Advertisement

Advertisement

Sunday, November 5, 2017

[FIKSYEN SERAM]: ASTANA TUAN MEGAT ADAM (PART V)

Seminggu sudah berlalu, esok adalah tarikh dimana penyerahan harta Tuan Megat Adam akan diagihkan kepada pewarisnya. Suasana agak suram dan hambar sedikit pada malam itu. buat pertama kalinya, terpapar wajah kesedihan Mak Milah. Anak-anak kandungnya mati dalam keadaan yang sangat tragis dalam minggu itu. Anak sulungnya mati tanpa berkepala, anak bongsunya mati tergantung dibawah jambatan. Kerja siapakah ini semua? Usai siasatan polis dilakukan, tiada bukti yang mengesahkan bahawa Anis adalah dalang kepada semua ini. Rahsia itu selamat! Lembaga puan sofia berjaya menyelesaikan misinya! Misi menghapuskan parasit-parasit jahanam itu! kini, misi terakhir harus dilakukan. Mak Milah janda harus dihapuskan!


****************************************
“PAPPP! Sedas tamparan mengena pipi Anis. “Aku tahu ini kerja kau Anis! Binatang! Anak-anak aku habis mati gara-gara kau, anak sial! Kau tunggulah malam ini, apa nasib kau!” tengking Mak Milah, berlalu pergi menuju ke biliknya. Siapa tak kenal Mak Milah janda? Sungguh anak-anaknya mati, harta itu masih kepunyaannya! Bibirnya sedikit mengukir senyuman! “Aku masih muda kot, sekali petik 10 datang!” bisik dihatinya, lalu melabuhkan tubuhnya ke katil empuk itu. Benar, Mak Milah janda masih muda, sebaya dengan arwah puan sofia, lingkungan 40 an, masih bergetah! Kalau dukun siam tua itu masih bernafsu melihat Mak Milah Janda, masa pula jejaka-jeka di luar sana tidak punya rasa yang sama.    “Hahahaha… Deraian ketawanya memecah kesunyian astana milik Tuan Megat Adam.  Berbaki sejam lagi, Anis akan mati! Genap seminggu sudah perjanjian itu dimeterai antara dia dan dukun siam.

Namun, Mak Milah janda naif! Masa pula dia tidak mengetahui, dukun siam itu sudah mati? Penantian itu Cuma sia-sia belaka.  Terlihat jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengah malam, Mak Milah Janda tersenyum lebar lalu bangkit dari katil bagi melihat keadaan Anis. Ya! Dia benar-benar yakin, dukun siam itu sungguh ‘power. Mustahil Anis tak mati, sebelum ini, Tuan Adam dan Puan Sofia juga mati, usai seminggu selepas perjanjian itu dibuat.   “Anisss! Anisss! Kau di mana?” jerit Mak Milah janda menaiki tangga kayu mewah itu. Dicapai tombol pintu dan dibuka, “Bau apa pula ni! Bau semacam! Mana pula pergi si Anis!” bisik hatinya lalu memasuki kamar Anis. Setiap sudut kamar itu diperhati, melihat di mana keberadaan Anis.

“BUKKK! Mak Milah Janda tersembam jatuh, tengkuknya hentam kuat menggunakan pasu pusaka. Tubuhnya mulai kebas, merasa pening lalu rebah pengsan. Anis tersenyum! “Hahahaha! Padan muka kau perempuan sundal!”  Deraian ketawanya cukup sekali menampakkan kepuasan! Mak Milah janda akhirnya tewas!  “Ibu… Ayah… Izinkan Anis menghukum perempuan sundal ni ye…”

****************************************
“MAK MILAH… OOO MAK MILAH… BANGUNLAH, NI ANIS BUAT SEDIKIT MAKANAN…”

Mak Milah tersedar, tubuhnya digerak-gerakkan oleh Anis. Kelopak matanya terbuka sedikit demi sedikit. Tubuhnya merasa sakit, lebih-lebih lagi dibahagian kedua belah betisnya, masih merasa pusing-pusing. Mak Milah menggerak-gerakkan bahagian tengkuknya, lenguh terasa. Terlihat, Anis begitu berselera menjamah makanan di hadapan meja makan.  “Amboi! Sedap nyerr kau makan dekat meja tu! Aku tampar juga budak ni!” tengking Mak Milah janda. Anis tersenyum, sedikit pun riak wajahnya tidak menampakkan sebarang ketakutan!  “Kurang ajar budak ni! Jangan kau berani nak makan dekat meja tu!”  Mak Milah janda cuba bangkit dari bangku itu, lalu tersembam jatuh! pedih! Sangat pedih di bahagian betisnya! Dicapai kain pelikatnya dan dibuka separuhnya, Mak Milah janda terkedu! Terkesima. Betisnya sudah tiada, kain kasa putih membaluti tempurung lututnya. Ya! Betisnya dipotong oleh Anis!


“Anisss! Apa yang kau dah lakukan dengan Mak Milah! Sakit Anis! Sakit! Tergamak kau buat Mak Milah macam ni!” kata Mak Milah Janda, sambil menyentuh balutan kain putih itu. Air matanya mengalir, sangat sedih sementelahan menanggung kesakitan itu. Mak Milah janda kini cacat!   “Tergamak? Dulu masa bunuh ibu dan ayah, Mak Milah pernah fikir? Pernah?  Dulu selalu maki hamun, tampar, pukul Anis, Mak Milah pernah fikir? Pernah?  Mak Milah yang tergamak! Hahahaha. Mak Milah jangan takutlah, Anis tak akan bunuh Mak Milah, Anis Cuma nak makan daging-daging Mak Milah. Kenyal, tapi sedap! Anis ade masak daging masak merah. Mak Milah nak cuba? Hehehe”

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *