Advertisement

Advertisement

Sunday, October 29, 2017

FIKSYEN SERAM: [ANAK JIN] PART |||

“TOK…   TOK…   TOK…”

“Eh, sapa pula datang malam-malam buta macam ni?” Azree menangguhkan kerjanya seketika, menuju ke sudut ruang pintu lalu dibuka. Angin bersiulan di sudut pintu, meniup halus ke tubuhnya. Azree memerhatikan keadaan diluar, namun tiada sesiapa yang kelihatan. Pintu ditutup semula, lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh.



“TOK…   TOK…   TOK…”

“Eh! Jangan main-main lah, orang buat kerja, sebok nak ketuk-ketuk pintu!” Azree menuju ke sudut pintu semula, jeriji dibuka dan menuju ke luar. Terpapar diwajahnya, seribu tanda tanya dan kebingungan. “Siapa yang ketuk tadi? Perasaan aku je ke?” bisik dihati. Azree menuju masuk ke rumah semula. Ketika mangga sedang dikunci, matanya terbeliak terperanjat. Kelihatan satu susuk lembaga hitam mempertonjolkan diri dihadapan pagar rumah. Hitam! Sangat hitam! Lalu pergi sepantas kilat, seperti cuba menyampaikan sesuatu kepadanya. “BAM! Pintu ditutup deras. Tanpa melengahkan masa, Azree menuju ke bilik tidur. Jantung berdegup kencang, bercelaru memikirkan kejadian tadi…

******************************************************************************

Hari ini merupakan hari terakhir Azree untuk bekerja sebelum bercuti, melihat keadaan isterinya yang masih terbaring di katil. Berat untuk meninggalkannya seorang diri. Usai memakai pakaian pejabatnya, Azree mengucup dahi isterinya. “Sayang, Abang g kerja dulu. ‘contact abang kalau ada apa-apa ok? Ubat jangan lupa makan…” “Takpe sayang ok. Pening sikit je ni, sayang minta maaf tak sempat nak buat sarapan…” Balas Hidayah.      Suaminya bergerak, menuju ke tempat kerja. Hidayah bangkit dari katil, meregangkan badan. Setapak demi setapak, dia berjalan memaksa kudratnya, cuba menentang kesakitan yang dialami. Usai membuat sedikit sarapan dan makan ubat, Hidayah melabuhkan punggung di sofa, menonton TV. Sepasang jaket disarung ke tubuh, memberi sedikit kehangatan…

Waktu asar menjelang tiba, kedinginan ditubuhnya semakin membuak-buak. Dahinya berdenyut kesakitan, merasa lemas, sangat lemas. Hidayah melelapkan mata seketika, di sudut ruang tamu…


“SAYANG…   SAYANG…   SAYANG…”

Matanya tertutup rapat, dibuai mimpi yang indah. Bisikan halus itu meratapi dirinya sekali lagi. Cuba bermadu kasih dengannya. Hidayah merelakan, tubuhnya terikat lemah, diasak berkali-kali. Dalam sedar mahupun tidak, Hidayah tersenyum dalam lamunan tidurnya, merasa sangat gembira, beradu kasih dengan bisikan halus itu yakni, menyerupai sang suami.


“KRING! KRING! KRING!”

Matanya terbeliak, terperanjat. Sudut ruang tamu itu sudah gelap gelita, menandakan waktu malam. TV masih terpasang. Deringan henfon itu memutuskan mimpi indah itu, Hidayah pantas menjawab.    “Hello… sayang buat apa? Kejap lagi abang balik. Sangkut pula dekat jem” “Eh! Yeke. Ni sayang tengah tonton TV. Yela, nanti sayang masak untuk makan malam kita ye. Kita makan sama” “Takyah susah-susah. Sayangkan demam, Abang dah siap beli makanan ni. Nanti kita makan sama-sama…”     Panggilan itu ditamatkan. Hidayah menyentuh lembut wajahnya, dahinya berdenyut tanpa henti, tubuh merasa lemas. “Aku mimpi lagi benda yang sama…” keluh Hidayah…


Azree tiba di rumah, membawa sedikit makanan untuk santapan mereka berdua. “Sayanggg… Abang balik ni” makanan diletakkan di ruang dapur, Azree melabuhkan punggung di sofa. Memerhati sudut ruang tamu, “Banyak lagi benda nak dikemaskan, takpelah esok aku buat”    Hidayah keluar dari bilik mandi, terkejut melihat kehadiran suaminya. “Eh! Abang… baru sampai?” Terpancar sedikit kehairanan di wajah Azree bila melihat isterinya yang usai sahaja mandi sebentar tadi. “Mai sini kejap… macam ade yang tak kena” ujarnya. Azree bangkit berdiri berempat mata, setiap inci tubuh isterinya diperhatikan. Terdapat banyak kesan tompokan lebam di bahagian leher dan beberapa bahagian lain. Terlintas dibenak fikirannya, “Pelik pula kesan lebam ni. Macam ada yang tak kena…” Hidayah tercegat berdiri kehairanan, “Kenapa abang? Apa yang tak kena?” “Takde apa-apa. Sayang g pakai baju dulu, kita makan, lepas tu abang cerita” Ujar Azree. 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *