Tepat pukul 1 pagi, “NASI KANDAR RAJU AND CATERING” ditutup. Walau berat, namun Raju
harus mengikut perintah dukun siam itu. susah kelak, dia menanggung. Pekerja-pekerja
sudah beransur pulang, isteri dan anak juga berada di rumah. Tinggallah Raju
menyendiri. “MIAU… MIAU… MIAU… Seekor
kucing jantan turun melalui kereta Alphard milik Raju, tergoda dengan bauan
ikan selayang. Pujuk rayunya menjadi, kucing itu mengekorinya masuk ke dalam
kamar rahsia itu. “TUSSS! kepala kucing itu dipenggalnya. keparat bukan kepalang! Raju tersenyum, barisan giginya kelihatan. Sikitpun
riak wajah itu, tidak mempertonjolkan sedikit rasa bersalah. Perut kucing itu
dibelah, limpa diambil. Sisa tubuh kucing itu dibungkus dalam sebuah bakul plastik
hitam. Jangan sampai ketahuan! Masa pula bangkai kucing itu dibuang? Tidak,
bangkai kucing itu dibakar, abunya diambil. Hapus bukti!
Cukup ke? Bukan banyak mana pun limpa kucing tu? Well…
Mr Raju always have a contingency plan… Minyak dipanaskan dalam kuali besar. Limpa
kucing bersama limpa lembu dipotong nipis-nipis, digaul bersama kunyit, garam, serbuk
lada sulah, sedikit tepung gandum. Usai limpa itu digoreng hingga garing, lalu
diketepikan seketika. minyak dipanaskan, bawang besar, daun pandan, daun kari
ditumis sehingga naik bau. Lalu dimasukkan bawang putih, halia, serai, serbuk
ikan dan cili kisar, digorang seketika. Kemudian, Raju menambah lagi resepi
hidangan itu! sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, sos tiram, stok ikan,
gula, sedikit garam, lalu digaul sehingga sebati. Final touch, limpa kucing
bersama limpa lembu dimasukkan, bersama daun bawang yang dipotong, cili merah
yang dihiris. Sesudu abu kucing ditabur bersama bacaan jampi sebagai hiasan. Marvelous!
Limpa kari sentuhan Raju siap!
***************************************
SETAHUN SEBELUM ITU…
“Tok bomoh tolong lah saya. Itu along sudah mari, mau
kutip itu hutang. Saya mati lah kalau ini macam. Saya merayu sama Tok Bomoh. Ada
cara kah mau kasi itu bisnes saya naik…”
“Raju… Raju… kenapa kamu dirikan perniagaan kamu di situ? Kamu tahu tempat itu keras! Kau lihat sahaja
kedai-kedai makan bersebelahan, penuh! Restoran kau sahaja tidak dikunjung”
tegas dukun siam itu. Misainya melentik sama kening, lagaknya bomoh siam itu
memang garang! Cukup menakutkan!
Raju tertunduk diam. Isterinya juga turut sama pada
malam itu. Pasangan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan
yang lalu. Namun, musibat tumpang menimpa. Perniagaan merosot, hutang keliling
pinggang. Ya, isterinya si Raju itu cantik!
Sungguh masih perawan. Dukun siam itu
bangkit, lalu menuju ke sudut pintu. “Aku boleh beri kau jalan bagi memajukan
perniagaan kamu. itu pun kalau kamu setuju dengan syarat yang aku berikan!” “Ya! Cakap saja apa syaratnya. Saya sanggup!”
jawab Raju, semangatnya berkobar-kobar! Mungkin inilah peluangnya bagi
melangsaikan hutang serta menaikkan semula perniagaannya. “Baik! Kalau kamu setuju…
Syarat yang
pertama, kamu perlu mendapatkan limpa kucing dan abu nya. Campurkan bahan-bahan
itu ke dalam masakan kamu” “berapa
banyak kucing perlu saya cari? Saya kasi makan orang Tok bomoh, bukan kasih
makan sendiri-sendiri” soal Raju, serba serbi kebingungan.
“Ahhh! Seekor sahaja sudah cukup, campurkan limpa itu
bersama bahan masakan kamu. syarat yang kedua, kamu dilarang sama sekali
menyentuh isteri mu selama sembilan purnama berturut-turut!” Raju
mengukir senyuman, mengangguk kepala. Bermakna peraturan itu boleh dipatuhinya.
Mudah! Jangan kata kucing, limpa buaya pun dia sanggup! Raju benar-benar
terdesak, hutang itu keliling pinggang. “Tapi!
Selama 9 purnama itu, isteri kamu harus tinggal sebumbung dengan aku. Khuatir engkau
akan melanggar perintah ku. Jangan main-main Raju, bukan sembarang jembalang
aku beri pada mu. Kau silap, kau mati!”
Raju terperanjat, matanya terbeliak sebaik mendengar
syarat-syarat itu. Masa mungkin isterinya itu duduk sebumbung bersama dukun
siam itu. Entah apa sahaja yang terjadi kepada isterinya. Peluh dingin membasahi tubuhnya, boleh jadi,
hatinya berbelah bahagi. Jika tidak menuruti syarat itu, mungkin juga nyawa
mereka terancam. Isterinya hanya terkedu, tertunduk diam, sikitpun bibirnya
tidak berkata-kata. Ya! Andai itu sudah syaratnya, mahu tak mahu relakan
sahaja. Raju memeluk erat isterinya, meskipun isterinya menjadi pertukaran,
Raju terpaksa! “Kami setuju Tok bomoh!” Bomoh
siam itu tersenyum! Syaratnya dipersetujui! “Baik! Mari kita mulakan prosesnya”
Usai sudah proses itu, sekeping kertas bertulis
mantera dan sebiji botol kaca kecil diberi. “Nah, ambil botol ini Raju. Titiskan
minyak ini disetiap sudut penjuru kedai kamu. Pastikan tiada sesiapa pun yang
memerhatikan kamu. Ini manteranya... Isteri kamu, biarkan sahaja di sini. Usai Sembilan
purnama berturut-turut, isteri kamu akan ku kembalikan ke pangkuan mu…”
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment