Advertisement

Advertisement

Sunday, October 15, 2017

[FIKSYEN SERAM]: K.E.M.B.A.R (Bahagian |||)

“Jemputlah duduk dulu. Saya buatkan awak air” Dia berlalu pergi menuju ke ruang dapur. Aku tersenyum kambing, masih tak dapat menerima kenyataan, seperti sedang bermimpi! Aku melihat ruangan rumahnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Peralatan dan perhiasan rumah ini agak teratur, cuma agak berhabuk. Dia tak bersihkan ke rumah ni? Bersangka baik je lah. Mungkin dia takde masa, sibuk dengan kerja kot.   “Maaf lambat, ni saya bawakan awak air. Jemputlah minum…”    Terdetik hati kecil ini untuk bertanya namanya, dari mana dia berasal, adakah dia ni adalah orang yang pernah aku jumpa 15 tahun yang lalu ketika berada di kesesakan jalan raya. Belum sempat untuk aku bertanya, dia meneruskan lagi perbualannya, sama seperti yang ingin aku persoalkan. “Nama saya Anis, saya rasa awak mungkin pernah melihat saya. Masuk kali ini adalah kali yang kedua kita bertemu, betul tak?” Aku termangu, otot-otot dibahagian mulut ku seakan-akan kebas. Benarkah semua ini?   Bukan setakat wajah dan nama sahaja yang sama! Malahan, dia juga seperti mampu membaca hati kecil ini!



Aku menarik nafas dalam dan menjawab persoalan itu dengan tenang… “Ye, jadi memang betul lah apa yang saya nampak semasa berada di dalam kereta tu? Saya nampak awak tenang je masa kita bertemu semasa berada di lift tadi. Awak sikit pun tak terkejut, ke awak memang dah tahu kita ni sebenarnya kembar?”    Dia tersenyum melihat aku sambil menutup matanya. “Awak mesti perasan kan? Seperti sedang diekori setiap masa. Betul tak?” “Macam mana awak tahu semua ni?” Aku membalas pertanyaannya dengan seribu tanda tanya…    “Saya adalah awak dan awak adalah saya…” Dia membuka matanya perlahan-lahan, merenung ke wajah ku.  Aku terkesima seperti orang hilang akal! Renungan matanya tepat kearah ku sambil tersenyum, biji matanya hitam sepenuhnya. Lalu dia berdiri dan menghampiri aku. Nada suaranya berubah secara tiba-tiba, sangat menakutkan! “Kenapa nak takut? Aku adalah kau! Bukankah selama ini kamu tercari-cari siapakah kembar kamu? Aku kini berada dihadapan mu…” Jantungku berdegup dengan kencang, nafas ku tercungap-cungap seperti hendak pitam! Dalam keadaan cemas, aku memaksa diri ini dan menggerakkan tubuh ku untuk menuju ke ruang pintu, dan berlari keluar untuk menuju ke rumah ku!


Hujan turun dengan lebat sekali, angin berderau-derau… Aku bergegas mengambil kunci di kocek seluar ku lalu masuk ke dalam rumah. Aku tercungap-cungap, jantung berdegup dengan kencang sekali! Mata ku menjadi liar, memerhatikan keadaan sekeliling rumah ku. Apa yang patut aku lakukan sekarang? Siapakah perempuan itu tadi? Hantu ke?  “Tok! Tok! Tok!”  Pintu rumah ku diketuk dengan rapat sekali…    “Anis… kenapa awak lari? Apa yang awak nak takutkan? Saya adalah awak…” “Tok! Tok! Tok!”    Perlahan-lahan aku melihat ke peep-hole pintu…  Kelihatan dia sedang berdiri dihadapan pintu ini, mengetuk pintu rumah ku tanpa henti. “Saya tahu awak tengah perhatikan saya… kalau awak taknak keluar, biar saya masuk…”  Aku membelakangi pintu dan terduduk cemas. Fikiran ku bercelaru! Aku beristigfar dan membaca segala surah yang aku hafal. Aku menutup mata dan menyentuh dada ku, dahi ku berkeringat, wajah ku dibasahi dengan air mata ketakutan!   Tiba-tiba… dia muncul dihadapan ku! “Anis… tengah buat apa tu?” Tubuh ku menggigil, wajah ku menjadi kebas. Dia duduk mencangkung dihadapan ku, menghadiahkan satu senyuman dan pandangan yang sangat menakutkan! “Jangan takut… Saya tak buat apa-apa pun, saya Cuma nak bersama dengan awak...”  Aku sudah tidak mampu lagi untuk mengawal tubuh dan perasaan ini, lalu pengsan tidak sedarkan diri…   

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *