DEFINISI PELESTIT:
Sejenis makhluk halus berasal daripada golongan
Jin/Syaitan yang dipelihara oleh seseorang bagi tujuan pelaris dan pemanis.
Pelesit suka menggunakan belalang sebagai medium penyamaran atau rasukannya (Belalang
yang mempunyai kepala yang tajam dan tirus). Pelesit akan masuk ke rumah yang
diarahkan dan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa
apabila leka. Sebab utama penggunaan belalang sebagai medium penyamarannya
adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak
mengambil sebarang langkah berjaga-jaga. Berkemungkinan besar juga membahayakan
kerana pelesit juga boleh menghantar santau/ racun kepada mangsa yang dituju.
AMRAN MAJESTIC COMPANY SDN BHD merupakan sebuah
syarikat milik 3 bersaudara, Encik Malik adalah ‘founder kepada syarikat ini.
Manakala, 2 orang adiknya, Encik Kamal dan Encik Hussien merupakan penolong
pengurus besar kepada syarikat ini. Bermula sebagai buruh kasar di sebuah
ladang kelapa sawit, hasil dan berkat bersaudara itu, terdirinya syarikat ini
bersempena dengan nama arwah ayah mereka. Ternyata, mereka bertiga mampu
mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu. Sementelahan itu, hasil usaha
sama itu juga, mereka berjaya memiliki ladang sawit yang sangat luas, pekerja
yang ramai, hidup yang sangat senang! Namun, hakikatnya manusia itu daif. Bila
menjadi hamba dunia, duit adalah segalanya. Mungkin makmur dari segi ekonomi,
tetapi muflis nilai kekeluargaan.
Encik Kamal dan Encik Hussien membuat keputusan untuk
meninggalkan usaha sama yang sudah sedia terjalin dan membangunkan empayar
masing-masing, menggunakan hasil titik peluh abang sulungnya bagi membangunkan
kilang, mengikut acuan sendiri. Duit syarikat diselewengkan, hutang bertimbun,
Encik Malik menjadi kambing hitam dalam permasalahan ini. Semakin lama, empayar
Encik Malik semakin goyah, bakal merundum jatuh ke bumi. Mereka suka! Sangat suka!
Melihat darah daging mereka jatuh. Sehingga sanggup, yakni menjadi hamba
syaitan, menggunakan sihir untuk menjatuhkan, merosakkan keluarga Abang mereka.
Ladang sawit yang luas, dituai hasilnya setiap tahun, kini hanya pokok dan daun
melebar. Berjasa pada tanah, hasil dituai. Hakikatnya, sedikit hasil tidak
diperolehi. Bebanan hutang, gaji pekerja, membuatkan empayar yang dicipta oleh
Encik Malik dengan rasminya ditutup, meninggalkan kesan yang cukup mendalam
buatnya.
Kini tinggallah Encik Malik bersama isteri dan anak,
di sebuah rumah mini teres. Hidup seperti golongan biasa. Sungguhpun jatuh,
Encik Malik tetap bersyukur, mungkin muflis dari segi keduniaan, tetapi tidak
di sana. Hatinya tabah dan utuh menempuhi liku-liku hidup, yakin dengan yang
Esa. Rezeki mereka semakin sempit, musibat tanpa henti menimpa mereka. Isteri kesayangan
Encik Malik, ditimpa sejenis penyakit ganjil. Pelbagai cara dan usaha yang
dilakukan, namun berhasil tiada. Apalah nasib Encik Kamal, sudah jatuh di timpa
tangga.
“Ayah… apa yang dimenungkan? Tunggu duit jatuh ke? Hehe”
seloroh Syukri kepada ayahnya. Dicapai segelas cawan berisi kopi lalu dihirup
kehangatan nikmat kopi itu. “Takde apa-apa Syuk. Ayah Cuma risaukan ibu kamu.
Ayah bersyukur, walaupun kita sudah tidak senang seperti dulu, tetapi kamu
tetap kuat menyokong ayah dan berjaya menamatkan pelajaran kamu…” Syukri tertunduk diam, menahan sebak kepiluan.
Dia tahu, ayahnya cukup sedih. Duit berjuta-juta, hidup senang lenang, kini
hidup seperti golongan biasa. Malahan, terus diuji tanpa henti. “Takpelah yah. Siapalah kita ni nak
dibandingkan dengan adik-adik ayah, diorang hebat. Sekali pun tak pernah
jenguk-jenguk kita masa susah” “Takpelah syuk. Ayah tahu, ayah ni miskin, busuk.
Pakcik-pakcik kamu kaya, tapi ayah tetap bersyukur”
Sungguhpun pelbagai dugaan dan halangan yang ditempuh,
Syukri tetap memperutuhkan semangatnya untuk menamatkan pengajian disebuah
unversiti tempatan.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment