“Aku nikahkan akan dikau dengan Nor Hidayah Binti
Osman, dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”
“Aku terima nikahnya Nor Hidayah Binti Osman dengan
mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”
Dengan sekali lafaz, maka selamatlah sudah Azree dan
Hidayah diijabkabulkan. Bermulalah sebuah kisah bahagia buat mereka berdua. Walaupun
majlis pernikahan itu dilangsungkan secara bersederhana, namun jelas terpancar
di wajah pasangan mempelai sejoli itu, satu perasaan gembira yang tidak
terkata. Azree mendekati isterinya, dicapai sebentuk cincin dan disarungkan
pada jari manis Hidayah. “Sayang… kita sudah sah sebagai suami dan isteri.
Terima kasih, sebab sudi menanti walau bertahun lamanya” Ujar Azree ketika
menyentuh lembut tangan isterinya buat pertama kali. Bibirnya mengukirkan senyuman,
sungguhpun pelbagai halangan dan dugaan yang mereka tempuhi selama beberapa
tahun ini dan akhirnya, mereka disatukan. “Ya abang. Sama-sama, sayang tahu
dari dulu lagi masa memula kita bertemu, abang sememangnya ikhlas mencintai
sayang. Terima kasih abang…” Air mata kegembiraan bergenang dikelopak matanya,
lalu diusap oleh suaminya. “Jangan nangis sayang. Abang ada untuk sayang…”
***BEBERAPA BULAN SELEPAS ITU***
Hidayah: Assalammualaikum… Abang buat apa tu? Busy ke?
Azree: Walaikumsalam. Abang tengah makan ni. Kejap
lagi nak jumpa client. Kenapa sayang?
Hidayah: Oh. Ade benda nak bagitahu dengan Abang. Tapi
takpelah, nanti la sayang bagitau…
Azree: Apa dia? Bagitahu lah. Sayang pregnant ke?
*gelak menyindir
Hidayah: eee! Malu lah kalau orang dengar… umm, betul
lah. Sayang pregnant!
Azree: Ya Allah, betul ke? Alhamdulillah! Sayang ok
tak? Tak pening? Mual?
Hidayah: Sikit-sikit. sayang ok. Abang jangan risau k?
Azree: Betul ni? Kalau urusan abang dah selesai, abang
akan balik secepat mungkin. Sayang jaga diri tau? Jangan lupa makan?
Hidayah: Ye. Abang pun sama. Jaga diri bebaik.
Assalammualaikum
Azree: Walaikumsalam sayang…
Rumah yang baru sahaja menjadi milik Azree dan
isterinya tidak lah serba baru seperti yang disangka. Azree merupakan pemilik
ke 3 selepas rumah tersebut dilepaskan untuk dijual. Rumah mini teres yang
sudah lama ditinggalkan itu (5 tahun) kini menjadi milik Azree, selepas sahabat
lamanya yang bekerja sebagai broker di salah sebuah syarikat ejen hartanah, mencadangkan
kepadanya rumah ini dengan harga yang agak murah. Walaupun, tidaklah secantik
seperti yang disangkakan, namun sikap berjimat cermat dan bersyukur itu menjadi
pendirian Azree. Rumah mini teres miliknya terletak di sudut paling tepi.
Terdapat semak samun berdekatan yang belum diterokai dan lokasi taman ini
terpelosok jauh sedikit dari bandar berdekatan. Dihadapannya pula ada sebaris
lagi rumah mini teres, kelihatan sudah berpunya tetapi jarang sekali kelihatan.
Hari ini, genaplah seminggu mereka tinggal di rumah ini…
“Banyak lagi yang perlu aku kemaskan… Hmmm” keluh
Hidayah. Belum sempat mereka membuat dekorasi dan mengemas sudut ruang rumah
itu, Azree pula mendapat panggilan kerja untuk out-station selama beberapa hari
di Kuala Lumpur. Bermula dari bilik
tidur, sehinggalah sudut ruang dapur, Hidayah mengemas seorang diri.
Menggunakan segala kudratnya, walaupun penat tapi nekad meneruskan kerja yang
tertangguh. Dari pagi sehingga ke petang, masih belum selesai. “Huhhh!
Penatnye, kalau suami aku ade, boleh juga tolong aku” Hidayah melabuhkan
punggung di sofa untuk merehatkan dirinya. Perutnya itu diusap lembut, terukir
senyuman diwajah kepenatan itu. “Tak lama lagi baby nak lahir, tak sabar nak
tunggu baby lahir. Boleh juga teman ibu kalau ayah out-station HikHikHik”
Terbayang-bayang, seperti tidak sabar untuk menanti kehadiran bakal bayi
mereka.
Jam menunjukkan pukul 5 petang, Hidayah membaringkan
tubuh kepenatan itu di atas sofa yang empuk lalu tertidur seketika. Pintu
dibiarkan terbuka, jeriji rumah dikunci. Hidayah terbaring disudut ruang tamu
seorang diri…
“SAYANG…
SAYANG… SAYANG…”
Satu bisikan halus kedengaran, Hidayah membuka kedua
belah kelopak matanya. Kelihatan Azree sedang berdiri tercegat dihadapannya. Hidayah
bangkit terkejut, lalu memeluk suaminya. “Abang ni! Balik tak bagitahu pun?
Jahat tau!” ujar Hidayah dalam dakapan erat suaminya. Azree hanya tersenyum
kaku tanpa sepatah kata. Azree membaringkan Hidayah di sofa empuk itu, lalu
berpelukan, melepaskan kerinduan dibenak hati. Dalam sedar atau tidak, Hidayah
merelakan dirinya, membuktikan betapa rindu dan cintanya kepada Azree…
“GEDEBUKKK! Hidayah
terjatuh di lantai, matanya terbeliak. Suasana rumah itu kian gelap, dicapai
suis lampu dan dinyalakan. Hidayah melihat jam di dinding, pukul 8 malam.
“Aduhhh sakitnya punggung aku! Mimpi rupanya…” bisik dihatinya. Angin
bersiualan di pintu, terpalit sedikit kedinginan di tubuh Hidayah, lalu
bergegas menutup tingkap sliding dan pintu rumah. Seluruh tubuhnya terasa kebas
dan sakit. Mimpi yang dialamai itu seakan-akan benar terjadi.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment