Advertisement

Advertisement

Sunday, November 5, 2017

[FIKSYEN SERAM]: ASTANA TUAN MEGAT ADAM (PART |||)

Usai menyiapkan makan malam, Anis menuju ke bilik. Kepalanya berat, pening dirasa.  “Ibu, Ayah, Anis rindu belaian manja kamu. Anis tak sanggup lagi hidup seperti ini. sakit! Sangat sakit!” bisik dihatinya, deraian manik-manik putih menitis di pipinya. Hatinya remuk-redam menanggung kepedihan semenjak hidup sebatang kara. Anis melabuhkan tubuhnya di katil empuk itu, setiap inci tubuhnya diperhatikan. Kesan-kesan lebam menghitam, sangat sakit. Siapa tak kenal Mak Milah Janda? Mahu mati saja Anis itu dikerjakannya. Anak-anak tirinya hanya tergelak, sangat suka melihat Anis diperlakukan sedemikian rupa!


“ANISSS…   ANISSS…   BANGUN SAYANG….”

Dibuai mimpi atau realiti, Anis membuka kelopak matanya. Sekujur tubuh, pucat, sedikit menakutkan! Siapakah gerangan pemilik tubuh itu? Puan sofia! Ya ibu kandungnya muncul mempertonjolkan dirinya, serba putih, ikal mayang rambutnya, namun kaki disumpah bumi. Tubuhnya menggeletar ketakutan! Masa pula ibunya berada di situ? Puan Sofia sudah lama dimamah bumi 5 tahun yang lalu.   “Anisss…. Jangan takut sayang. Ini ibu, ibu kandung kau” kata lembaga itu, cuba meyakinkan Anis.  “Ibu? Ibu dah lama mati! Tolong! Jangan bunuh aku!” rayu Anis, serba kebingungan berbaur ketakutan.


“Tidak… masa pula ibu sanggup membunuh mu? Mari sini, bangkit dari katil mu. Lepaskan kerinduan mu kepada ibu…”   Anis terkesima, gigil tubuhnya. Air mata bergenang di kelopak mata, lalu memeluk tanpa was-was. Lihat! Betapa rindu dan sayangnya Anis kepada ibunya. Seinci pun tak dilepaskan, bau-bauan kemenyan berlegar-legar di ruang bilik itu. sangat mistik! Lembaga Puan Sofia, membelai rambut Anis, mengucup dahinya.  “Kesian anak ibu… sampai hati ibu tiri dan anaknya buat sedemikian rupa dengan anak ibu”   ujarnya.  “Takpelah ibu, dapat jumpa ibu pun sudah cukup! Anis rindu ibu sangat-sangat!” kata Anis, erat! Cukup erat dakapan itu.  “Mulia sungguh hati anak ibu. Usah lah kamu bersedih, ibu ke sini untuk melangsaikan hutang… hutang yang belum dilunaskan”   matanya terbeliak, serba serbi kebingungan mendengar penjelasan Lembaga Puan sofia. “Hutang apa ibu?”  soal Anis, berempat mata.

“Hutang nyawa, pasti balasnya juga nyawa. Kan?”   “Apa yang boleh ibu lakukan? Ibu bukan manusia. Ibu tak punya apa-apa lagi, biarkan lah Mak Milah dan anak-anaknya. Cukuplah ibu selalu bertemu dengan Anis”  “Tak boleh Anis. Anis anak ibu, ibu akan pastikan kamu selamat. Nyawa kamu sekarang sedang terancam!” tegas lembaga Puan Sofia.   Anis terkedu, kesungguhan lembaga Puan Sofia itu cukup utuh! Ingin memastikan warisnya mendapat pembelaan yang setimpal.  “Anisss… perlu kamu ketahui, ibu hanya boleh bertemu dengan kamu pada waktu senja sahaja, tidak sebaliknya pada waktu pagi. Usah lah kamu khuatir, ibu pastikan kamu selamat. Ibu akan bersama kamu buat selamanya…”

“Anisss! Anisss! Mak Milah sampai ni! Kau dah masak ke belom? Aku lapar ni! Anisss!”
 

Jerit Mak Milah Janda, memanggil Anis.  “Lihat? Perlukah kamu pertahankan betina tak guna itu? ibu mati sebab dia, ayah mati sebab dia, kamu sengsara sebab dia juga!”  Air mata mulai membasahi pipinya, terkenang… saat-saat manis bersama ibu dan ayahnya sewaktu ketika dahulu. Anis tertunduk, bibirnya mengukir senyuman. “Ibu buat lah apa yang patut, tapi Anis nak pastikan Mak Milah terseksa. Anis nak balas dendam! Anis nak makan daging dia. Hehehe” Nada suara Anis jelas bertukar, fikirannya bercelaru! Mengalami delusi akibat tekanan yang cukup padu! Mahu sahaja dibunuhnya Mak Milah malam itu juga! 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *