“Kamu nak ke mana Syuk memalam ni?” soal Encik Kamal
kepada anaknya. “Errr, syuk nak keluar
kejap dengan member. Tak lama, kejap je” Balas Syukri, mempamerkan senyuman
palsu kepada ayahnya. Rahsia itu selamat digenggamannya, syukri membuat
keputusan untuk menemui lelaki tua itu. Fikirannya bercelaru, takut! Jika dia menghampakan
lelaki tua itu, beliau sangat berilmu! Boleh jadi akan merisikokan diri dan
keluarganya. “PREMMM! PREMMM! PREMMM! Enjin
motor dipanaskan. Dicapai helmet dan
dipakai, lalu bergerak menuju ke alamat yang diberikan. “DUP! DAP! DUP! DAP! Degupan jantungnya
semakin deras, darah berderau. Takut! ya sangat takut!
Syukri merasa sangat
khuatir, jika dirinya atau keluarganya diapa-apakan oleh lelaki tua itu.
Selang 10 minit kemudian, Syukri tiba di sebuah rumah
kayu jauh terpelosok dari bandar. Rumah tersebut terdiri di kawasannya sendiri.
Syukri mematikan enjin motor di hadapan rumah puaka itu, helmetnya dibuka. Setapak
demi setapak Syukri berjalan menuju ke teratak orang tua itu. “KURRR… KURRR…
KURRR… Burung hantu bersahutan di malam hari, tubuhnya mulai menggeletar
ketakutan… “Assalammualaikum…
Pakcik! Assalammualaikum… Matanya
menjadi liar melihat keadaan sekeliling.
“Walaikumsalam… Jemputlah masuk” Salam itu disahut, lelaki tua buta itu
keluar bersama tongkatnya.
Syukri menerima pelawaan itu. Derapan tapak kakinya jelas kedengaran “KREKKK… KREKKK…
KREKKK… lantai rumah kayu itu berbunyi, khuatir sahaja Syukri akan
terjatuh. Rumah kayu itu sangat daif. “Maaflah
nak, pakcik ni bukan orang senang. Jemput duduk” ujar lelaki tua itu. Syukri
duduk bersimpuh berempat mata. Liar jelingan matanya memerhati keadaan
sekeliling, bertemankan lampu minyak tanah, membangkitkan lagi suasana
menakutkan di rumah itu. “Maknye! Ni ada
tetamu datang, tolong buatkan air kopi…” “Baik ayahnye…” lelaki tua itu tersenyum, kaca mata hitam
itu dibuka memperlihatkan biji matanya kepada Syukri. Agak menakutkan, biji
mata sebelah kiri putih sepenuhnya, tiada mata hitam. Biji mata sebelah kanan
putih hitam, dipenuhi selaput katarak.
“Minta maaflah kalau pakcik ni menakutkan kamu. Nampak
tak mata pakcik ni? Ini lah kerja pakcik-pakcik kamu. Urmmm, Jadi lebih eloklah
kita tak membuang masa ye” ujar lelaki tua. “Ayahnye, ini air kopi. Jemputlah minum
nak…” perbualan itu dicelah, Syukri membisu seribu bahasa. Peluh dingin
membasahi tubuhnya. Suara isterinya kedengaran tetapi orangnya tidak kunjung
tiba, hanya sepasang tangan memanjang, berkedut kulit itu, panjang pula
kukunya. Syukri pantas memandang ke sudut dapur melihat dari arah mana
keganjilan tangan itu, terlihatnya sekujur tubuh tercegat berdiri, kurang jelas
kelihatan, ditutupi kesamaran malam. Matanya merah, senyumannya melebar
sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih. “Aku dekat mana sebenarnya? Menakutkan! Isteri
pakcik ni hantu ke? Bisik hati kecil Syukri. Hatinya berbelah bahagi, bulu-bulu
halus berdiri tegang.
“Nak… hulurkan tangan kamu, pakcik nak mulakan
sekarang…” Pantas lelaki tua itu mencelah, memesongkan penglihatan Syukri untuk
memandangnya. “Nak buat apa pakcik? Tolong
pakcik jangan apa-apakan saya!” “Pakcik tak akan apa-apakan kamu. pakcik nak
tolong kamu…” Nada suara itu jelas serius menandakan keseriusannya membantu
syukri. “Pakcik nak mulakan prosesnya,
sini hulurkan tangan kamu…” Syukri
terpaku diam, lalu menghulukan tangannya terketar-ketar. Jantungnya berdegup
kencang, sangat kencang! Dicapai sebuah mangkuk putih kecil dan ditadah tepat
ke bawah telapak tangan Syukri. Mata pisau itu dicucuk sedikit ke jari Syukri… “TIKK… TIKKK… TIKKK titisan darah itu jatuh
ke dalam mangkuk. “Baik… pakcik mulakan
ya prosesnya….”
Syukri menutup luka itu, ditekan menggunakan jari
hingga terhentinya titisan darah. Dengan tidak semena-mena, rumah kayu itu
mulai bergoncang, mahu runtuh jadinya! Angin bersiulan di luar pintu. Lelaki tua
itu terkumat kamit bibirnya membaca mantera tanpa henti. “DUMMM! DUMMM! DUMMM! Bunyi
guruh bersahutan memecah kaki langit. Syukri
memejamkan mata serapat-rapatnya. Terketar-ketar ketakutan! Segala bagai bunyi
kedengaran, sangat menakutkan! “SUPPP!
Keadaan kembali semula seperti sedia kala.
“Prosenya sudah selesai… Nah, ambil ni” Syukri membuka
kelopak mata, botol kaca kecil dihulur kepadanya. Penutupnya berbalut kain
kuning, isinya ada seekor belalang disaluti minyak, kepala yang tajam dan tirus. “Apa ni Pakcik?” soal Syukri serba
kebingungan. “Ini manteranya (sekeping
kertas bertulis rumi)… hajatlah apa yang kamu hajati, pakcik tahu apa yang akan
kamu hajati. Belalang ini sungguh menolongmu, namun perlu diingat, berinya
makan setiap 3 bulan” “Makan? Belalang ni
makan apa Pakcik?” “Darah tuannya…” “Banyak ke?” celah Syukri. Mangkuk
kecil itu ditolak sedikit sebagai jawapan kepada pertanyaan itu.
Syukri kebingungan seketika, mangkuk putih berisi titisan
darahnya kini licin kosong. Permohonannya diterima, jembalang itu sudi
berdamping dengan tuan barunya. “PAPPP!
Satu sentuhan keras dibahu kanan Syukri. Matanya terbeliak, terperanjat dengan
sentuhan kasar itu. Pandangan cuba dialihkan sedikit melihat keganjilan itu. Susuk
itu tangan hodoh! Kuku itu tajam dan hitam! Darah berderau, wajah syukri pucat
bak mayat. Kalau tangan sudah hodoh! Apatah lagi wajah pemilik tangan hodoh
itu! “Jangan takut, dia tidak
apa-apakan kamu. anggap sahaja ini sebagai hadiah daripada Pakcik, sebagai
penebus kesalahan…”
*****************************************************************************
***SETAHUN KEMUDIAN****
“DUA BUSINESSMAN BERSAUDARA MAUT DALAM KEMALANGAN DI
PERSIMPANGAN 4, DIPERCAYAI TERBABAS AKIBAT KECUAIAN SENDIRI. MANGSA DIKENALI
SEBAGAI ENCIK KAMAL DAN ENCIK HUSSIEN” -Muka surat 4
“Padan muka! Hahaha” bisik hati kecil Syukri. Surat
khabar itu direnyukkan lalu dibuang masuk ke dalam tong sampah. Syukri kemudian
keluar dari pejabat itu, melihat suasana kilang itu yang sedang sibuk
beroperasi. Setapak demi setapak Syukri melangkah, nafas panjang lalu dihembus
keluar. Senyuman kambing dipaparkan. Puas! Sangat puas! Dendam yang bertahun
lamanya, kini tertunai. “TAP! TAP! TAP!
Derapan tapak kaki berlari kedengaran menuju ke arah Syukri. “Encik Syukri!
minta maaf ganggu. Saya nak minta sign Encik untuk approve pembelian tanah 500
ekar dekat *****” sebuah fail dihulur kepadanya, dengan tidak
semena-mena Syukri menandatangani borang itu. lagaknya tentu sahaja seperti orang
kaya, berbaju kemeja berjenama, serba serbi pakaian yang menutupi tubuhnya
berjenama.
Syukri meneruskan langkahnya menuju ke luar kilang
itu. Empayar AMRAN MAJESTIC COMPANY SDN BHD kini tumbuh bak cendawan selepas
hujan. “Hahahaha! Aku ada segalanya! Aku
kaya!” tersenyum sehingga mempamerkan barisan giginya. Syukri kini berwajah
baru, mula mendabik dada. Sungguh tidak disangka, bantuan orang tua itu
benar-benar menjadi. Apa sahaja yang dihajati pasti tertunai, darah sudah cukup
menjadi balasannya. Semakin jauh! Jauh ke lembah kesyirikan, menyukutukanNya.
Ujian yang berupa kekayaan itu menjerumus dirinya untuk terus menidakkan
kekuasaanNya. Ibunya kini pulih, mereka hidup dengan kekayaan! Mungkin sahaja
kaya dari segi keduniaan, hakikatnya muflis disana…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment