Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang
popular, asalnya dari India lalu dimahsyurkan oleh pedagang India Muslim dari
India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan
disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan nasi
kandar, timbul sewaktu melihat penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang
menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi
Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran atau gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira
tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar akan
dilengkapi oleh daging seperti ayam goring, limpa kari, daging lembu, telur
ikan, udang atau sotong goring. Hidangan sayur itu biasanya adalah terung,
bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil ‘banjir’
dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
“Macha! Sapadek?” “Kasi saya nasi kandar satu. Minum kasi
itu teh tarik. Tarik tinggi sikit ah…” “Baik…Baik,
tunggu. Nanti lagi sikijap saya hantar!” Balas Raju. Usia Raju lingkungan 40
an, seorang businessman berjaya! Punya isteri seorang juga anak yang masih
kecil. Entah anak kecil itu anak Raju atau bukan, sedikit pun tidak tiada iras atau mirip Raju. Nanti sahaja diterangkan… Perniagaannya sejak kebelakangan ini
mencapai satu peningkatan yang begitu memberangsangkan. Pantang meja makan di
restoran itu kalau kosong, ada sahaja pelanggan yang kunjung tiba untuk makan
di situ. Makan apa lagi? Tentu saja Nasi kandar banjir sentuhan Raju. Tampak
biasa-biasa sahaja hidangan itu, sama seperti restoran-restoran lain yang
menghidangkan menu yang sama. Tapi, nasi kandar Raju serba serbi lain, sekali
cuba, jangan harap tak cari lagi. Mesti cari punya!
Apa yang power sangat nasi kandar Raju, sampai pelanggan
berderet-deret, tak henti-henti mengunjungi restorannya? Of course lah lauk
dia. Mana mungkin? Restoran nasi kandar lain juga menghidangkan menu yang sama.
Limpa kari? Iya! Limpa kari dia! Padu,
cukup padu. satu aroma yang sukar untuk ditemui, hanya di restoran nasi kandar
Raju, punya aroma sedemikian. Sangat memukau! Kau kata tempat itu bersih? Entah berapa
lama ketikanya restoran itu tidak dibersihkan. Bila dilihat disudut luar, amat
kotor! Jijik! Sampah dibuang merata, tandas kotor, serangga perosak hidup
disitu! Tapi… Sebaik melangkah masuk ke
dalam, persis restoran 5 bintang, bersih, haruman memukau, asyik!
Raju menuju masuk ke ruangan dapur, segala lauk-pauk
dipertontonkan bagi memikat lagi hati pelanggan. Cuma satu sahaja hidangan yang
dirahsiakan, disembunyikan. Yakni, limpa kari sentuhan Raju. Sebuah stor, dilengkapi
dengan dapur masak serta beberapa bahan lain. Hanya Raju sahaja yang bisa memasuki
kamar itu. Jangan! Jangan sesekali berani masuk ke dalam stor itu. No
authority! Jangan kata isteri dan anak diharamkan masuk, bahkan pekerja-pekerja
di situ sama sekali tidak dibenarkan masuk.
Dicapai pinggan stainless steel
itu dan diletakkan nasi kukus, dihiasi lauk pauk, ‘final touch! Limpa kari Raju. Kunci stor itu sentiasa
tergantung dipergelangan tangannya, terikat pada seutas gelang hitam, hasil
pemberian dukun siam. “CHIKKK… NGEKKK…
pintu stor dibuka lalu ditutup semula. Limpa kari itu direneh semula, lalu ditabur
kuah kari bersama limpa sebagai pelengkap. Tadaaa! Nasi kandar Raju siap! Pintu
stor dikunci semula. Jangan sampai rahsia itu diketahui!
Hidangan sampai kepada pelanggannya. Berselera gamaknya!
Pemuda itu merupakan pelanggan ke 100 yang datang mengunjungi restoran Mr Raju.
Seratus sahaja? Tidak, itu baru sesi pagi. Tengahari, petang, malam? 500 hingga
ke 600 pelanggan sehari adalah perkara biasa. boleh mencecah sehingga 1000 ke
atas. Kalau cuti hujung minggu, berderet lah meja dibuka sehingga ke luar
kedai. Nasi kandar Raju memang hebat! Pendapatan
kasar diperolehi Raju setahun yang lalu, sudah
mencecah RM 300 ribu! Catering pun tak putus-putus pelanggannya. Ada sahaja
yang bertanya, mahu membuat tempahan. Apalah sangat? Jual nasi
kandar je kot? Hello! This is Mr Raju, rasa dulu nasi kandar dia baru tahu!
Raju tersenyum, misai tebalnya diusap-usap. Satu kejayaan
yang cukup besar! Sangat memberangsangkan! Tak sia-sia minyak pelaris itu jadi
taruhannya, walau isteri sendiri jadi gundik, pemuas hawa nafsu si bomoh siam. Meja
makan sentiasa penuh, pelanggan tak putus kunjungnya ‘everyday. Raju melangkah, beberapa tapak menuju ke luar
restorannya. Terpapar disudut atas lot kedai itu, sebuah banner 20’ X 4’ “NASI
KANDAR RAJU AND CATERING” Dulunyan hanya sebuah disewa, kini lagi 2 buah
lot kedai bersebelahan disewa dan bakal melebarkan sayapnya untuk membuka lebih
banyak cawangan di seluruh pelusuk daerah ini. Perniagaannya sangat maju! Masa mungkin
restoran-restoran berhampiran mampu menandingi Mr Raju. Baru sebulan dua
beroperasi, sudah sampai titik noktahnya. Tutup! Pelanggan tak kunjung tiba,
ada sahaja musibat menimpa peniaga-peniaga berhampiran. Kenapa? Kerja siapa? Tentu
sahaja orangnya Raju! Mahu tak mati sahaja peniaga-peniaga itu dia kerjakan. Kalau
bukan santau, pelesit dihadiahkan.
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment