“Assalammualaikum Tok Haji…” “Walaikumsalam Seman, mai
masuk. Awal kamu datang? Janji lepas isyak datang sini” Tok seman akhirnya
datang seperti yang dikatakan oleh atok. “cucu kamu yang mana satu kena
sampuk?” “Ade dekat bilik tu, nanti aku panggil kejap lagi. Oh maknye! Ni Seman
dah sampai ke sini. Bawa lah Aisyah sekali” Aku nampak ayah bersalaman dengan
Tok Seman. Aku dengan ibu duduk bersimpuh di ruang tamu turut berkumpul
bersama-sama pada waktu itu. “Wan, lama tak nampak kamu. Sihat? Wah anak-anak
kamu pun dah besar panjang ye. Dulu kecik lagi tok tengok. hehe”
“Alhamdulillah, sehat Tok. A’ah tak sedar, cepat masa berlalu. Hehe…
Kebetulanlah kita dah berkumpul dekat sini, tok sendiri pun dah tahu hajat kami
ni. Saya minta sangatlah Tok boleh rawat anak saya” “Inn sha allah Wan, aku ni
pun hamba tuhan. Aku cuba berusaha untuk rawat anak kau” Nenek memapah Aisyah
keluar dari bilik berjalan menuju ke ruang tamu. Ibu berdiri dan masuk ke bilik
untuk mengambil tilam dan bantal. Aku nampak raut wajah Tok Seman berubah
sebaik melihat Aisyah. Selepas tilam dan bantal dibentangkan, Aisyah kemudian
baring dan Tok seman memerhatikan keadaan Aisyah. “Budak ni ade merayap keluar
ke masa korang tengah tido? Ade apa-apa yang pelik tak masa kamu semua tinggal
dekat bilik tu?” kami semua memandang antara satu sama lain. Aku pun tergamam
bila Tok seman cakap macam tu, belum cakap apa-apa lagi tok seman dah tahu
lebih awal.
Akhirnya, ayah menceritakan segalanya kepada Tok seman
tentang apa yang terjadi. Tok seman mengangguk-angguk, seperti tahu apa yang
telah terjadi kepada Aisyah. “Tolong ambilkan Tok segelas air, dan mangkuk
berisi air” aku dan ibu bergegas menuju ke dapur untuk mengambil air dan
mangkuk seperti yang diarahkan oleh Tok seman dan kembali semula menuju ke
ruang tamu. Tok seman memulakan bacaan jampinya sambil menyentuh dahi Aisyah.
Aku nampak raut Aisyah masa tu sangat pucat dan berpeluh. Walaupun kami tengah
berkumpul bersama-sama masa tu aku masih rase seram sejuk! Entah kenapa. Rase
macam ade sesuatu yang sedang berlegar-legar di ruang rumah ni. “Aisyah, boleh
kamu duduk sebentar? Tok nak sentuh belakang kamu” Atok memapah dan menahan
badan Aisyah pada ketika itu. Tok seman kemudian meneruskan bacaannya sambil
menyentuh belakang Aisyah. Aku nampak Aisyah macam nak muntah. Dia pening ke
apa? “Tok Haji, ambik mangkuk tu. Tadah mangkuk tu dekat mulut Aisyah”
“Bwerrrkkk!” Aisyah muntah seperti sedang mengeluarkan sesuatu yang sangat
sukar untuk dikeluarkan! “Cuba kamu semua tengok, apa yang Ade dekat mangkuk
tu”
Kami semua macam tak percaya dengan apa yang
dikeluarkan dari ditubuh Aisyah! Benda hitam seperti rambut! “Aisyah nak ke
tandas kejap, boleh?” Aku nampak raut wajah Aisyah berubah selepas muntah tadi,
mungkin sedang beransur pulih. Syukurlah…
Aku menemani sambil memapah
Aisyah menuju ke tandas yang berada di bawah rumah. “Adik ok tak? Jangan risau
nanti lama-lama adik ok la” Aku cuba menenangkan Aisyah. Kami pun turun ke
bawah rumah bertemankan lampu suluh. Memang gelap masa tu, tetibe aku rase
seram pula! meremang tak tentu pasal. Aisyah bergerak menuju ke tandas, aku
menunggu Aisyah di luar. Sebaik sahaja Aisyah membuka pintu tandas, dia seperti
terpaku dan tercegat berdiri memerhatika tandas tu. “Akak, adik tak jadi lah
nak kencing. Kita naik balik lah ye” aku rase pelik juga dengan budak ni, tadi
nak ke tandas lepas tu tak jadi. Aku pun suluh ruangan tandas tu, tak terkata
dan tak tergambar dengan apa yang aku lihat. Satu susuk tubuh berjubah putih,
rambutnya panjang hingga ke kaki! Tertunduk dan berdiri di ruangan tandas itu.
Aku bergegas memapah Aisyah dan naik semula ke rumah!
“Kenapa dengan kamu ni Wani? Pucat semacam. Kamu pun sakit
juga ke?” tanya atok dengan wajah yang kehairanan melihat kami “Ade lembaga
putih dekat tandas!” Aku memapah Aisyah menuju semula ke tilam dan aku bergegas
memeluk ibu. Aku sangat takut masa tu! “Tok belum habis lagi rawat kamu, itu
lah benda yang kamu nampak tu masih ada dekat sini. Kamu jangan risau ye. Inn sha
allah nanti dia pergi juga” Tok seman meneruskan sesi rawatan terhadap Aisyah.
Aku dah rase lain macam masa tu! “Banggg! Banggg! Banggg!” jelas kedengaran
bunyi pintu tandas tu tertutup berkali-kali. Rase nak pecah je pintu tandas tu.
Memang lembaga tu punya kerja rasanya!
Sehingglah Tok seman menghabiskan sesi rawatan itu, beliau kemudian
menceritakan kepada kami segalanya tentang apa yang telah terjadi. “Syukurlah,
makhluk tu pun dah kembali ke tempat asalnya. Sebenarnya tempat yang kamu pergi
bercuti tu memang keras. Kebetulan pula, ada sebuah pokok berhampiran bilik
kamu. Pokok tu sebenarnya tempat tinggal dia yang baru. Ade sebatang pokok lagi
terletak di tengah-tengah bilik tu sudah ditebang untuk dijadikan chalet. Tu pasal
kalau kamu perasan, mesti kamu ternampak rambut dekat mana-mana ruangan bilik
tu. Betul tak? Benda tu marah sebab tempat tinggal dia dulu ditebang, rasanya bukan
kamu sekeluarga sahaja yang kena dengan benda tu. Ramai yang dah kena. Lagi
satu, pantang larang kalau ternampak benda-benda pelik ni elok jangan ditegur
lah ye. Lebih baik cari bilik lain atau cari je tempat lain, banyak lagi…”
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment