Advertisement

Advertisement

Sunday, November 5, 2017

[FIKSYEN SERAM]: ASTANA TUAN MEGAT ADAM

“Hoi Anis! Kau tak nampak ke baju kotor bertimbun dekat bilik aku, bilik anak-anak aku?”  Tengking Mak Milah janda kepada anak tiri nya.  “Anis pening kepala tadi mak, kejap lagi Anis cuci ye…”  “Eh? Bila masa aku ni emak kau? Mak kau dah lama mati! Kau tu orang gaji aku! Faham? Sampai masa, bila harta arwah ayah kau dibahagi-bahagikan, aku akan pastikan se sen pun kau tak akan dapat!” Anis tertunduk sedih, sakit! Sungguh sakit hatinya. Air mata bergenang di kelopak matanya.  Sudah sepurnama ayah kesayangannya dijemput ilahi, kini tinggallah Anis sehelai sepinggang. Ya! Anis punya keluarga, yakni keluarga jahanam! Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ibunya pula sudah meninggalkan Anis 5 tahun yang lalu, disebabkan apa? Mak Milah janda itu topengnya manusia, hakikatnya syaitan! Mungkin saja Tuan Megat Adam tidak mengetahui kesahihannya, tapi tidak bagi Anis. Ibu tirinya itu penyihir! Bersengkokol dengan syaitan, sanggup benar Mak Milah menyantau ibu kandung Anis, semata-mata untuk merebut harta.


Pertemuan antara arwah Tuan Adam dan Mak Milah janda bermula beberapa tahun yang lalu, di sebuah butik perkahwinan milik isterinya sewaktu anak sulung Mak Milah janda bakal melangsungkan majlis raja sehari. Cuma sekali bertentang mata, tak tidur lena dibuatnya Tuan Adam. Siapa dia Tuan Adam yang dikejar-kejar oleh Mak Milah?  Lelaki itu seorang jutawan, harta berjuta, estate beratus ekar. Siapa yang tak ingin? Hidup Tuan Megat Adam sekeluarga sangat mewah!  Sementelahan Mak Milah itu hanya golongan biasa, tidak punya apa-apa. Tapi…   siapa tak kenal Mak Milah? Ilmu hitam itu adalah pegangannya. Ilmu yang dituntut itu makbul, tampak biasa-biasa sahaja bagi orang lain, namun tidak bagi Tuan Adam. Dia bidadari! Mak Milah itu Bidadari! Matanya sudah dikaburi, minyak pengasih itu sudah terkena umpan.

Sejurus selepas termeterainya ikatan anak sulungnya, Mak Milah janda disatukan bersama Tuan Megat Adam, sangat grand! Gilang gemilang majlis perkahwinan itu.  Walau terpaksa bagi arwah isteri, melihat suaminya bahagia sudah cukup baginya. Belum cukup, belum cukup! Masa kan pula Mak Milah janda mahu berkongsi kebahagiaan? Isteri pertama Tuan Adam disantaunya, sisa-sisa helaian rambut yang gugur itu dikutipnya satu persatu, lalu dihantar ke dukun ‘favourite nya. Apa lagi? Tak sampai seminggu, mati, sangat tragik!  Misi pertama Mak Milah janda sudah selesai. Misi kedua, sedikit demi sedikit harta Tuan Adam dibolosnya. Sungguhpun begitu, masih tertanam jauh dilubuk hati Tuan Adam, sayangnya kepada Anis tak pernah luntur. Bila melihat Anis, mirip wajah isteri pertamanya.


Cubaan Mak Milah janda untuk meminta tandatangan suaminya bagi mengagihkan harta itu sepenuhnya kepada anak-anak dan dirinya sendiri, namun ditolak.  “Abang tak sayang Milah ke? Kenapa ½ daripada harta itu abang beri kepada Anis? Lagi ½ itu Milah dan anak-anak pula kena berbahagi 3? Abang tak adil!”  “Jangan macam tu Milah… harta ini bukan aku punya, tapi kepunyaan arwah isteri aku. Anis berhak untuk mendapatkan harta ini, beruntunglah kau, separuh harta ini aku berikan kepada kamu…”   mana mungkin? Siapa tak kenal Mak Milah Janda?  Mahu tak mati Tuan Adam itu dikerjakan olehnya! Jangan cakap nasi kangkang, santau pun dia sanggup bagi. Misi kedua berjaya! Hatinya cukup senang, Mak Milah janda punya kuasa! Punya segalanya! Bila harta dikejar, maka jadilah ia hamba dunia. Kaya di dunia, muflis di sana…

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *