Advertisement

Advertisement

Saturday, November 4, 2017

[FIKSYEN SERAM]: AKU OBSES (PART ||)

“Aduhhh! Rosak pula kereta ni!” Keluh Emma. Kereta Toyota Vios yang baru sahaja dimiliki sebulan yang lalu rosak ditengah jalan. Berulang kali cuba dihidupkan, namun tidak kunjung hidupnya.   “Hello! Awak! Kereta sayang rosak! Awak ni betul ke tak? Kata kereta ni baru, tapi baru sebulan pakai dah rosak!”  “Eh? Yeke? Mustahil lah I nak beri you kereta second. Kan kita sama-sama deal kereta tu. Tak ingat ke? Awak tunggu lah dekat situ, nanti I panggil pomen…” panggilan ditamatkan, Emma menuju keluar menanti kehadiran kekasihnya…   Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, masih menanti kehadiran pomen…


Sebuah kereta mewah Toyota Cygnus memberi signal berhenti dihadapan keretanya, lalu seorang jejaka keluar bergerak beberapa tapak menuju ke arah Emma. Kacak orangnya, lagaknya cukup menampakkan kekayaan yang dimilikinya.  “Kereta rosak ke? Nak saya bantu?” soal jejaka kacak itu.  Emma tergamam seketika, hatinya cair melihat jejaka itu. Tinggi lampai, kemas penampilannya, perfect man. Emma mengangguk, sepatah pun tidak terluak dimulutnya. Dicapai tombol bonet hadapan dan dibuka penutup bonet enjin kereta Vios itu.  “Handsomenye mamat nih! Ada can lah aku nak ngorat!” bisik dihatinya. Jejaka itu agak berpengetahuan, satu demi satu diperhatikannya komponen disudut enjin kereta itu.  “Cuba cik start enjin…” ujar jejaka kacak itu. Emma menuju masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan kereta, akhirnya berjaya dihidupkan.

“Terima kasih! Urmmm, boleh saya tahu encik ni siapa?” soal Emma. Jejaka itu tersenyum, empat mata. “Panggil saya Razzie. Saya tinggal dekat-dekat area sini juga…”    Mungkin kebetulan atau mungkin juga suratan takdir, pertemuan pertama kali itu membuahkan hasil. Mereka berkenalan, memetik cinta palsu antara satu sama lain. Emma menjadikan jejaka kacak itu sebagai kekasih simpanannya. Pucuk dicita, ulam mendatang. Emma suka! Hidupnya bertambah mewah! Apa kehendak mahunya, semua dituruti, sedikit pun tidak merasa malu atau kesal dengan perbuatan itu, malahan nafsu keduniaan itu semakin membuak-buak, menyesatkan dirinya untuk terus dibuai mimpi dunia.


**************************************

“KRINGGG! KRINGGG! KRINGGG!”

Panggilan daripada nombor yang tidak diketahui, mengejutkan Emma dari buaian mimpi.  “Siapa pula yang call aku ni?” bisik Emma. Hampir berpuluh kali nombor itu membuat panggilan. Keraguan mulai timbul, merasa syak wasangka.  “Jangan-jangan ini mesti nombor Razif lagi. Geram pula rasanya!”    Emma menyekat nombor itu lalu mematikan henfon...   Jam menunjukkan pukul 1 pagi, masih tak mampu melelapkan mata. Fikirannya agak bercelaru, sungguh Razif menghantui dirinya. Begitu obsess dengan Emma. Teringat kisah pertemuan mereka, beberapa bulan yang lalu. Bermodalkan wajah yang cantik, Razif dijadikan kekasih simpanannya. Segala kemahuan Emma diturutinya, mungkin sahaja Razif menyangka bahawa cinta itu benar-benar berputik bagi mereka berdua. Tidak, tidak sama sekali.

Razif itu adalah hamba abdi. Ya! Hamba abdi! Mana mungkin Emma jatuh cinta kepada jejaka bernama Razif yang gemuk gedempol! Hodoh!   Sementelahan Razif itu punya wang, orang berada, tentu sahaja itu kemahuannya Emma.   Lama-kelamaan, Emma menjadi bosan, malahan merasa sedikit keganjilan terhadap Razif.  Pernah sekali Emma dipelawa masuk ke banglo mewah milik Razif, mereka menuju ke biliknya. Setiap sudut dinding itu, dipenuh dengan ‘frame gambar milik Emma. Lihat! betapa obess dan sayang keterlaluannya itu terhadap Emma. Sehingga ke titik akhirnya, Emma meninggalkan Razif begitu sahaja. Tidak mahu terikat dengan apa-apa perhubungan, lebih selesa untuk memegang title sebagai ‘playgirl.


***BANGLO MEWAH RAZIF***

“Emma! Kenapa kau tinggalkan aku! Aku sayang kau lah bodoh! Hahaha” Suara Razif jelas kedengaran, memecah kesunyian malam. Razif bangkit dari katil, menyentuh lembut setiap ‘frame gambar Emma yang terpampang di dinding biliknya. Lagaknya memang gila, tersenyum menyendiri, dicapai salah satu ‘frame gambar Emma dan dipeluk erat dalam dakapnnya.  “Aku sayang kau Emma! Aku sayang kau…” Razif membaringkan diri bertemankan frame gambar itu, sedikitpun pandangan itu tidak dialihkan. Renungannya tepat melihat gambar itu, Razif tersenyum sehingga menampakan barisan giginya, mengalami delusi, mengenang kembali saat-saat manisnya bersama Emma…


“Razif… Abang ade berita baik untuk kamu!”  Razzie tercegat berdiri melihat kelakuan adiknya yang kurang siuman itu. Terpapar senyuman misteri di wajah Razzie, menunjukkan berita gembira! Pasti Razif menyukai berita itu!   “Apa dia abang? Tolong bagitahu Razif! Emma ke?” balas Razif, adrenalinnya bertindak pantas! Datang meluru memegang kedua belah bahu abangnya.  “Mestilah! Anything for u Adik! Abang akan jemput dia ke rumah banglo kita. Siap siaga! Malam esok abang jemput dia. Adik tenang ok?”  Terpapar senyuman gila di wajah bersaudara itu. Razif meloncat keriangan! Hajatnya dimakbulkan! ingin bertemu dengan Emma…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *