Advertisement

Advertisement

Monday, April 2, 2018

PAHLAWAN MELAYU LAGENDA (HANG TUAH) BENARKAH WUJUD ATAU SEKADAR MITOS?

PAHLAWAN MELAYU LAGENDA (HANG TUAH) WUJUD ATAU SEKADAR MITOS?




Siapa yang tidak mengenali pahlawan lagenda melayu (Hang Tuah)? Sebut sahaja Hang Tuah, tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa, nama beliau begitu mahsyur dan cukup dikenali sebagai pahlawan lagenda yang berjuang habis-habisan mempertahankan tanah Melaka daripada serangan penjajah suatu ketika dahulu.

Beliau merupakan antara laksamana yang paling perkasa antara semua laksamana-laksamana yang ada pada ketika itu. kehebatan beliau dalam ilmu persilatan dan keberaniannya, menjadikan nama beliau begitu mahsyur dan tersohor sehingga hari ini.

Mungkin pernah terdetik diminda anda, benarkah pahlawan segagah/seperkasa seperti beliau benar-benar wujud? atau ianya hanya mitos semata-mata? Namun hingga ke hari ini, Pakar pengkaji Sejarah masih lagi mencari bukti-bukti, kesahihan, adakah Hang Tuah benar-benar wujud atau mitos semata-mata. Sebuah petikan akhbar diambil daripada TheMalayMailOnline.com mengulas lanjut mengenai percanggahan antara ahli akademik mengenai kewujudan Hang Tuah:







POTRET LAKARAN WAJAH LAKSAMANA HANG TUAH

Pasti ada juga yang tertanya-tanya, bagaimana pula wajah Laksamana Hang tuah kan?  kini anda boleh melihat sendiri lakaran wajah Laksamana Hang Tuah yang telah dicetak diatas setem ekslusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong.

Mungkin agak misteri dan menimbulkan seribu persoalan bagi kita semua dimana, lakaran wajah Laksamana Hang Tuah ini terhasil pada tahun 1989 selepas beliau (Datuk Dr Ibrahim Ghaffar) bertemu dengan Pahlawan gagah itu di alam ghaib, bermula pada tahun 1988.



Potret ini adalah milik peribadi Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang akhirnya telah bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi kepada orang ramai. Menurut beliau: "Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya"



POTRET LAKARAN WAJAH LAKSAMANA HANG JEBAT

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *