Kami balik
dulu ye”, jawab haziq sambil menuju ke arah pondok. Cikgu Azman merasa pelik
dengan perangai mereka, bergegas untuk pergi dan kelihatan wajah Aiman pucat
seperti ternampak hantu.
Selepas sahaja mengambil basikal, mereka bergegas
pergi dari sekolah itu. Hujan semakin lebat, Haziq dan Aiman membuat keputusan
untuk berhenti seketika di masjid sementara menunggu hujan reda. “Aku dah cakap
kat kau iman, cikgu tu memang gila!”, Kata Haziq kepada Aiman. “Sumpah, kali ni
aku memang percaya cakap kau. Muka je cantik tapi gila!”, Aiman membalas.
Sementara menunggu hujan reda, Aiman bertanya kepada Haziq. “Kita nak buat apa ni ziq?. Kalau kita cakap
cikgu tu gila memang orang tak percaya”. Haziq terdiam dan memikirkan
kata-kata sahabatnya itu. Haziq merasakan sesuatu yang kurang. Payungnya
tertinggal di rumah cikgu Suraya. “Alamak,
payung aku tertinggal. Temankan aku. Mesti mak aku marah kalau tahu payung tu
tinggal!”, Kata Haziq. “Aku takutlah
Ziq!. Kau jela pergi sorang”, Aiman membalas. Namun Aiman tidak sampai hati
membiarkan sahabatnya untuk pergi seorang diri. Selepas sahaja hujan renyai,
mereka bersama-sama menuju semula ke sekolah untuk mengambil payung Haziq.
Mereka tiba semula di pondok Pak Mat. “Aku
tunggu sini jela, kau ambik sorang ye”, kata Aiman. Haziq kemudian dengan
perasaan yang takut, cuba untuk memberanikan dirinya untuk mengambil payungnya
di rumah cikgu Suraya. Hujan kembali lebat, Haziq bergegas menuju ke rumah
cikgunya. “Assalammualaikum Cikgu!. Saya
ni Haziq”, kata haziq sambil menanti cikgu Suraya keluar daripada rumah.
Namun tiada balasan. Haziq cuba untuk mengetuk rumah itu. Tiba-tiba kedengaran
seperti suara cikgu Azman yang sedang berteriak meminta tolong...
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment