Advertisement

Advertisement

Tuesday, April 3, 2018

FILEM YANG PERNAH DIHARAMKAN DI MALAYSIA (BANNED) 12 TAHUN YANG LALU, BAKAL DITAYANGKAN!



Adakah anda masih ingat atau tidak, sebuah kes pembunuhan secara kejam yang pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dulu?

Filem yang bakal menggegarkan panggung wayang kita (DUKUN) adalah sebuah filem adaptasi daripada kisah yang benar-benar terjadi pada tahun 2001. Mona Fandey (Maznah Ismail), telah disabitkan kesalahan selepas disahkan terlibat dengan pembunuhan secara kejam seorang ahli politik tempatan, Mazlan Idris.



Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, merupakan seorang penyanyi dan akhirnya bertukar bidang menjadi seorang bomoh. Beliau menawarkan khidmat bomoh kepada pelanggannya (kebiasaannya, pelanggan beliau adalah orang kenamaan).

Mona Fandey akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati, bersama suami (Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman) dan pembantunya (Juraimi Hassan). Sebelum Mona Fandey dijatuhi hukuman, beliau berkata "Aku Takkan Mati..."


FILEM "DUKUN"

Filem ini pada mulanya, difilemkan pada tahun 2006 dan ditangguhkan terbitannya pada tahun 2007. Namun, Lembaga Penapis Filem Malaysia menyurakan dan bersependapat untuk mengaharamkan filem ini daripada ditayangkan secara umum, kerana beberapa babak tertentu mempunyai unsur negatif yang dikhuatiri akan memberi impak besar kepada keluarga yang terlibat dalam filem ini.

Filem Dukun ini tersebar secara meluas di media sosial pada awal tahun ini dan akhirnya filem ini dengan sahnya akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia selepas beberapa dekad.

So, buat penggemar filem seram, jangan lupa! filem ni secara officialnya akan ditayangkan pada 5 April! 

#AkhirnyaKitaBertemu #PerempuanKebayaMerah #Dukun #AstroShaw

No comments:

Post a Comment

feel free to drop your comment

'JOKER' THE BEST ANTAGONIST, HAUNTED CHARACTER

Dia menghabiskan sisa hidupnya untuk membuat kacau bilau di ‘Gotham City’ ,seorang ‘psychopath’ , juga dilabel sebagai ‘Criminal master...

Advertisement

Followers

komen/cadangan/submit kisah seram anda

Name

Email *

Message *