“Ok kot aku tadi masa interview. Sedap mulut je dia
cakap aku tak sesuai sandang jawatan tu. Apelah nasib…” keluh Syukri. Usai
menamatkan pengajian, pelbagai pekerjaan dan jawatan yang dipohon, namun sekali
pun tidak pernah berjaya. Syukri melabuhkan punggung di sebuah kerusi di sebuah
taman rekreasi di waktu senja, kusut memikirkan masa hadapannya, ditambah lagi
dengan musibat yang telah menimpa keluarganya. “Nak… pakcik rasa kamu ni sedang berhadapan
dengan masalah ni. Betul kan?” terhenti lamunan itu seketika, Syukri
mengalihkan pandangan pada seorang lelaki buta bertongkat tercegat berdiri
dihadapannya. “Eh? Macam mana pakcik tahu?” balas Syukri, serba serbi
kebingungan melihat lelaki tua buta itu. Pakaiannya lusuh, agak berumur dan ada
beg sandang berwarna hitam tergantung dibahu kirinya.
“Boleh pakcik duduk?” “Boleh… Silalah pakcik” balas
syukri sambil membantu lelaki tua itu duduk disebelahnya. Kehadiran lelaki tua
itu memberi seribu tanda tanya kepada Syukri, membawa maksud tersembunyi. “Maaf lah kalau pakcik ganggu kamu… Pakcik ni
bukan orang jahat, kamu jangan takut. Dah lah buta, ade hati nak buat jahat. Betul
tak?” Deraian ketawa memecahkan kesunyian. Bibirnya mengukir senyuman, terubatlah
sedikit kesedihan dihati Syukri sebaik mendengar jenaka dari lelaki tua itu. “Pakcik
ni asal dari mana? Pakcik cari seseorang ke?” soal Syukri. “Pakcik tak cari siapa-siapa pun, anggap
sajalah pakcik ni sebagai penyelamat kamu. Sebenarnya niat pakcik ni nak tolong
kamu…” Jelas terpapar diwajah Syukri,
dahinya berkerut, menggaru ubun-ubun kepala. Kehadiran lelaki tua agak misteri,
baru seminit berkenal, tawaran yang diberi menimbulkan satu persoalan dibenak
fikirannya.
“Pakcik ni bomoh ke? Saya minta maaf lah. Pakcik cari
jela orang lain” Balas Syukri, merendahkan nada suara. Lelaki tua itu senyum,
sedikit pun raut wajahnya tidak memperlihatkan sebarang perubahan. “Pakcik tahu
semua masalah kamu, masalah keluarga kamu…” Lelaki tua itu cuba menyakinkan
Syukri. Peluh sejuk mengalir di tubuhnya, membisu seribu Bahasa. Syukri
tergamam, seakan-akan tidak percaya. Lelaki tua itu memperlihatkan lagi
kesungguhannya untuk meyakinkan Syukri, satu demi satu masalah yang pernah
terjadi pada keluarganya diceritakan. Syukri terdiam kaku, perasaannya mulai
bercampur baur, pelik, hairan sebaik mendengar penjelasan lelaki tua itu.
“Kalau kamu nak tahu, pakcik-pakcik kamu tu gunakan
khidmat pakcik untuk jatuhkan keluarga kamu. Tapi, pakcik tak sanggup lagi nak
beri kesengsaraan kepada kamu sekeluarga. Sejak mereka senang, sekali pun
diorang tak pernah ikut apa yang aku tetapkan. Diorang buang macam tu je, siap
cari bomoh baru lagi. Aku ni pun buta sebab pakcik-pakcik kamu. Jadi biarlah pakcik
balas kesalahan dahulu, pakcik nak tolong kamu” Syukri terdiam, matanya terbeliak mendengar
penjelasan lelaki tua itu. Jantungnya berdegup rapat, riak wajahnya bertukar
marah! “Rupanya, selama ni kau lah punya kerja ye orang tua!” Syukri berdiri,
mempamerkan buku limanya. Seperti ingin dihentamnya lelaki tua itu! “Sabar nak… pakcik tahu semua ni salah
pakcik. Berilah pakcik peluang untuk tebus kesalahan ini. Mula-mula pakcik
ingat, ayah kamu tu orang jahat, sebab tula pakcik buat macam tu. Tapi, pakcik
dah tahu semuanya. Tolong… beri pakcik peluang” rayu lelaki tua itu.
“Sudah terlambat pakcik! Apa lagi yang boleh pakcik
buat? Kilang ayah saya dah ditutup, ibu saya sakit, keluarga kami jadi susah
sebab kau!” tegas Syukri. Dengan tiba-tiba, tubuhnya menjadi kaku. Dahinya berkeringat
ketakutan, sekujur tubuh jembalang mempamerkan dirinya di sisi lelaki tua itu!
Wajahnya hodoh! Sangat hodoh! Matanya tertonjol keluar merenung tajam kepada
Syukri. “Jangan kacau dia! Biar aku
uruskan…” bisik lelaki tua itu pada belaannya. “SAPPP! Jembalang itu lenyap
sepantas kilat. Darah membuak-buak itu tadi, berderau ketakutan jadinya. Syukri
terpaku diam, bulu-bulu halus ditubuh naik berdiri. “Kamu jangan takut, itu kawan pakcik. Jadi macam
mana? Kamu setuju dengan tawaran tadi? Jangan hampakan pakcik…” soal lelaki tua
itu. Syukri mengangguk kepala tanda setuju, fikirannya mulai berbelah bahagi,
tidak menentu.
“Rahsia ni biarlah kita berdua sahaja tahu. Pakcik
tahu kamu boleh simpan rahsia ni. Malam kelak kamu pergi rumah pakcik, ini
alamatnya…” lelaki tua itu menghulur sekeping kertas bertulis alamatnya. Dicapai
kertas itu lalu diselak masuk kedalam kocek seluar. Lelaki tua itu berdiri lalu
beredar dari taman itu…
No comments:
Post a Comment
feel free to drop your comment