Advertisement

Advertisement

Saturday, November 4, 2017

[FIKSYEN SERAM]: AKU OBSES (PART |||)

“KRINGGG! KRINGGG! KRINGGG!”


“Awak… kejap ye, ibu call” ujar Emma kepada kekasih simpanannya. Penipuan itu acap kali berjaya. Henfon dicapai lalu bergegas keluar menuju ke satu sudut yang jauh dari café itu. Panggilan itu datangnya daripada Razzie. Bibirnya mengukir senyuman!   “Hello awak! Rindu ke? hehehe” seloroh Emma.  “Eh? Mestilah rindu… malam ni awak free tak? Saya nak dinner dengan awak dekat rumah saya. 9 o’clock”  “Of course lah! Boleh je. I wait, bye!”  Panggilan ditamatkan.  “Baru sehari dua tak jumpe, dah rindu. Bodoh piang!” bisik hatinya. Emma menuju masuk semula ke café, pandangan mata jejaka-jejaka yang berada di café itu tidak henti melihat penampilan yang seksi, wajahnya yang cantik, sangat mengiurkan. Emma mendabik dada. Tentu sahaja lelaki seperti itu bukan ‘taste nya…


*****************************************

Usai bersiap, Emma menuruni tangga rumah. Dicapai henfon lalu membuat panggilan kepada Razzie…   “Hello… kenapa sayang?”  “Amboi, panggil sayang pula! Hehe. I dah siap ni, awak kat mana?”  “Salah ke? Hehe. Otw, lagi 10 minit I sampai. Wait ye…”   Senyuman itu terukir di bibir merahnya. Namun, timbul sedikit keraguan dibenak fikirannya. Panggilan yang dibuat sebentar tadi diganggu, ada suara ganjil didengari, namun kurang pasti.  Hatinya mulai berdebar semacam, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan ini berlainan. Sesuatu yang tidak kena.  “Ah! Mungkin perasaan aku je. Takde apa-apalah…” bisik hatinya. Sepasang anting-anting emas hadiah pemberian Razzie dipakai, sangat cocok dengan wajahnya yang bulat membujur. Usai semuanya, Emma mengunci pintu rumah, bergerak beberapa tapak menuju di hadapan pagar rumah…


“TITTT! TITTT!”

Sebuah kereta Cygnus berwarna hitam tiba diperkarangan rumahnya. Emma menuju masuk ke dalam kereta itu tanpa ada sedikit pun syak wasangka.  “Awak! Lama saya tunggu! Cair make-up kiter!” ujar Emma, cuba bermanja kasih dengan Razzie.  “Yeke… sorry, sangkut dekat jem tadi. Sorry ye…” Rayu Razzie berbalas senyuman.    Sepertiga perjalanan menuju ke rumahnya, Razzie membuka mulut. “Awak, saya ada surprise untuk awak… nak tahu tak?”  dahinya berkerut, kebingungan seketika. “Surprise? Apa dia? Mestilah nak!” Emma excited gamaknya! mahu mengetahui surprise yang bakal dituju kepadanya.  “cuba tengok belakang…” balas Razzie. Perasaan excited tanpa merasa was-was membuat refleksi tubuhnya bertindak menoleh ke belakang. Satu susuk tubuh lelaki berpakaian serba hitam merenungnya dengan tajam!

Barisan giginya jelas kelihatan, tersenyum melihat kehadiran Emma di situ. Razzie tergelak sekuat-kuatnya! Pintu kereta dikunci, menghalang Emma bagi meloloskan diri.  “Sayang! Kenal saya tak? Ini Razif! Hehehe!”  Dia adalah razif! Adik kesayangan Razzie! Emma kini terjerat, rancangan bersaudara ini menjadi!  Emma bertindak membuka tombol pintu, menjerit sekuat hatinya merayu pertolongan. Namun apalah daya Emma, tindakan itu Cuma sia-sia. Umpan sudah mengena! Sehelai sapu tangan yang sudah disapu dengan ubat pelali dilekapkan ke mulut Emma. Memaksa kudratnya untuk menangkis perbuatan Razif, namun tidak berupaya. Dahinya mulai berkeringat, kelopak matanya mulai tertutup sedikit demi sedikit, kesan ubat pelali itu mulai meresap, memberi kesan kepada Emma…

***********************************
Emma terjaga dari pengsan. Suasana gelap gelita! “Aku dekat mana ni? Tolonggg!” Menyedari tubuhnya terasa kebas, seperti terikat. Ya! Tubuhnya diikat pada sebuah kerusi. Pergelangan tangan dan kakinya diikat ketat. Jantungnya berdegup rapat, darah berderau! Entah apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Emma menangis, menjerit merayu pertolongan, dirinya kini terancam!   “CHIKKK….NGEKKK… Pintu bilik itu dibuka, derapan tapak kaki kedengaran menyusur masuk ke bilik itu.  “TIKKK… suis lampu ditekan, memperlihatkan keadaan sebenar sudut itu. Emma terkesima, dinding-dinding bilik itu dipenuhi dengan gambarnya. Bilik itu adalah kepunyaan Razif!  Masih jelas diingatannya sewaktu dulu ketika dia dan Razif berada di bilik itu.


“Sayanggg… ini lah bilik kita. Awak masih ingat kan?” Razif bergerak beberapa tapak berempat mata.  “Lepaskan aku! Kau jangan nak buat kerja gila!” tegas Emma. Sedikit pun riak wajah Razif tidak berbubah, malahan senyum melebar! Kekasihnya itu kini berada dihadapannya. Razif mulai menyentuh, setiap inci tubuh Emma. Dikucup bibirnya, namun ditolak sekeras-kerasnya.  “PANGGG! Satu tamparan padu tepat ke pipi Emma, pipinya mulai kemerah-merahan, berdenyut-denyut, darah mengalir di mulutnya. Sangat kuat tamparan itu!   “Bodoh! Aku sayang kau! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?” tengking Razif. Kegilaannya membuak-buak!  Emma terdiam kaku, bibirnya terketar-ketar impak tamparan itu. Tubuhnya terus menggigil ketakutan...


***********************************
“Adik… Jangan keras sangat, mahu mati perempuan ni nanti. Biarlah kau seksa dia perlahan-lahan…” ujar Razzie sambil menuju masuk ke bilik itu. Sebuah kit berwarna hitam dibawa bersama, lalu diletakkan di atas meja. Razif membuka tuil kit hitam itu, dicapai sebilah pisau…
   “TUSSS! Mata pisau itu dicucuk tepat ke telapak tangannya. Terpercik keluar, mengalir darahnya. Emma terkejut! Matanya terbeliak melihat perbuatan gila itu.  “Memang sah kau ni gila Razif! Razzie tolong aku! Adik kau ni memang gila! Tolong lepas kan aku!”  Razzie tersenyum sinis, pujuk rayu Emma sudah tidak bermakna. Razzie tercegat berdiri, merasa seronok melihat tingkah laku adiknya.  “Tengok tangan aku Emma. Sakit! Sangat sakit! Tapi ini belum cukup sakit. Dekat sini lagi sakit! Sakit sebab kau!” tengking Razif, menyentuh bahagian dadanya.

“Razif! Aku minta maaf! Tolong jangan buat aku macam ni. Tolong lepaskan aku!”  “Jangan takut! aku tak akan bunuh kau! Aku sayang kau! Baiklah, aku ada soalan untuk kau. Kalau kau berjaya jawab, tandanya kau sayang aku…” Razif tersenyum, nyawa Emma kini dalam genggamannya!  “Baik! Baik! Apa soalannya…” soal Emma menggeletar ketakutan.   “Kau rasa… aku sayang kau tak?”  “Mestilah sayang! Aku tahu kau sayang aku Razif!”   “TUSS! Peha kiri Emma ditusuk mata pisau! Emma meraung kesakitan! Sangat sakit!  “Salah! Aku tak sayang kau! Aku cintakan kau! Hehehe”   Mata pisau itu ditarik perlahan-lahan di peha kiri Emma, terpercik keluar darahnya…  “Soalan yang kedua… kau rasa aku ni gila ke tak?”  “Tidak Razif! Kau normal, aku tahu kau normal!”    “TUSSS! Peha kanannya pula ditusuk mata pisau!  “Arghhh! Tolong Razif! Aku merayu! Sakit!” rayu Emma, tubuhnya terketar-ketar! Setengah mati diperlaku sedemikian rupa.

“Salah! Aku obsess! Obsess akan diri mu!” Mata pisau ditarik perlahan-lahan, Emma menahan kesakitan! Sakit yang teramat! Tubuhnya mulai lemah longlai, kedua belah pehanya menggigil menahan kesakitan. Razzie tersenyum! Seronok! melihat drama yang bersiaran langsung dihadapan matanya. Sokongannya cukup padu, menyokong penuh tindakan abnormal adiknya. Kini adiknya puas! Sangat puas! Dia turut merasa puas!  “Pandang sini Emma… sayang…” Emma tertunduk, bibirnya pucat, wajahnya pucat sama, darah melimpah membasahi skirt putihnya.  “Kau sangat cantik Emma! aku sayang kau!” Razif menyentuh dagu Emma, lalu didongakkan berempat mata. Emma sudah lemah, sangat lemah. Matanya hampir tertutup rapat, tubuhnya tidak lagi mampu bertahan…  






No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *