“ROKIAH…
ROKIAH… CERMIN ITU… CERMIN ITU….”
“KRASH! Bunyi gelas pecah berderai terjatuh di lantai
mozek. Peluh dingin mengalir ditubuh Rokiah, jantung berdegup kencang sekali.
Riak wajahnya bertukar cemas sebaik mendengar suara jembalang itu berbisik
halus kepadanya. “Sayang? Kenapa ni? Awak ok ke?” soal dato’ Khai serba
kebingungan melihat Rokiah yang ketika itu sedang menikmati segelas coffea.
“Abang! Jom balik! Saya tak sedap hati…” balas Rokiah. Fikirannya mulai
bercelaru, tubuhnya menggigil kesejukan. Jelas tepalit diwajahnya, seribu
ketakutan menghantui dirinya. Rokiah bergegas menarik tangan suaminya, untuk
beredar dari tempat itu. Jam
menunjukkan pukul 6 petang, Rokiah dan suaminya masih tersekat dikesesakan
jalan raya, Rokiah semakin cemas dan takut. Suara halus jembalang itu terus
menerus menyebut namanya. “Abang! Cepat sikit boleh tak? Kenapa lambat sangat
ni!” Rokiah meninggi suara, dahinya berdenyut-denyut, kepalanya seakan-akan
ditekan, dipicit kuat oleh jembalang itu, tidak kelihatan namun jelas terasa…
Rokiah dan suami akhirnya tiba diperkarangan halaman
banglo itu. Rokiah bergegas keluar dari kereta, wajahnya cemas! Kelihatan Puan Anggun tercegat berdiri di
hadapan pintu mewah itu memegang cermin hitam miliknya. “Kamu cari benda ini
kan Rokiah? Soal Puan Anggun, mengangkat tinggi cermin itu. “Jangan Anggun!
Jangan! Tolong Anggun. Aku janji akan lakukan apa-apa sahaja. Tolong kembalikan
cermin itu!” rayu rokiah sujud ke bumi. Dato’ Khai serba kebingungan melihat
perbalahan yang berlaku antara Puan Anggun dan Rokiah. “Aku tahu, memang ada
yang tak kena dengan kau selama ini. Suami aku asyik tunduk dengan kau! Apa
sahaja kemahuan mu, suami ku tunaikan! Kau hancurkan kebahagiaan aku Rokiah!
Selama ini kau pernah ambil tahu perasaan aku? Pernah? Perempuan jalang!” “Jangan Anggun! Jangan!”
“KRASH! Cermin hitam itu pecah jatuh ke bumi. Riak
wajah Rokiah berubah, dahinya berkerut memandang tajam melihat Puan Anggun.
“Kurang ajar! Mari sini aku lenyek muka kau orang gaji!” Rokiah bangkit berdiri
cuba mencederakan Puan Anggun. Tiba-tiba, Rokiah terkaku diam, tubuhnya
menggigil, menggeletar ketakutan! Jembalang belaannya muncul sepantas kilat
dihadapannya, memperlihatkan diri kepada tuannya.
“ROKIAH…
ROKIAH… ROKIAH… KENAPA KAU TAK JAGA CERMIN ITU DENGAN BAIK… KENAPA!”
“CHING! Berdesing kuku jembalang itu, panjang dan
tajam seperti pedang. Setapak demi setapak Rokiah mengundurkan dirinya.
Jembalang itu terapung-apung berjalan mendekati Rokiah. “Maafkan aku! Tolong!
Aku janji aku akan buat apa yang kau nak! Tolong!” rayuan itu tidak dihiraukan
jembalang itu, “SHAKKK! Kuku tajam itu
dilibas tepat ke wajah Rokiah! Bertalu-talu dicakar. “Argghhh! Sakit! Tolong!”
Rokiah melolong kesakitan yang amat perih! Kelakuannya itu disaksikan sendiri
oleh dato’ Khai dan Puan Anggun. Jembalang itu tidak kelihatan, namun jelas
terlihat Rokiah sedang meraung kesakitan, wajahnya luka teruk dikerjakan.
Rokiah pengsan tidak sedarkan diri. Dato’ Khai dan Puan Anggun perlahan-lahan
menghampiri Rokiah. Kesan luka itu sangat mengerikan, ditambah lagi kehadiran
ulat-ulat yang tuba-tiba mengerumuni luka-luka diwajah Rokiah. Ngeri! Sangat
ngeri!
Seminggu selepas kejadian, Rokiah sudah pulih seperti
biasa. Namun, wajahnya yang cantik bak bidadari kini tiada lagi. Luka
diwajahnya semakin membusuk memenuhi sudut bilik itu! Pelbagai cara yang
dilakukan oleh Dato’ Khai untuk mengubati luka di wajah Rokiah, tapi sia-sia. Sudah
jatuh ditimpa tangga, keangkuhan itu akhirnya memakan diri. Rokiah dihalau oleh
suaminya, kegiatan syirik itu turut diketahui oleh suaminya. Tinggal lah rokiah
sehelai sepinggang, kembali ke kampung halaman bersama-sama bingkai cermin dan
serpihannya untuk menemui Tok Moh…
“Tok Moh tolong saya! Saya merayu sangat! Tolong
kembalikan wajah saya!” air mata bergenang dikelopak matanya, membasahi
wajahnya yang kini membusuk. “Kau cuai
Rokiah! kau cuai! Sudah! Pergi kamu dari sini! Jembalang itu marah!” tegas Tok
Moh. Rokiah tetap berkeras, merayu sepenuh hatinya memohon pertolongan Tok Moh.
“Tolong lah saya Tok Moh! Saya tak sanggup hidup macam ni. Luka diwajah saya
semakin teruk. Saya merayu sangat Tok Moh!”
“Hehhh! Dasar tak sedar diri! Baik! Cuma ada satu sahaja caranya. Kalau
kamu sanggup!” “Apa sahaja Tok, saya
sanggup” “Kau perlu cari darah anak
gadis, 7 darah anak gadis, setiap malam kliwon. Tadahkan darah itu pada bingkai
cermin ini” “Sampai bila Tok?” Rokiah mencelah. “Hehhh! Sampai kepingan cermin hitam itu
kembali bercantum seperti asal…”
Rokiah mengangguk tanda setuju, tekadnya kuat untuk
menjadi cantik semula. Tok Moh memulakan proses mengikat janji, asap kemenyan
mula berkepul-kepul memenuhi ruangan rumah Tok itu. Tubuh Rokiah terasa panas!
Sangat panas! Riak wajahnya berubah, menahan kepedihan. Jelas kelihatan
perubahan drastic yang berlaku ditubuhnya, kelihatan barisan giginya menjadi
tajam, kukunya memanjang hitam dan tajam seperti mata pisau. Rokiah tetap
bertahan, tekadnya kuat, mengatasi kesakitan itu. “Dummm! Dummm! Dummm!” guruh
bedentum menggoncang kaki langit. Kilat turut serta sambung menyambung.
Bersaksikan bumi dan langit, Rokiah menyerahkan jiwa raganya menjadi hamba
syaitan…
“Usai prosesnya. Tok Moh tambah sikit kekuatan kamu.
Malam ini adalah malam kliwon! Jangan ditangguh, mulakan!”
Rokiah bangkit berdiri, sendi-sendi ditubuhnya
digerakkan satu persatu. Rokiah melihat jari jemarinyanya ditumbuhi kuku yang
sangat tajam. Kain batik disarungkan, menutupi wajahnya yang hodoh! Rokiah
memulakan langkah, mencari anak gadis… “HEHEHE! SIAP SIAGA ANAK-ANAK GADIS… AKU
DATANG!”
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment