Advertisement

Advertisement

Sunday, October 15, 2017

[FIKSYEN SERAM]: K.E.M.B.A.R (Bahagian |)

Benarkah kajian menunjukkan bahawa manusia mempunyai 7 kembar?  Adakah benar ataupun mitos semata-mata?  Pertanyaan yang seringkali bermain diminda ku. Terdetik hati kecil ku ini untuk mengetahui, merungkai segala persoalan mengenai kebenaran disebalik fakta kajian ini. Setiap kali bila aku berkesempatan atau mempunyai masa yang terluang, aku habiskan banyak masa untuk melayari internet dan mencari kebenaran disebalik perkara ini. Pernah sekali aku bertanya kepada guru mata pelajaran sains berkenaan hal ini sewaktu aku masih bersekolah, “Dari segi teori, berkemungkinan besar untuk manusia mempunyai kembar adalah berdasarkan kemiripan gen yang membuatkan bentuk wajah seseorang itu hampir sama walaupun tidak mempunyai hubungan darah”   Bagaimana benda ini boleh terjadi? Adakah mustahil bagi diriku juga mempunyai kembar?



Aku masih ingat, 10 tahun yang lalu dimana pada ketika itu aku masih berumur 15 tahun. Ketika itu aku bersama ibu dan ayah sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah. Aku dapat rasakan diriku seperti diekori oleh seseorang dari jauh. Ini adalah kali pertama aku rasakan sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang agak pelik. Aku perhatikan keadaan sekeliling ku pada ketika itu, tetapi aku tak dapat memastikannya. Sehinggalah kami beredar daripada situ dan sedang dalam perjalanan menuju ke rumah. Dalam masa yang sama, waktu itu telah menandakan masuknya waktu maghrib dan azan sedang berkumandang di stesen radio kereta ayah. Ketika sedang menunggu dihadapan traffic light, aku memandang ke sebelah kiri ku. Sebuah kereta hitam turut menunggu di hadapan traffic light pada ketika itu. Aku lihat dengan mata ku sendiri, wajah seiras ku sedang memerhatikan aku melalui cermin kereta itu sambil melambai tangannya. Aku terkesima dan terpaku sebentar, aku sedang bermimpi ke? Aku memanggil ibu ku sambil menunjuk ke arah kereta itu “Ibu! Tadi Anis nampak kembar Anis dekat kereta sebelah tu. Cuba ibu tengok!”


Ibu mengalihkan pandangannya ke arah kereta itu. “Mana? Ibu tak nampak sesiapa pun dekat seat belakang kereta tu?” Aku memerhatikan semula kereta itu. Eh? Bukan ke tadi aku nampak ade orang dekat situ?     Kami meneruskan perjalanan, aku rasa seperti ada yang tak kena pada masa tu. Kereta hitam itu bergerak laju, kemudiannya menuju ke simpang lain…   Setibanya di rumah, aku tak putus-putus menceritakan tentang apa yang terjadi tadi kepada ibu dan ayah. “Jangan nak mengarutlah Anis! Mungkin perasaan kamu je kot. Dah lah jangan dok pikiq sangat!”  Mungkin ade betul juga. Aku harap apa yang parent’s aku ni cakap betul. Jangan jadi bende lain sudah, aku ni dah lah tak kuat semangat!       Aku baring diatas katil. Hampir setiap malam aku asyik memikirkan benda yang sama. Jika benar apa yang aku nampak tadi adalah betul, adakah ianya mustahil jika kami akan bertemu suatu hari nanti?    Mungkin masanya akan tiba. Tapi entah bila…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *