Advertisement

Advertisement

Sunday, October 29, 2017

FIKSYEN SERAM: [ANAK JIN] PART ||

Hidayah menuju ke bilik tidur, mengambil tuala dan kain sarung lalu bergerak menuju ke bilik mandi terletak di tingkat bawah. Dahinya berdenyut-denyut sakit, seluruh tubuhnya terasa lemas kepenatan. Hidayah membuka pancuran air untuk membersihkan dirinya.




“TASH…   TASH… TASH…”

Derapan tapak kaki kedengaran memijak takungan air di bilik mandi itu. Hidayah mematikan pancuran air seketika, lalu menoleh ke belakang. Jantungnya berdegup kencang, bulu tengkuk tegak berdiri dengan tiba-tiba. Walau tidak terlihat, namun jelas terasa seperti seseorang sedang mendekatinya. Tuala dicapai menutupi tubuhnya, lalu bergegas keluar dari bilik mandi itu, menuju ke atas dan mengunci pintu bilik itu.
Usai memakai pakaian, Hidayah membaringkan tubuh di katil seorang diri. Matanya liar memerhati sudut bilik, jantung berdegup rapat. “Selama beberapa hari aku dengan suami tinggal dekat sini takde pula terjadi macam ni…” bisik hati kecilnya.


“KRING! KRING! KRING!”

“He…Hel..Hello Abang…” “Eh! Sayang ok ke? Ade yang tak kena ke?” “Sayang ok. Abang dekat mana? Bila balik?” “Abang OTW balik rumah. Dalam sejam lagi abang sampai. Sayang ok tak ni?” “Betul ke? Bukan lagi dua tiga hari ke abang balik? Ermm, Nanti lah sayang cerita…” “Tak jadi. Urusan dah selesai, so abang balik awal lah. Tunggu tau, kejap lagi abang sampai…” Hidayah mematikan panggilan. Fikirannya menjadi kusut kebingungan, memikirkan kejadian yang telah berlaku sebentar tadi. “Nasib baiklah suami aku tak jadi out-station sampai lusa. Seram pulak rasanya duduk sorang-sorang!” bisik dihatinya…

“TOK! TOK! TOK!” “ASSALAMMUALAIKUM!”

Kedengaran bunyi ketukan pintu, Hidayah pantas keluar dari bilik. Pintu rumah dibuka, Azree tercegat berdiri dihadapan berempat mata. “Chakkk! Abang dah sampai! Dah makan ke blom?” soal Azree. Hidayah membuka jeriji pintu lalu memeluk suaminya. “Sayang takut!” Azree mengucup dahi isterinya, lalu menyentuh dahi Hidayah. “Sayang kenapa ni? Tolong beritahu dengan abang? Dahi sayang panas pula. Sayang demam ke?” Azree membawa isterinya ke dalam, tombol pintu dicapai lalu ditutup. Mereka duduk di sudut ruang tamu, Hidayah memeluk erat suaminya seinci pun tidak dilepaskannya.

“Tadi… sayang mimpi abang balik. Mimpi tu macam betul, abang peluk sayang dekat sofa ni. Lepas tu sayang terjatuh dari sofa ni, tengok keadaan sekeliling, gelap gelita. Lepas tu tadi masa mandi, sayang rasa macam ade sesuatu tengah perhati masa mandi…” Azree serba kebingungan, mendengar penjelasan isterinya. Selama seminggu mereka berada di rumah itu, sekali pun tak pernah isterinya mengadu seperti ini. Azree menarik nafas panjang, lalu membawa isterinya menuju ke klinik berdekatan. Wajah isterinya pucat, dahinya berkeringat…    15 minit kemudian, mereka tiba di sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.

“Isteri encik ok. Tekanan darah pun ok, Cuma suhu badan dia naik mendadak. Kena banyakkan rehatlah. Lagi satu don’t over stress, isteri encik tengah mengandung. Better bagi dia lebih banyak perhatian” ujar doktor itu selepas membuat pemeriksaaan kepada Hidayah.    Ubat diberi, lalu mereka keluar, menuju ke sebuah restoran berhampiran. “Sayang kita makan jom? Sayang blom makan kan? Kalau tak makan, acaner nak sembuh. Nanti baby kita merajuk pula…” pujuk Azree. “Takpe lah, sayang rase mual pula. Sayang tunggu dekat kereta ye…” balas Hidayah, dahinya berdenyut-denyut, tubuhnya merasa teramat lemas. Hidayah menyandarkan kepalanya pada bangku.


Azree menggelengkan kepalanya, merasa risau melihat keadaan isterinya. Niat itu dibatalkan, lalu meneruskan perjalanan mereka menuju ke rumah...    Hidayah dipapah masuk ke dalam bilik oleh suaminya, lalu baring ditutupi selimut tebal. “Rase tak sedap hati pula tengok keadaan isteri aku. Harap-harap minggu ni tak out-station…” bisik hati kecilnya, lalu menuju ke bilik mandi, membersihkan diri. Usai memakai baju dan solat, Azree turun semula ke bawah, bersama kertas kerjanya untuk disiapkan pada malam ni.    Jam menunjukkan pukul 12 malam, Azree masih lagi meneruskan kerjanya...

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *