Rumah sewa RM 50 tu sekarang dikatakan tak berhantu lagi, menurut cerita rumah tu telah dibeli oleh seorang rakyat mesir dan dijadikan sebagai Taman didik kanak-kanak Antarabangsa.
[RINGKASAN KISAH RUMAH SEWA RM 50]
Kisah ni bermula dimana, 8 orang student UITM sedang mencari rumah sewa disebabkan mereka tak diterima untuk tinggal di hostel. Atas ketekunan dan usaha mereka untuk mencari sebuah rumah sewa, akhirnya mereka berjaya gak jumpa sebuah rumah sewa berdekatan seksyen 2, berhampiran dengan Wet World. sejak mereka mula tinggal di rumah ini (Hari yang ke 2), sudah ada petanda yang rumah ni memang angker. (1) Tandas berkunci, flush jamban berbunyi tapi, tiada sesiapa yang berada di dalam tandas pada ketika itu. (2) kedua-dua belah kaki ditarik semasa sedang tidur, rakan yang disangkakan sedang tidur bersama tetapi ianya adalah batu nisan. (3) ketika sedang menelefon salah seorang sahabat, kedengaran suara perempuan sedang mengilai. (4) 2 orang sahabat mereka hilang dan apabila ditemui, salah seorangnya meninggal dunia akibat eksiden dan seorang sahabat lagi ditemui di sebuah busut belakang rumah. 3 bulan selepas itu, dia turut meninggal dunia.
[KUPASAN CERITA SEBENAR RUMAH SEWA RM 50]
9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah
Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana
aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada
aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan
kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas
dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku
ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi.
Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai
deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya
bulan pertama free la…
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang
banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai
dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk
punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada
hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi
“dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si
Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi
dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak,
tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar
orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia
tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok
apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada
dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban
lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia
ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka.
Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam.
Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua
belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!!
Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi
bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di
katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku
keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah
layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru
aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan
ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas
katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain
selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan
automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau
benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul
tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari
keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la
kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di
hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang
awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan
aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat
apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok
imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang
cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya
macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain
pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab
nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada
di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing
takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna
duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat
penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak
perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku
pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur
pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la…
Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Sambungan cerita rumah seram seksyen 2…
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing
sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih
kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam
orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada
seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju
putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan
hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia
dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor
hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil
keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel.
Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak
perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm
yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula
cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu
betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la
ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa
tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku
nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa
pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD
pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi
menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang
kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi
terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai
sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam
pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita
kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang
si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku,
Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob
seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat.
Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob,
dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob
call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai.
Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus
terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik
rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan
ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai
Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku
masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan
rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau
pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami
semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada
seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami
duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam
mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang
telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling
berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya
Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital
kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo
baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya
juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh
yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku
dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat
sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari
Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya
bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut
sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum
habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh
hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena
lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan
bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak
sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni
sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia
boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan
kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap
apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon
kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi
balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu
keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah
Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah
cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang
tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz
itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang
rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia
dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil
keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu
belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah.
Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin
gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah
dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-
banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh
saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa
yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku
suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu,
Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu.
Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah
[dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma
kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang
sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah
mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia
pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu,
Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu.
Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari
dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas
Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan
kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak
tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang
gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling
tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih
sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh.
Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua
sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap
akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah."
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment