Advertisement

Advertisement

Sunday, October 15, 2017

[FIKSYEN SERAM]: K.E.M.B.A.R (Bahagian ||)

*15 Tahun Kemudian…

Aku kini sudah pun bekerja di salah sebuah investment company dan menjawat jawatan sebagai perunding kewangan. Aku telah menetap di sebuah rumah sewa beberapa minggu yang lalu. Aku rasa lebih selesa untuk tinggal seorang diri di rumah, walaupun rakan-rakan sekerja pernah mempelawa ku untuk tinggal bersama-sama mereka tetapi aku menolak. Sehingga kini aku tidak mampu melupakan peristiwa yang pernah berlaku kepada diri ku sewaktu kecil dahulu. Jika ada masa yang terluang, aku akan mengambil peluang yang ada untuk melayari internet, membuka website-website berkenaan. Mungkin benar mungkin juga tidak, tapi bila aku melihat foto-foto dan bukti bahawa manusia mempunyai kembar samada di masa lalu atau kini seperti sukar untuk dipercayai! Kebarangkalian hanya mitos, mengaburi mata manusia untuk mempercayainya. Sehingga kini, curai ku rasakan dilubuk hati ini. Aku merasai, diri ini masih sama. Seperti diekori oleh seseorang…



Sehinggalah ke satu malam, Aku membaringkan diri ku di atas sofa sambil menonton TV. Memandangkan esok adalah hari cuti, boleh lah kot tido lewat sikit malam ni. “Kring! Kring! Kring!”    *Henfon aku berbunyi…. “Anis! Kau nak ikut kitaorang tengok wayang malam tak?” “Eh yeke… Next time la kot, rase nak rehat lah malam ni. Korang jela pergi tengok. Sorry ye…” Aku mematikan henfon aku lalu meneruskan menonton rancangan kegemaran aku. Teringin juga nak ikut rakan-rakan tengok wayang, tapi entahlah. Malam ni aku rase macam malas nak keluar rumah…     Perut pula meragam, rasa lapar. Dalam tak sedar, aku tengok jam dah dekat kul 12 malam. Nak ke kedai makan, jauh pula. Nak masak, malas! Aku teringat ade sebuah kedai 7 eleven berhampiran, kebetulan tengah lapar ni aku kemudian bersiap dan turun menuju ke kedai itu. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu lalu beredar dari situ.

Rumah sewa aku ni agak sunyi sedikit, orang-orang dekat sini pun aku langsung tak kenal. Kalau dah malam buta macam ni jangan harap nampak orang lalu lalang dekat sini…    Aku menuju ke ruangan lift dan menekan button, untuk menuju ke bawah. “Ting!” pintu lift terbuka dan aku menuju masuk ke dalam...    Aku tiba ke bawah dan bergerak menuju ke kedai 7 eleven. Cuaca agak sejuk malam ni, angin bertiup laju seperti hujan bakal turun. Aku mengambil beberapa bungkus keropok dan Maggie cup kemudian menuju ke kaunter bayaran. Selepas membuat bayaran, aku keluar dari kedai itu dan bergegas menuju ke lift, memang benar sangkaan ku, hujan turun dengan lebat sekali!    “Ting!”   *pintu lift terbuka, aku menuju masuk ke dalam…. “Nanti! Nanti! Jangan tutup dulu!” Eh? Siapa pula tu? Aku menekan butang buka lift dan menanti kehadiran orang itu tadi. “Fuhh! Habis basah! Sorry ye!” orang itu kemudiannya masuk ke dalam lift dan melihat aku. Ya allah! Aku bermimpi ke? Aku seperti tak percaya dengan apa yang aku lihat dengan mata ku. Seorang wanita, mirip wajah ku!


Dia tersenyum bila melihat aku, seakan-akan tahu bahawa kami akan bertemu. Aku tercengang dan terpaku melihat kembar seiras ku, yang kini berdiri dihadapan ku. Paras wajahnya, penampilannya, gerak gerinya, sebijik macam aku! Benarkah apa yang aku lihat ini? Adakah Tuhan telah memperkenankan niat ku selama ini?    Aku terdiam pada ketika itu, sedikit pun tidak berkata-apa. Entah bagaimana untuk ku memulakan perbualan dengannya. Lalu dia memulakan perbualan itu. “Rumah awak tingkat berapa?” “Errr… Saya tinggal tingkat paling atas, awak tinggal dekat-dekat sini juga ke?” “Eh, sama lah! rumah saya pun tingkat 3 juga!”   Kami bebual-bual, rasa agak lucu pada masa tu, seakan-akan berbual dengan diri sendiri! Sehinggalah kami tiba di tingkat 3. “Ting!” pintu lift terbuka…    kami berjalan bersama-sama, sambil berbual-bual. “Inilah rumah saya. Kalau tak keberatan marilah kita sembang-sembang kejap, esok awak cuti kan?”    Tanpa berkata apa-apa, aku menerima pelawaannya dan masuk ke dalam rumah.

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *