***9 BULAN KEMUDIAN***
Azree ke hulur ke hilir di hadapan bilik bedah,
menanti Hidayah yang bakal melahirkan anak sulung mereka. “Ya Allah,
selamatkanlah isteri dan anak ku. Permudahkan lah urusan mereka ya Allah…” Beberapa jam selepas bertarung nyawa,
akhirnya Hidayah selamat melahirkan anak mereka. “Uwekkk! Uwekkk! Uwekkk!” Terpapar
kegembiraan berbaur kebingungan di wajah Azree, bila mendengar tangisan bayi
dari bilik itu, suara tangisan itu sangat pelik. Tidak seperti tangisan
bayi-bayi normal. Jantungnya berdegup rapat, seperti ingin sahaja diterjah
masuk pintu itu. “Krekk… pintu bilik bedah dibuka, Doktor Syila keluar, lalu mengukir
senyuman palsu, mengaburi pemikiran Azree.
“Macam mana isteri dan anak saya Doktor? Mereka
selamat?” Azree tercegat berdiri, berempat mata. “Alhamdulillah. Mereka selamat. Encik jangan
risau ye. Boleh Encik ikut saya sebentar ke office, ada hal saya nak
bincang…” Selang beberapa minit
kemudian, mereka tiba di pejabat itu. Azree melabuhkan punggung di atas bangku,
berempat mata. Ekspresi wajah Doktor Syila bertukar serius, memandang tepat ke
arah Azree. “Saya harap, Encik tenang dan fokus dengan apa yang cuba saya
sampaikan. Kes ni agak ganjil dalam kebanyakan bayi sebelum ini. tubuh badannya
sihat, tiada sebarang masalah kesihatan. Cuma, struktur dibahagian wajahnya
agak pelik sedikit. Terdapat 2 bonjolan di dahi anak Encik, kukunya juga agak
tajam nyaris membocorkan kelonsong bayi, dimana ianya sangat-sangat merbahaya
buat ibu dan bayi itu sendiri. Lagi satu, bayi normal tidak akan mempunyai
sebarang gigi yang tubuh. Gusi mereka masih lembut. Tetapi… semasa kami
menyambut kelahiran bayi encik sebentar tadi, saya juga agak terkejut. Dua
batang gigi taring di gusi atasnya tumbuh. Entah saya silap atau terlepas
pandang, beberapa minggu yang lepas semasa isteri encik ‘review dengan saya dan
melakukan sesi ‘ultrasound, bayi encik memang sihat dan normal…”
Azree mengelamun seketika, sebaik mendengar penjelasan
dan penerangan yang diberikan. Berlaku
ketika mereka masih tinggal di rumah itu. Azree bertindak pantas, membawa
isterinya untuk bertemu dengan seorang Ustaz yang pakar dalam bidang gangguan
makhluk halus. “Syukurlah kamu bertindak awal, isteri kamu ni sebenarnya
diganggu oleh Jin. Bukan setakat diganggu, malah turut dinodai oleh Jin itu.
Inn sha allah, dengan izinNya semua akan kembali pulih seperti biasa. Isteri
kamu tengah mengandung tu, ada lebih elok lah kamu mencari rumah lain sementara
Ustaz dan beberapa sahabat cuba menghalau Jin itu. ‘Dia tak tinggal jauh mana
pun, dekat semak bersebelahan itu sahaja. Mungkin memakan masa juga, sebab
makhluk tu dah lama tinggal dekat situ. Kalau semua sudah selamat, Ustaz akan
maklumkan kepada kamu” ujar ustaz itu. “Ustaz saya nak tanya sikit. Bayi dalam
kandungan isteri saya tu macam mana? Saya takut kalau-kalau ada kesannya kepada
kandungan isteri saya…” soal Azree, serba-serbi kekusutan memikirkan masalah yang menimpa isterinya. “Yang tu ustaz tak boleh nak kata apa. Banyakkan lah
berdoa kepadanya. Yang penting isteri kamu sudah selamat buat masa ni…”
Pucuk dicita, ulam mendatang. Namun, malang tidak
berbau, lepas satu masalah, timbul lagi seperkara. Kegembiraan itu hanya
seketika buatnya… “Encik? Encik dengar tak penjelasan saya
sebentar tadi?” Ujar Doktor Shila. Azree mengangguk kepala, bangkit berdiri
untuk keluar dari pejabat itu. Terpapar tanda-tanda kesedihan di wajahnya.
Namun, apalah dayanya sebagai hamba yang hidup dimuka bumi ini. Setapak demi
setapak Azree menuju ke kaunter pertanyaan, “Cik boleh saya tahu, isteri saya
sudah dipindahkan ke wad biasa? Hidayah nama isteri saya” ujar Azree. “Puan Hidayah bte Osman? Ye, baru sebentar
tadi beliau dipindahkan. Bilik 105. Buat masa ni, kita beri lah isteri encik
rehat dulu…”
Selang beberapa hari selepas itu, Hidayah dan anak
dibenarkan pulang. Deraian air mata menitis di pipi Hidayah, berulang kali
memohon keampunan kepada suaminya. “Maafkan sayang… semua ni salah sayang” “Dah jangan cakap macam tu, sayang tu baru
je habis bersalin. Inn sha allah, nanti kita usahakan untuk sembuhkan anak
kita” ujar Azree melontarkan senyuman palsu kepada isterinya. Impresi wajahnya
berubah bila melihat wajah bayi itu buat pertama kalinya semasa melawat isteri
dan anaknya di wad. Terlintas dibenak fikirannya, “Ini anak aku ke? Kenapa wajah
dia lain? Kenapa?” “Uwekkk! Bayi itu menangis dalam dakapan
ibunya. Suara tangisan bayi itu pelik, sangat pelik, tidak seperti tangisan
bayi normal. Suaranya garau, biji matanya tertonjol keluar merenung tepat ke
wajah ibunya. Azree bersama anak dan
isteri tiba ke rumah sewa sementara mereka, tertunduk sedih, sedikit pun tidak
terpapar wajah kegembiraan di raut wajah mereka...
***PUKUL 1 PAGI
“Uwekkk! Uwekkk! Uwekkk!” Jeritan suara bayi garau itu
terus memecah kesunyian di malam hari. Acap kali ibunya memberikan susu botol,
namun ditolak. Azree menjadi buntu memikirkan cara untuk menenangkan bayi
mereka. Bermula senja sehingga ke tengah malam, bayi itu menangis tanpa henti
malah semakin kuat dan nyaring didengari. Azree menuju ke bawah, lalu mengambil
air wudhu’ kemudiannya menunaikan solat sunat, memohon pertolongan kepada yang
Esa. Bacaan ayat suci al-quran diteruskan, selepas selesai solat sunat. Tangisan bayi itu terhenti seketika, terleka
sejenak dengan keindahan bacaan ayat suci itu. “PAPPP! Lampu rumah terpadam.
Sepintas lalu tiupan angin sesat masuk ke ruang bilik itu, terpalit sedikit
kedinginan di tubuh. Suasana yang kelam, bau busuk mula memenuhi ruangan bilik
itu…
“ANAK AKU…
ANAK AKU….”
Suara ganjil itu memecah kesunyian malam. Hidayah
bergegas mendekati suaminya, peluh dingin mula membasahi tubuh. Entah dimana
keberadaan makhluk itu, namun kehadirannya jelas dirasai. Azree meneruskan
bacaannya, membaca segala ayat suci yang tersimpan di dada yang menjadi pegangan,
memohon pertolongan kepada yang Esa. Namun, mereka terus diuji! Sepasang mata berwarna merah bersinar yakni
bayi mereka, berdiri merenung keberadaan Azree dan Hidayah. Bayi itu menjerit!
Jeritan seperti sang syaitan! “Berhenti! Telinga aku sakit!” Dalam suasana gelap gelita itu, sepasang mata
merah itu bergerak, merangkak ke atas syiling. Merenung tepat ke arah mereka.
Azree nekad, meneruskan bacaan itu tanpa henti. Keyakinannya kepada yang Esa
terus utuh, yakin dengan kekuasaanNYa!
******************************************************************************
Sudut bilik diterangi semula oleh cahaya lampu.
Hidayah memejamkan mata, dalam dakapan suaminya. Azree memerhatikan sudut
syiling, sepasang mata merah itu sudah lenyap sebaik bekalan elektrik kembali.
Lalu bangkit berdiri, melihat bayi itu. Masih dilemma kebingungan, mungkin
khayalan atau benar dengan apa yang mereka lihat dan dengar sebentar tadi. Bayi
itu masih berada diatas katil. Matanya liar memandang syiling. Azree meneruskan bacaan ayat suci, menanti
sehingga ke pagi…
Usai menunaikan solat subuh, Azree menuju ke luar
rumah. Merenung jauh ke kaki langit, benang-benang putih sudah kelihatan,
menandakan sang matahari bakal muncul seketika nanti. Timbul bermacam-macam
soalan dibenak fikirannya, masih mencari kebenaran disebalik musibat yang
menimpa keluarganya. “Betulkah anak itu
bukan anak aku?”
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment