DEFINISI OBSES
-Satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk
kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa.
Obsesi juga boleh dikatogerikan dalam bentuk kekerasan fizikal atau mental.
Penyakit ‘schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan
tidak teratur (Random) dan mengalami delusi. Secara umumnya, perkataan obsess
merujuk kepada seseorang yang terlalu meminati objek atau perbuatan.
“Hello… Biy, kredit sayang dah beli belom?” “Hello sayang… belum lagi, biy tengah drive
ni. Kejap lagi biy singgah seven ‘E dekat depan tu. Nanti biy send nombor topup
dengan sayang ok?” Panggilan
ditamatkan. Tersenyum sinis sehingga menampakkan barisan giginya. Emma membelek
Iphone 8 yang baru sahaja dimiliki minggu lepas, hasil pemberian dan rayu manja
kepada kekasih simpanannya. Setiap contact number yang disimpan adalah mangsa
bagi Emma bagi memuaskan keinginannya bagi memiliki segala kehendak yang
diimpikannya. Baginya, cinta itu tidak bermakna. ‘No money, no love Paras wajahnya yang cantik, tubuh ramping,
serba serbi cantik! Sungguh pasti meleburkan hati para jejaka.
“Hello… awak, malam ni jadi tak kita keluar? Sayang
lapar… Urmmm” “Of course lah jadi!
Anything for u sayang!” “Okay, lagi 15
minit sayang siap. Jangan lewat tau!” Satu
lagi mangsa Emma yang baru sahaja dikenali seminggu yang lalu. Hidupnya cukup
senang, berada di tengah bandar yang penuh dengan cabaran. Sedikit pun titik
peluhnya tidak keluar, sementelahan makan, minum, pakaian, malahan tempat
tinggal semuanya percuma. Bermodalkan paras wajah yang cantik sahaja sudah
cukup, satu pelaburan mudah bagi mendapatkan hasilnya. Pemberian ciptaan tuhan
itu, dimanipulasi sewenangnya bagi memenuhi nafsu serakah. Sangat naif dengan
mata kebendaan yang melalaikan.
Usai berhias, Emma menuruni tangga rumah. Dicapai
tombol pintu dan dibuka, sepasang kasut heels terletak di rak kasut, dicapai
lalu dipakai. Emma nampak cantik! Iya sangat cantik! Baju t-shirt putih sendat,
menampakkan bentuk tubuh yang ramping, ‘wrap mini skrit berwarna hitam sebagai
padanannya, sungguh menggairahkan. Peha gebu itu jelas dipertontonkan sebagai
tatapan mangsanya. “KRINGGG! KRINGGG!
Henfon Emma berdering, lalu dijawab.
“Awak! Tergamak awak buat saya macam ni? Apa salah saya dengan awak? Ape
awak nak saya bagi, tapi awak tolak saya bulat-bulat macam tu je. Saya sayang
awak, please saya rindu awak…” “Eh! Saya
dah kata berkali-kali, jangan cuba call saya lagi! Awak faham tak? Saya report
dekat polis nanti, awak jangan nak macam-macam!”
Panggilan itu dimatikan. Raut wajahnya berubah, merasa
sangat rimas sebaik menjawab panggilan itu. Razif yang dikenalinya beberapa
bulan yang lalu, turut menjadi mangsanya. Habis sepah, madu dibuang. Cinta yang
disangka sudah berputik, rupanya wayang kulit. Razif seakan-akan tidak mampu
menerima kenyataan, dia hanyalah mainan Emma. Masuk bulan ini, sudah berpuluh
nombor baru membuat panggilan kepada Emma, pemilik nombor itu adalah orang yang
sama, yakni Razif. Sehingga jenuh Emma menyekat setiap nombor tidak dikenali
yang membuat panggilan kepadanya. Entah kenapa, lelaki itu sungguh obsess
kepada Emma!
“TITTT! TITTT! Sebuah kereta BMW ‘parking dihadapan
rumah teres milik Emma. Pintu rumah dikunci, lalu bergerak menuju ke dalam
kereta. “Sorry lambat, dah lama tunggu
ke?” soal kekasih barunya. “Takpe, tak
lama sangat pun. Dah jom lah gerak, sayang lapar ni…” Balas Emma, berempat
mata. Lirikan mata itu cukup menggoda, cair dibuatnya. Selang beberapa minit kemudian, mereka tiba
di sebuah café, menawarkan hidangan yang cukup ekslusif. Emma memeluk erat
tangan kekasih barunya, berjalan seiringan menuju masuk ke dalam café’. Lakonan
itu menjadi, payau emas itu terjerat ke dalam sangkar Emma.
“Sayang nak makan apa? Cakap je, I belanja” Emma
tersenyum, sekeping kertas menu dicapai, rambang mata bila melihat menu makanan
yang disediakan, cukup ekslusif harganya. “Urmmm, sayang nak ‘beef steak grill and
orange juice” “KRINGGG! KRINGGG!
Sementelahan membuat order, henfon Emma pula berdering. Emma bergegas menuju ke tandas, menjawab
panggilan itu. “Sayang… dah dapat topup?”
“Belum… Biy hantar berapa?” “RM
50. Cukup tak?” “Alaaa… RM 50 je?
Kedekut sangat lah biy ni!” “Yela-yela,
nanti Biy topup lagi RM50. Manja sangat!”
“Thanks Biy! Muahhh! Sayang nak tido dulu ye, ngantok sangat ni.
Bye…” Misi selesai, Emma mematikan
panggilan, tersenyum lebar. Setakat ini, semuanya berjalan seperti biasa. “Easy! Senang-senang aku dapat topup!
Kehkehkeh! Jantan bodoh!” bisik hati kecilnya.
Emma kembali semula menuju ke meja berempat mata.
Hidangan yang dipesan telah sampai, sangat menyelerakan. “Siapa call tadi?” soal kekasih barunya. Emma
tersenyum, menggelengkan kepalanya, “Takde siapa-siapa pun, ibu call tadi. So,
shall we start?” Emma menghiris daging
itu perlahan-lahan, lalu dimakan dengan sangat bersopan. Lagaknya seperti orang
berada, sangat tertib. Kelakuannya itu hanya diperhatikan oleh kekasih barunya,
terleka melihat kecantikan terserlah di wajah Emma. Rambut sama hitam, hati itu
lain-lain. Sedikit pun tiada keraguan pada wajah lelaki itu, hatinya
benar-benar yakin bahawa Emma sayangkan dirinya, hakikatnya itu semua palsu!
Lakonan semata-mata!
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment