Advertisement

Advertisement

Friday, October 27, 2017

[FIKSYEN SERAM]: 7 DARAH ANAK GADIS (PART |||)

Sepurnama sudahpun berlalu, Rokiah mengikuti segala peraturan yang ditetapkan oleh Tok Moh. Ilmu syaitan yang diamalkan selama sebulan itu tidak sia-sia. Kesannya mula dirasai sendiri olehnya, bertalu-talu jejaka di kampung itu mencuba nasib untuk memikat Rokiah. Sehingga ada yang bertandang ke rumah untuk merisik Rokiah. Namun tidak diendahnya. Tak putus kunjung juga jejaka-jejaka di kampung itu mahu bertemu dengannya, sehingga ada yang datang ke halaman rumah tidak kira siang atau malam, terjerit-jerit memanggil namanya seperti dipukau dengan keindahan wajahnya. Rokiah mendabik dada, mula taksub dengan kecantikan itu. “Padan muka korang! Dulu pandang aku pun tak nak, sekarang terhegeh-hegeh kejar aku! HaHaHa!” bisik dihatinya.


Tuah ayam nampak dikaki, tuah orang siapa yang tahu. Rokiah kini telah menetap di bandar, bekerja sebagai model sambilan di sebuah syarikat yang cukup terkenal. Kini, wajahnya sering kali terpapar di majalah-majalah terkemuka. Pelbagai ‘offer’ dan kerja yang turut ditawarkan kepadanya, disebabkan kecantikan yang luar biasa terpancar di wajahnya. Semakin lama, Rokiah semakin jauh, jauh ke lembah kesyirikan dan duniawi. Hidupnya kini semakin senang, ibu dan ayah ditinggalkan di kampung tanpa ada sebarang berita.

Sementelahan itu, Rokiah turut dilamar oleh ramai jejaka-jejaka kacak, semenjak dia menceburi bidang permodelan. Namun Rokiah menolak mentah-mentah. Namun, siapa sangka. Akhinya, seorang ‘businessman’ yang kaya raya, kacak dan berstatus suami berkenaan untuk melamar dirinya dan menerimanya tanpa berdolak dalih.    Bermulalah kisah bahagia Rokiah sebagai isteri kedua kepada Dato’ Khai. Hidup Rokiah sangat bahagia dan dihujani dengan kemewahan, suaminya melayan Rokiah dengan cukup istimewa sekali lebih dari isterinya yang pertama. Rokiah menjadi bongkak dan sombong sekali! Walaupun Rokiah sendiri yang melakukan kesalahan, isteri pertamanya menjadi kambing hitam. Dato’ Khai mempertahankan Rokiah sekeras-kerasnya, satu imuniti buat dirinya.

Rokiah mempunyai satu kamar khas yang disediakan oleh suaminya sendiri. Hanya Rokiah sahaja yang boleh memasuki kamar itu. Keraguan mulai timbul dibenak hati madunya, Puan Anggun sejak mereka tinggal sebumbung di banglo mewah itu. Kebetulan pada satu malam, Rokiah kelihatan masuk ke dalam bilik itu secara senyap-senyap bersama satu bungkusan kain kuning dan satu bungkusan plastik berwarna hitam bergerak-gerak, seperti ada benda hidup dibalik plastik berwarna hitam itu. Gerak-geri Rokiah diperhati secara senyap, Puan Anggun pasti ada sesuatu yang ganjil tentang Rokiah. Namun perkara ini hanya didiamkan oleh Puan Anggun. Dia tahu, apa-apa sahaja perkara yang memburukkan Rokiah, suaminya pasti akan menentang habis-habisan.

*SETAHUN KEMUDIAN

“Anggun… Aku dengan Rokiah nak keluar, lunch dekat *****. Kalau kitaorang tak sempat balik sebelum dinner, kau tolong bagitahu Mak semah jangan masak banyak sangat, cukuplah masak untuk korang bertiga dengan Pak Mohsin sekali” kata suaminya yang sedang memakai kasut dihadapan pintu dan disebelahnya adalah Rokiah. Jelingan dan senyuman sinis terpancar di wajah Rokiah. Angkuh! Sangat Angkuh!    “Yeke. Baiklah bang. Nanti saya bagitahu dengan Mak Semah…” Jawab Puan Anggun. Luluh hati seorang perempuan bila melihat perubahan drastic yang berlaku dengan suaminya sejak dirinya dimadukan. Hatinya sebak menahan kepiluan, namun tekadnya cukup kuat untuk mengembalikan Mahligai indah yang pernah dikecapi bersama suaminya yang tercinta itu.

Dato’ Khai dan Rokiah berjalan keluar menaiki kereta ‘Audi yang cukup mewah dan bergaya. Pintu pagar terbuka dengan sendirinya. Puan Anggun tercegat berdiri dihadapan pintu banglo itu. Air mata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar lalu mengesat titisan air mata kesedihan itu. “Kau tunggu Rokiah! Aku tahu apa nak buat!” bisik hati kecilnya.     “Pak Mohsin, saya nak tanya sikit…” Puan Anggun bertanya kepada Pak Mohsin yang sedang sibuk menguruskan pasu-pasu bunga di halaman banglo itu. Beliau menangguhkan seketika kerjanya. “Ye Puan Anggun. Tanya pasal apa ya?” “Rokiah ada tak suruh apa-apa dengan Pak Mohsin? Maksud saya Rokiah ada ke minta tolong apa-apa dengan Pak Mohsin selama ni?” “Errr… Takde! Takde Puan! Betul!” Jawab Pak Mohsin terketar-ketar. Tubuh menggigil ketakutan, seperti tersimpan satu rahsia penting antara dia dan Rokiah. Puan Anggun mengeluh, manik-manik putih mula menitis dipipinya lalu bergerak menuju masuk ke rumah. Pak Mohsin merasa serba salah atas tindakannya, beliau tahu hati Puan Anggun remuk-redam sejak hadirnya Rokiah di situ.   “Puan Anggun! Puan Anggun! Maafkan Pak Mohsin. Pak Mohsin tak tahu nak buat apa. Saya diugut!” Puan Anggun menoleh ke belakang, riak wajahnya berubah drastic mendengar kenyataan Pak Mohsin.

“Pak Mohsin jangan takut! Cakap dengan saya!” Tegas Puan Anggun berempat mata. “Errr… Acap kali Cik Rokiah pesan dengan saya. Jangan bongkarkan rahsia ini, tapi saya tak sampai hati tengok Puan Anggun sedih. Saya sanggup dibuang kerja, yang penting Puan gembira seperti dulu” “Apa dia Pak Mohsin? Jangan takut! Saya akan pastikan kamu akan terus bekerja disini. Saya janji!” “Cik Rokiah pernah pesan dengan saya untuk mencari ayam betina hitam. Sudah 3 kali saya tolong belikan ayam hitam kepada Cik Rokiah. Saya sendiri tak tahu untuk apa…” Matanya terbeliak, terkejut mendengar penjelasan Pak Mohsin. Puan Anggun bergegas menuju ke bilik tidur suaminya, menyelongkar setiap sudut ruang bilik itu untuk mencari ‘master key’. “Kau tunggu Rokiah! Aku agak, ada sesuatu yang tak kena dengan kau!”   Puan Anggun akhirnya menemui kunci itu, terletak disebuah peti dalam almari pakaian bersama sekeping surat bertulis ayat-ayat jampi.


Puan Anggun berlari menuju ke kamar rahsia itu, kunci dicapai lalu dibuka pintu kamar itu. Jelas sekali, bilik itu masih diharumi dengan bauan asap kemenyan. Peluh sejuk mengalir di tubuh Puan Anggun. Jantungnya berdegup kencang sekali! Puan Anggun bergerak beberapa tapak, melihat dan memerhati sudut kamar puaka itu. Kelihatan, sebuah cermin hitam tergantung di muka dinding bilik itu. Perasaannya mulai bercampur baur, sesuatu yang pelik dengan cermin itu! Tekadnya cukup kuat, memberanikan dirinya untuk mengambil cermin hitam itu lalu diperhatikan setiap inci cermin hitam itu. Tiba-tiba, derapan tapak kaki kedengaran di belakang. Antara halusinasi dan imaginasi, Puan Anggun menoleh ke belakang, melihat dengan matanya sendiri, satu susuk tubuh jembalang tercegat berdiri disumpah bumi. Lembaga itu tonjol memperlihatkan dirinya seketika, lalu pergi sepantas kilat. Puan Anggun bergegas keluar dari kamar puaka itu. Cermin itu didakap eratnya, menanti kehadiran Rokiah…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *