Advertisement

Advertisement

Sunday, November 5, 2017

[FIKSYEN SERAM]: ASTANA TUAN MEGAT ADAM (PART ||)

Sepurnama sudah usianya, Tuan Adam disemadikan. Anis diperlakukan dengan teruk! Sangat teruk dikerjakan oleh Mak Milah janda. Siapa tak kenal Mak Milah janda? Minum, makan, pakainya, semua diuruskan oleh Anis. Jangan kata Mak Milah sahaja berbuat demikian, anak-anaknya juga jahanam seperti ibunya. Diseksa! Malah turut diperlakukan dengan gangguan seksual. Anis itu cantik orangnya, serupa ibunya. Baik dari segi tutur Bahasa, baik dari segi agamanya. Namun, orang baik akan sentiasa diuji. Lagi seminggu, genaplah usia Anis menjangkau 20 tahun. Separuh daripada harta itu bakal diturunkan kepadanya. ulang tahun lahirnya yang bakal tiba akan disambut penuh kehambaran, penuh kedukaan.


Siapa tak kenal Mak Milah janda? Jangan harap harta itu bakal diturunkan kepada anak tirinya! Helaian rerambut gugur di sikat Anis sudah dikutip, malam ini Mak Milah janda akan bertemu dengan dukun ‘favourite nya! Ya! Misi ketiga harus dilakukan. Harta itu miliknya Mak Milah Janda! Tiada siapa yang berhak mendapatkan harta itu.  

**************************************
“Anis! Anis!” jerit Mak Milah Janda kepada anak tirinya.  “TAPPP! TAPPP! TAPPP! Derapan tapak kaki pantas Anis kedengaran menuruni tangga kayu mewah itu. “Ye Mak Milah….”  “Haaa! Bagus! Jangan panggil aku emak. Mak kau dah lama mati!  Malam ni aku nak keluar! Kau sediakan makan malam untuk anak-anak aku, isteri dia ada dekat sini. Masak sedap-sedap” tegas Mak Milah.   Lalu Mak Milah pun berlalu pergi bersama driver. Astana itu cukup luas, orang gaji juga ramai. Siapa tak kenal Mak Milah janda?  Usai pengembumian arwah Tuan Adam, semua orang-orang gaji itu dihalaunya. Hanya driver sahaja yang kekal bertugas di Astana itu. Mak Milah jijik! Tak mahu melihat anak kesayangan arwah Tuan Adam itu duduk senang lenang, Anis itu anggapannya orang gaji, hamba abdi di Astana itu.

“Milah! Apa hajat kamu ke mari?” soal dukun siam itu, mengusap jangutnya panjang sejengkal. Lagaknya sahaja cukup menampakkan betapa hebatnya dia dalam arena kesyirikan ini.  “Tok, saya nak minta tolong. Anak tiri saya, Anis. Lagi seminggu harta arwah suami saya bakal diturunkan kepadanya. saya rasa tak adil! Saya ni isteri dia, masakan anak dia dapat lebih, saya pula tak?” keluh Mak Milah Janda.   “Kamu tamak Milah! Hahaha. Baik, bagi aku tempoh seminggu. Tapi… syaratnya, lain sikit!”   “Apa dia Tok? Apa-apa pun saya sanggup Tok!”  dukun siam itu bangkit, mendekati Mak Milah.  “Aku nampak kamu makin hari makin cantik Milah, dah lama aku impikan belaian mu. Aku tak minta lebih dari itu, cukup lah aku bermadu kasih dengan mu” ujar bomoh siam itu, seinci demi seinci tubuh Mak Milah disentuh, dibelai lembut olehnya. Mak Milah tersenyum, mengangguk kepala tanda setuju dengan tawaran itu. siapa tak kenal Mak Milah Janda? Apa sahaja risiko dia sanggup! Walaupun maruahnya sekali tergadai, yang penting harta itu miliknya!


Usai sudah perlakuan terkutuk itu, bomoh itu puas! Kehendaknya dituruti!    Mak Milah bersama dukun siam itu kembali semula menuju ke ruang tamu. Sebuah meja kecil dihiasi beberapa batang lilin, sebuah mangkuk, beberapa hiris limau dan sebilah pisau kecil. Maka dipersembahkan lah helaian rambut itu kepada dukun siam.  “Tok, ini rambutnya. Saya harap Tok boleh tolong saya” kata Mak Milah.   “Usah lah kamu khuatir Milah, jangan kata mati! Pecahkan otaknya juga aku boleh!  Beri aku tempoh seminggu. Aku pastikan hajat kamu tercapai!” tegas dukun siam, cuba meyakinkan Mak Milah. Pertuturan itu menambahkan keyakinan Mak Milah ditambah lagi beberapa misi sebelum ini juga berjaya ditunaikan, hasil bantuan dukun siam itu! sangat hebat!

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *