Advertisement

Advertisement

Thursday, October 12, 2017

[FIKSYEN SERAM]: Taman Permainan (Bahagian Akhir)

Aku cuba menggerakkan tubuhku untuk lari dari taman ini! Mencuba sedaya upaya ku. Aku berlari sepantas yang boleh, tetapi aku merasa tubuh ku sangat berat! Seperti dibebani oleh sesuatu! “Abang nak pi mana? Temanlah ayah saya dekat taman ni” aku menoleh ke atas. Aku lihat, seorang budak sedang duduk mencangkung di bahu ku sambil merenung aku dengan satu senyuman yang sangat menakutkan! Aku menjerit sepenuh hati ku, meminta pertolongan kepada penduduk di sini “Tolonggggg! Tolongggg! Tolonggggg!” Namun, tiada sesiapa pun yang dengar jeritan ku. Aku terus berlari dan berlari, menaiki tangga menuju ke rumah ku. Sehinggalah aku sampai ke hadapan rumah dan membuka pintu lalu menutup pintu itu semula. Nafas ku seakan-akan terhenti! Terhenjut-henjut seakan-akan diserang lemah jantung. Seluruh tubuh ku terketar-ketar.



“Alaaa… Abang tu dah masuk ke rumah lah!” “A’ah laa. Tak best lah macam ni. Abang! Keluar lah, kita main-main… Tok! Tok! Tok!”   *Tingkap rumah diketuk…

Sampai ke sini dia kejar aku! Jelas kedengaran suara budak-budak itu sedang berbual-bual di luar rumah.    Aku menarik nafas panjang… aku menuju ke ruang tingkap dan cuba memberanikan diri untuk melihat ke luar. Perlahan-lahan aku membuka tingkap itu. “Abang! Hehe” kanak-kanak itu melambai tangan kepada aku! Wajah mereka sangat menyeramkan! Aku bergegas menutup tingkap itu semula dan menuju ke bilik. Aku membaringkan diri dan menyarungkan selimut ke tubuh ku. Badan ku terketar-ketar dan sangat sejuk! Masih terbayang-bayang dengan kejadian tadi! Ape yang telah terjadi? Tempat ni memang berhantu ke?

“Bam! Bam! Bam!”   *pintu rumah diketuk dengan kuat    “Abang! Keluarlah! Mai lah kita main dekat taman tu!”

Budak-budak masih berada diluar, tanpa henti terus menganggu. Aku terpaku seorang diri, masih dalam ketakutan dan tak mampu untuk melakukan apa-apa pada ketika itu…    Serius aku tak mampu nak lelapkan mata, mereka menganggu aku tanpa henti. Kalau depa masuk ke rumah ni, tak tahu apa akan jadi kepada aku! Aku terus menanti dan menanti, aku hanya mampu berdoa kepadanya agar sentiasa berada dalam lindunganNYA.   

“Titititit! Titititit! Titititit!”    *Lonceng henfon berdering…

Lonceng henfon aku berdering, menandakan masuknya waktu subuh. Gangguan itu pun hilang dan suara budak-budak yang jelas kedengaran itu akhinya lenyap. Syukur, aku selamat.  
Beberapa bulan selepas kejadian, aku dan isteri ku masih tinggal di rumah ini. penduduk-penduduk dekat sini pun semakin ramai, taman permainan itu sudah siap sepenuhnya. Ade juga terdengar berita dari jiran-jiran aku, pernah diganggu benda yang sama seperti aku. Sejak kejadian tu, aku memang tak jalan kaki lagi dah. Aku naik kereta, balik dari opis je aku tak toleh langsung taman permainan tu dan lagi satu, selalu juga aku dengar suara bebudak berlari-lari dekat ruang legar ni, tapi aku malas nak layan. Cukup sekali je lah aku nampak benda tu.

Nampaknya memang ade sesuatu yang tak kena dengan tempat ni. Bila aku kaji/search di internet pasal tempat ni memang ade sesuatu yang tragik pernah terjadi sebelum ni. Aku sendiri baru tahu kejadian sebenar yang berlaku di tempat ini. Dahulunya tempat ini merupakan kawasan perumahan pangsa, tapi berlaku satu insiden ngeri dimana bangunan yang dahulunya roboh akibat pembinaan bangunan yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan ratusan penduduk yang melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak terkorban semasa kejadian. Rumah yang kami duduki ini merupakan bangunan yang dibina di tempat yang sama seperti tapak asal…


No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *