Aku tersedar dan melihat keadaan sekeliling ku. Aku sedang
terlentang baring dihadapan pintu rumah. Dia sudah tidak berada lagi di sini. Matahari
terbit, menerangi ruangan rumah. Kepala ku sangat sakit, telinga ku berdesing. Walaupun
kurang jelas, tetapi aku dapat rasakan seperti seseorang sedang berbisik-bisik
di telinga ini. “Anis……. Anis……. Anis……”
Aku membuat keputusan untuk segera
balik ke rumah ibu dan ayah dan bertemu dengan mereka…. Setibanya aku ke situ, aku menceritakan
tentang apa yang telah terjadi kepada ku. Mereka merasa hairan sebaik sahaja
mendengar penjelasan yang aku berikan kepada mereka. Aku tak mampu lagi untuk
membuat sebarang usaha mahupun ikhtihar untuk menyelesaikan masalah yang telah
menimpa diri ku. Dahi ku berdenyut-denyut, tubuh ku sangat sejuk! Bisikan halus
itu sering mengganggui aku sejak dari rumah sehinggalah aku tiba ke sini. Akhirnya, ayah membuat keputusan untuk
meminta pertolongan dengan salah seorang sahabatnya berkenaan masalah yang aku
hadapai ini. Aku baring diatas katil, berada di samping ibu. Sahabat ayah
berjanji akan bertandang ke rumah selepas waktu maghrib…
Azan berkumandang, menandakan waktu maghrib telah
masuk… dahi ku berkeringat, badan ku semakin sejuk walaupun selimut tebal ini
sudah menutupi tubuh ku. “Anis….. Anis…..
Anis…..” bisikan itu tadi semakin lama semakin kuat dan jelas kedengaran di
telinga ku. Aku menjadi cemas, jantung ku berdegup dengan kencang! Suara itu
sangat menakutkan dan membuatkan kepala ini menjadi sangat sakit! Ibu dan ayah
masih berada bersama-sama aku pada ketika itu. Aku memegang tangan ibu dengan
erat, mata ku liar melihat keadaan sekeliling ku. Tiba-tiba sahaja lampu rumah
ini berkedip-kedip. Jelas kedengan diluar rumah, angin berderu-deru, hujan
turun dengan lebat sekali. Dalam keadaan samar-samar, terlihat satu susuk tubuh
sedang merangkak di atas syiling bilik ini! Ternyata, kembar ku sedang melihat
aku sambil tersenyum. Rambutnya terurai jatuh, biji matanya hitam! “Mak! Ayah! Dekat
atas tu!” aku teriak sepenuh hati ku, memeluk tubuh ibu ku dengan erat. “Takde
apa-apa lah Anis! Ibu tak nampak apa-apa!” aku menutup rapat kelopak mata ku,
dahi ku berdenyut, suara memanggil-manggil nama ku jelas kedengaran “Anis….. Anis….. Anis…..”
“Assalammualaikum…” Sahabat ayah akhirnya tiba di
rumah untuk melihat keadaan ku. “Anis, buka mata sayang… Ni kawan ayah dah
sampai ni, mari kita ke ruang tamu” Aku
menundukkan pandangan aku, mengelakkan diri dari memandang mana-mana sudut
ruangan rumah. Aku tahu, dia sedang perhatikan aku! Belum sempat aku
menceritakan tentang apa yang baru sahaja aku lihat sebentar tadi, ustaz itu
membuka bicaranya. “Saya tahu, dia ada dekat sini kan? Kamu jangan risau. Inn sha
allah, saya tolong kamu semampu yang boleh…” Aku kemudian diarahkan untuk duduk
bersimpuh di lantai, Ustaz itu berada dihadapan ku dan memulakan bacaan
ayat-ayat suci. Aku menyentuh dan mengurut-urut bahagian kepala ku yang sangat
sakit! Tubuh ku sangat sejuk. Bisikan itu terus mengganggu ku tanpa henti “Anis…… Anis….. Anis…..” Aku melolong kesakitan yang teramat sangat! Tercungap-cungap
seakan-akan tak mampu untuk bernafas! Tubuhku seperti peluk dengan kuat sekali
oleh seseorang. Aku cuba bertahan dan bertahan, ustaz meneruskan bacaannya
tanpa henti…
Dengan izinNya dan pertolongan daripada ustaz,
akhirnya aku dapat rasakan gangguan itu seperti terhenti. Aku rasa seperti mual
dan ingin muntah. Aku bergegas menuju ke tandas dan muntah. Dahi ku masih lagi
berdenyut, tubuh ku sejuk seperti demam. Aku menuju ke ruang tamu semula dan
bersandar di bahu ibuku… “Alhamdulillah, bagaimana perasaan kamu? Ade sedikit
perubahan?” “Ade sikit ustaz, suara-suara yang berbisik dekat telinga ni pun dah
takde lagi…” “Eloklah saya ceritakan kepada kamu tentang apa yang terjadi. Sebenarnya,
itu bukanlah sihir ataupun hantu. Itu adalah Qarin. Kamu tahu apa benda tu?”
Aku termangu bila mendengar persoalan itu. Siapa kah Qarin itu? Aku menggelengkan
kepala… “Takpe, biar ustaz terangkan… secara
umumnya, Qarin itu lebih sesuai diperkatakan ialah kembar ataupun pendamping
kita yang diciptakan oleh Allah SWT sejak kita dari kandungan lagi. Ustaz bukan
nak kata apa, maaf lah kalau tersinggung dengan apa yang saya nak katakan ni. Selama
ni, kamu ade berapa kali je menghadapNya? Kita sendiri tahu, tugas dan peranan
mereka kan? Maksud ustaz disini, perbanyakkan lah diri untuk menghadapNya. Ustaz
ni setakat bantu apa yang termampu, semua tu bergantung kepada diri sendiri. Semoga
lepas ni, kamu ambil lah ikhtibar, dekatkan lah diri kepadaNya. Inn sha allah,
Qarin yang mengganggu kamu tu akan hilang. Cuma akan memakan masa…” Seperti tersedar dari mimpi, tersentap
dengan kata-katanya. Ya Allah, Jahilnya aku selama ini! Ampunilah dosa ku
selama ini Ya Allah…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment